Chereads / Renjer Malam / Chapter 68 - Medal Sembilan Bulan

Chapter 68 - Medal Sembilan Bulan

"Dia telah bunuh ahli sihir itu!"

"Memang gila!"

"Itu ahli sihir yang sebenar!"

Ketika semua orang masih melihat, tiba-tiba bunyi amaran bergema di udara!

Inii bermaksud penguatkuasa undang-undang Akademi Magore dalam perjalanan.

Mereka semua dapat rasakan ada sesuatu yang pelik!

Marvin berdiri di situ dan tidak menunjukkan sebarang air muka panik.

Semua yang berlaku seperti yang diduga.

Penguatkuasa undang-undang Akademi Magore di bawah seliaan Menara Ashes tetapi masih ada kuasa yang lebih kuat memantau mereka.

Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

"Woosh!"

Terdapat sinaran cahaya dan bayang muncul di sekitar Marvin. Ia seperti seseorang menggunakan [Serbuk Pencari Laluan] untuk melakukan teleportasi jarak pendek!

Mereka yang datang ke Marvin mempunyai keyakinan tinggi. Mereka berani meletakkan tempat teleportasi mereka berdekatan Marvin.

Marvin tahu bagaimana untuk menganggu teleportasi ini, tetapi dia tidak ingin berbuat demikian.

Dalam waktu sepuluh saat, enam pangkat ke-2 ahli sihir dengan air muka yang serius muncul di depan Marvin.

Setiap dari mereka memegang tongkat magik dan menghala ke arah Marvin.

Di langit, satu cahaya bersinar dan ahli sihir memakai topi tajam duduk di atas permaidani magik. Dia berkata dengan dingin, "Bunuh dia!"

Dia telah melihat dengan jelas apa yang telah berlaku, tetapi tidak sangka Marvin sangat tegas dan kejam!

Dia mahu menghalang tetapi dikekang oleh masa, dan hanya mampu melihat Marvin membunuh perintis ahli sihir tersebut!

Dua pengikut yang dibunuh itu tidak menjadi isu tetapi perantis ahli sihir merupakan ahli Akademi Magore. Dan perintis ini juga ditugaskan untuk menerima pelawat pada hari ini.

Ini seperti memberi tamparan kepada martabat Menara Ashes!

Tongkat magik ahli sihir pangkat ke-2 mula bercahaya dengan warna yang berlainan.

Tetapi pada ketika ini, Marvin dengan tenang mengeluarkan medal!

Dia menyimpan kerambitnya dan terus mengeluarkan medal sambil berkata, "Aku mahu memohon proses untuk pengadilan!"

"Aku difitnah. Perintis ahli sihir ini ada berniat jahat cuba menuduh aku. Semua yang aku lakukan untuk mempertahankan diri sendiri."

"Aku Baron Marvin dari Lembah White River. Ini Medal Sembilan Bulan aku!"

Medal Sembilan Bulan!

Ketika Marvin mengeluarkan benda tersebut, semua ahli sihir pangkat ke-2 terkejut. Mereka dengan pantas membatalkan jampi mereka!

Ahli sihir di atas permaidani magik itu juga terkejut dan terus mendarat.

Kes ini telah menjadi semakin rumit.

Para penonton juga tidak sangka bangsawan yang nampak miskin ini pemilik Medal Sembilan Bulan.

Pemilik Medal Sembilan Bulan dilindungi sepenuhnya oleh Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

Secara am, Marvin boleh meminta untuk pengadilan dan juga perkara lain. Efek sebenar medal ini lebih dari reputasi yang di dengar. Jika dilanda masalah, anda boleh meminta Persekutuan Ahli Sihir Selatan melakukan keadilan. Oleh itu, benda ini sangat berguna selepas anda melakukan masalah.

Medal Marvin diwarisi dari datuknya. Medal Sembilan Bulan boleh digunakan sebanyak tiga kali dan pemerintah Lembah White River sebelum ini sangat sayang pada medal ini dan jarang mengeluarkan ia.

Tetapi Marvin mempunyai fikiran yang berlainan. Dia tahu Persekutuan Ahli Sihir Selatan akan musnah di masa akan datang. Jika dia tidak gunakan sekarang, ia akan jadi besi buruk nanti.

Tambahan lagi, dia perlukan isu ini jadi lebih besar supaya ramai mata yang memandang.

Penggunaan Medal Sembilan Bulan ketika ini sangat tepat.

Ahli sihir itu turun dari permaidani magik dan dengan gelombang, salah satu anak buahnya terus memberi laluan.

Dia kemudian dengan pantas berjalan ke arah Marvin dan menggunakan jampi menilai dengan muka yang serius.

Medal ini tulen.

Identiti Marvin juga betul.

Dia berkata dengan penuh keyakinan, "Kau memang ada hak untuk memohon pengadilan, tetapi pada waktu ini, kau perlu berada di Akademi Magore dan tidak boleh keluar."

Sebenarnya dia mahu menggunakan jampi untuk membunuh pemuda yang kejam di depannya. Tetapi setiap ahli sihir yang mahu menjadi ahli perlu melakukan pelbagai perjanjian di [Takhta Pokok Holly]. Tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk mencederakan pemilik Medal Sembilan Bulan antara salah satu perjanjian itu.

Melanggar perjanjian itu sama seperti berpaling tadah kepada Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Dia tidak sanggup menanggung akibat seperti itu.

"Aku memang berniat untuk tinggal di Akademi Magore."

"Sebenarnya, aku datang ke sini kerana adik aku dikenakan oleh orang lain. Aku tidak akan pergi selagi adik aku tidak terjaga." Marvin berkata dengan sambil lewa.

"Sekarang, boleh aku masuk?"

Ahli sihir itu menjawab dengan dingin, "Boleh."

Selepas berkata, dia meninggalkan tanda magik di belakang Marvin untuk menghalang dia larikan diri tanpa kelulusan dia. Ketika dia sedang bersedia untuk berlalu pergi.

Marvin tiba-tiba berkata, "Tunggu sekejap."

"Apa lagi yang kau mahu?" Ahli sihir itu terus hilang sabar.

"Pengadilan perlukan saksi. Walaupun ada ramai orang di sini yang boleh jadi saksi tetapi aku ingin memilih sendiri seseorang yang mempunyai hati yang jujur dan orang yang tidak menipu sebagai saksi aku."

Marvin bercakap sambil bergerak menghala ke arah budak perempuan muda yang berdiri seorang diri di tepi.

Dia tersenyum ke arah budak perempuan itu, "Boleh kau jadi saksi untuk aku?"

Budak perempuan itu terkejut. Wajahnya berubah beberapa kali.

Kenapa dia pilih dia dari semua orang di sini?

Budak perempuan itu nampak biasa….

Budak perempuan muda itu sangat terkejut. Dia mengikat rambut dengan dua tocang dan mempunyai mata yang besar. Dia juga memakai skirt ungu pendek dan nampak suci dan jujur.

Dia ragu-ragu sebelum mengangguk.

Marvin berkata dengan perlahan, "Terima kasih."

Dia berlalu pergi dan terus masuk ke Akademi Magore.

Semua orang terkejut bagaimana Marvin dapat melakukan perkara seperti itu.

Ketika itu, ahli sihir perempuan itu berdiri dengan ragu-ragu, kerana cuba untuk bertanya khabar kepada budak perempuan tersebut tetapi tidak berani.

Tetapi, budak perempuan muda itu berjalan ke arah ahli sihir itu dan berkata, "Aku akan jadi saksi dia."

"Kau uruskan semua prosedur nanti."

Selepas berkata, dia melihat belakang Marvin sambil mengeluarkan senyuman pelik. "Orang yang agak menarik."

Tetapi budak perempuan muda itu tidak menyangka Marvin juga mengeluarkan senyuman ketika berjalan masuk ke dalam Akademi Magore.

"Aku tidak sangka boleh terserempak dengan dia."

"Nasib baik aku perasan dia muncul ketika kejadian itu berlaku dan tiada kuasa magik bergolak."

"Sekarang aku telah dapatkan Mahaguru Menara Ashes menjadi saksi aku, keputusan pengadilan itu sudah ditentukan."

Memang benar, budak perempuan kecil itu Mahaguru Menara Ashes, Hathaway!

Ahli sihir yang berada di puncak pangkat ke-4, Separuh-Legenda!

Hathaway mempunyai kemahiran bertukar rupa yang pelik membolehkan dia mengubah diri kepada umur antara 6 tahun, 16 tahun dan juga 26 tahun.

Jampi yang mampu mengubah wajah ini membuatkan pemain semua terliur… Terdapat banyak khabar angin di antara pemain lelaki tentang Legenda Menara Ashes ini; secara pendek, "Berkahwin dengan Hathaway seperti ada dua orang isteri."

Bagi pertukaran ketiga, hanya sesetengah orang yang mempunyai citarasa pelik saja berminat.

Secara pendek, ahli sihir legenda ini muncul pada ketika ini membuatkan rancangan Marvin berjalan dengan lebih lancar.

Perantis ahli sihir yang melontarkan fitnah kepada Marvin memang satu kenyataan. Disebabkan Hathaway berada di situ, dia pasti tidak akan melakukan sebarang keputusan yang salah.

Menggunakan Medal Sembilan Bulan ini perkara paling berbaloi!

Selepas Marvin berjalan berdasarkan memori yang dia ingat, dia merentas kawasan Akademi Magore yang luas dan tiba di asrama perintis.

Marvin pernah melawat sekali ke sini ketika Wayne belajar. Dia masih ingat serba sedikit kawasan di sini.

Asrama perintis terletak di tepi bukit. Terdapat enam jalan kecil dan setiap jalan tersebut menghala ke pintu masuk lorong.

Asalkan anda menunjukkan bukti identiti di pintu masuk lorang, goblin yang dibela akan membenarkan pelawat ke bilik yang ingin di tuju.

Tidak lama kemudian, Marvin tiba di depan pintu bilik Wayne selepas dibawa oleh goblin muda itu.

Pintu dibuka oleh butler tua selepas dia mengetuk pintu.

"Tuan Muda Marvin!"

Butler tua itu terkejut.

Dia tidak sangka Marvin akan tiba dengan cepat selepas dia menghantar surat itu!

"Kau datang seorang diri?" Butler itu perasan tiada siapa di belakang Marvin.

"Ya, memang betul."

Marvin berjalan ke dalam, dan berkata dengan muka serius, "Aku mahu tengok Wayne."

"Tunggu sekejap!"

"Butler tua itu menarik dia ke belakang dengan muka penuh risau. "Keadaan Wayne ketika ini sangat parah."

"Harap bersedia."

Marvin Mengangguk.

"Dia di bilik tepi itu." Butler tua itu terus menujukkan arah langsir di tepi.

Marvin dapat menghidu bau ubat magik datang dari belakang langsir.

Dia berjalan tanpa ragu.