"Apa?"
Suara marah kedengaran di dalam bilik itu. Ia datang dari pemuda berambut perang.
"Kau cakap lelaki itu telah dibunuh?"
"Dan pembunuh itu abang budak tak guna ini, Marvin dari Lembah White River? Bukankah dia sampah? Seseorang yang tidak ada kelas pelawan?"
Dia berdiri di depan lelaki berbaju hitam. Orang itu berkata dengan suara perlahan, "Tuan Muda White, berdasarkan informasi kami, Baron Marvin tidak ada kelas pelawan."
"Kalau macam itu bagaimana dia boleh membunuh anah buah aku bersama dua pengikut pelawan dia, di depan mata orang ramai, sebelum sempat penguatkuasa undang-undang dapat tiba untuk menghalang dia?"
White rasa sangat berang.
Dia telah menyuruh lelaki itu uruskan. Tetapi sebaliknya yang berlaku sehingga nyawa lelaki itu pula yang melayang.
Wayne si bangsat itu agak bermasalah. Dia tidak sangka abang dia lagi bermasalah.
"Aku tidak tahu. Mungkin ada sesuatu tidak kena dari informasi yang kami dapat.
Lelaki berjubah hitam itu menunduk dan meminta maaf, "Aku harap Tuan Muda dapat faham. Kawasan kecil seperti Lembah White River sangat terpencil dan jaringan informasi kami tidak sampai ke sana."
"Mustahil sampai kesilapan sebesar ini boleh terjadi!" White menarik nafas dengan dalam, sambil menunjukkan raut wajah sedang berfikir. "Marvin ini tidak semudah yang disangka. Dia lebih licik dari adiknya itu."
"Mampu membunuh perintis ahli sihir pengikutnya menunjukkan kekuatan dia sekurang-kurangnya di puncak pangkat pertama."
"Selepas itu tanpa ragu menggunakan Medal Sembilan Bulan, dia cuba membuatkan isu ini menjadi lebih besar…"
"Aku terpaksa mengaku dia ini sangat cerdik. Tetapi di depan keluarga Unicorn, helah seperti ini tidak akan membantu dirinya. Sebaliknya dia akan terjunam ke neraka nanti!"
Lelaki berbaju hitam itu mengangguk.
Menara Ashes sedang berhubung dengan pekerja pengadilan dari Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Aku rasa mereka akan melalui banyak proses."
"Proses ini akan jadi lebih mudah." White tersengih, "Tukarkan semua juri dan hakim kepada orang kita."
"Aku mahu lihat apa helah yang Baron Marvin akan gunakan!"
"Baik! Aku akan uruskan sekarang!" Lelaki berbaju hitam itu terus bergegar pergi.
…
Di bilik tepi dalam asrama.
Bau ubat magik memenuhi ruang situ. Terdapat juga sedikit asap di dalam bilik.
Kemenyan telah diletak di tepi katil yang mengeluarkan bau unik. Ia mempunyai efek menambahkan fokus.
Marvin masuk dengan senyap. Ada seseorang di dalam situ selain dari Wayne yang terlantar di katil.
Itu seorang gadis muda dalam lingkungan 11 atau 12 tahun, Dia terkejut dengan kehadiran Marvin yang masuk ke dalam.
"Aku abang Wayne, pemerintah Lembah White River, Marvin."
Dia memperkenalkan diri dengan penuh adab.
"Ah! Apa khabar." Dapat lihat sedikit sifat malu dari raut wajah gadis itu. "Aku Lulu, rakan kelas Wayne."
Rakan sekelas?
Hubungan kamu bukan semudah seperti itu kan?
Marvin melihat gadis itu dan Wayne yang dalam koma. Bangsawan di Feinan matang di usia agak awal. Mereka selalunya ingin mencuba hubungan dewasa dalam lingkungan umur 11 atau 12 tahun. Tapi Wayne baru 9 tahun dan sudah ada teman wanita?
Ini terlalu cepat.
Tetapi dengan status ahli sihir yang tinggi, mencari beberapa wanita bukan perkara yang susah. Marvin melihat gadis bernama Lulu itu. Perintis ahli sihir dengan potensi sebagai ahli alkimia. Tetapi bakatnya tidak tinggi menyebabkan dia sukar untuk meningkat naik. Walaupun rupanya agak cantik, tetapi tidak sehingga menarik perhatian ahli sihir pangkat lebih tinggi.
Dia duduk di tepi katil Wayne dengan wajah yang pucat.
"Cik Lulu telah tinggal di sini sejak Tuan Muda Wayne jatuh sakit." Penerangan butler tua itu tepat pada masanya.
Marvin mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Lulu.
Tetapi selepas itu dia mengubah topik perbualan. "Cik Lulu, kau pasti sudah sangat letih. Oleh sebab aku sudah tiba, kau boleh berehat sebab aku akan menjaga adik aku."
Selepas termenung seketika, dia melihat Wayne seperti tidak mahu berpisah. Dia akhirnya mengangguk dan berlalu pergi.
Hanya tinggal Marvin dan juga butler tua di dalam bilik itu. Mereka berpandangan sesama sendiri dan butler tua itu terkejut dengan perubahan Marvin.
Ini perubahan dari segi rohani dan mentaliti. Walaupun Anna telah menghantar surat memberitahu perkara ini, tetapi melihat sendiri Marvin berada di depan seperti melihat ilusi.
Marvin yang sekarang seperti datuknya.
Cerdik, penuh bertenaga dan juga mempunyai matlamat.
Ini kualiti yang perlu untuk menjadi pemerintah yang hebat.
"Tuan Muda Marvin…" Butler tua itu berkata dengan suara perlahan, "Tuan tidak perlu terlalu risau. Guru Akademi ini sangat berang. Mereka bekerja keras itu mencari pesalah yang lakukan."
"Aku percaya kita akan dapat jawapan tidak lama lagi."
Marvin tidak berkata apa. Sebaliknya terus senyap dan melihat Wayne yang terbaring itu.
Selimut tebal membaluti tubuh badan adiknya. Wajahnya yang pucat nampak teruk, pipinya juga cekung dan rambutnya seperti pokok yang mereput.
"Hmm?"
Marvin berkerut.
Dia dengan perlahan mengangkat selumut itu. Perut Wayne terasa sejuk seperti ais walaupun jantungnya berdegup dengan kencang.
"Dia akan terjaga tiga kali setiap hari ketika waktu tengah malam kerana mimpi ngeri dan kerap muntah dengan banyak."
"Bahan yang dimuntahnya ialah benda menjijikkan," butler tua itu menerangkan.
"Kodok, ular beracun, dan lain-lain lagi. Aku sudah memberitahu di dalam surat."
"Guru Wayne rasa ini kerja pengikut ular kembar."
Marvin selimut semula adiknya dan menggelengkan kepala. "Ini bukan kerja pengikut ular kembar."
"Ah?" Butler tua itu terkejut.
"Ini bukan kerja pengikut ular kembar tetapi seseorang yang cuba meniru muslihat kultus ular kembar."
Mata Marvin terus menjadi dingin.
Ini bukan sumpahan yang biasa. Ini sejenis sumpahan campuran."
Pada pandangan mata kasar, ia seperti sumpahan kultus ular kembar [Hibernation]. Tetapi sebenarnya terdapat satu sumpahan yang lain berselindung di sebalik Hibernation yang membuatkan daya hidup Wayne semakin susut."
"Sekarang ini dia sangat lemah dan aku perlu secepat mungkin menghapuskan punca sumpahan ini!"
Marvin mengenggam erat kedua-dua penumbuknya sambil berfikir dengan keras.
Memang betul ini bukan kerja kemahiran ular kembar tetapi orang yang menirunya. Ada seseorang yang menjadi dalang perbuatan ini.
Dan mesti seseorang dari Akademi ini sendiri.
Seseorang yang rapat dengan Wayne!
"Tunggu sekejap…"
Marvin mengangkat kepala.
Seperti dapat tahu siapa yang membuatnya!
…
Di dalam bilik mesyuarat Akademi Magore.
"Aku rasa aku tahu punca sumpahan rakan sekelas Wayne itu." Suara muram itu bergema.
"Kita sudah menghukum pesalah itu."
"Apa yang kau dah jumpa? Pusingan kelayakan terakhir akan bermula dalam masa seminggu. Aku risau perintis itu tidak akan dapat turut serta," kata suara tajam itu.
"Mana boleh?" Suara pertama itu menjerit marah, "Jangan kata ada seseorang yang kenakan anak murid aku, dengan secara terang menghantar sumpahan kepada perantis Magore dan semua orang di sini tidak rasa risau sedikit langsung?"
Semua orang terus senyap.
Akhirnya ada satu suara memecah kesunyian yang berlaku, "Hanzer, disebabkan itu anak murid kau, kau mengalami kerugian yang paling besar dan cuba menjadikan itu sebagai isu."
"Tetapi orang itu pasti pelajar dari kolej berkaitan, jika dia berhajat-"
"Jika dia memberikan penawar untuk sumpahan itu, aku akan biarkan dia hidup," Hanzer berkata dengan tegas.
…
"Thud thud thud! Thud thud thud" Seseorang mengetuk pintu.
Butler tua itu terkejut.
Siapa yang melawat pada waktu ini?
Selepas Marvin memberi arahan, dia lantas membuka pintu.
Seorang lelaki memakai baju dan topi berwarna hitam. Nampak seperti pakaian zaman dulu tetapi sungguh elegan.
Ahli sihir di puncak pangkat ke-2.
Marvin terus meneka dalam sekelip mata. Dia tidak berani menggunakan inspect kerana bimbang menyakitkan hati ahli sihir itu. Mungkin dia akan naik angin juga.
Dia mengagak dari pengalaman.
"Sir Hanzer?" Butler tua itu terkejut.
"Siapa orang ini?" Hanzer melihat Marvin dengan wajah yang pelik.
"Aku abang Wayne, pemerintah Lembah White River, Marvin." Dia memperkenalkan diri sekali lagi.
"Selamat berkenalan. Kita pernah bertemu sekejap ketika Wayne masuk ke Akademi."
Seperti teringat sesuatu, wajah Hanzer yang muram itu terus tersenyum sedikit. "Dan kau berani membunuh di depan pintu masuk Akademi Magore. Kau orang yang pertama sejak 300 tahun ini."
"Seseorang cuba fitnah adik aku."
"Aku akan pastikan mereka terima padah."
Suara Marvin agak tenang tetapi dingin. Hanzer juga tidak dapat menahan diri mengubah persepsi tentang Marvin.
Pemuda ini sangat berbeza dengan perangai sebelum ini. Apabila dia mendengar Marvin membunuh di depan pintu, dia ingat Marvin seorang yang panas baran.
Tetapi sebaliknya.
Bukan ini tujuan sebenar dia datang.
Hanzer berkata, "Aku telah dapat tangkap pesalah yang menjadikan keadaan Wayne seperti ini."
"Teman wanita wayne bernama Lulu, betul tak?" Marvin terus menghabiskan ayat itu.
"Kau dah tahu?" Hanzer tersentak.