Chereads / Renjer Malam / Chapter 66 - Fitnah

Chapter 66 - Fitnah

[Taring]

Kualiti: Luar Biasa

Serangan: 7 – 13

Efek: Armor Break +4

Ini sepasang kerambit kembar yang bagus.

Sekurang-kurangnya status ia agak bagus bagi item luar biasa dan boleh diklasifikasikan sebagai gred-pertengahan. Atribut armor break itu juga memang sangat berguna.

Atribut tersembunyi yang lain perlu tunggu dulu sementara. Ini kerana ia perlukan jurunilai level tinggi untuk menilai. Tetapi berdasarkan pengalaman Marvin, dia dapat mengagak barang yang digunakan untuk membuat kerambit ini agak bagus, tahan lasak dan mata pisau juga agak tajam.

Perkara yang kurang memuaskan ialah ia sudah lama tidak dilumur minyak.

Ini antara padah tidak melakukan penjagaan. Selepas menerima kerambit tersebut, Marvin terus melakukan membaik pulih yang mudah supaya kerambit tersebut lebih tajam.

Naga tembaga merah yang baik hati itu juga memberikan sepasang sarung kerambit. Sarung tersebut dibuat dari kulit yang tidak diketahui sumbernya. Ia rasa sangat lembut dan sesuai untuk menyimpan kerambit tersebut.

Marvin berehat sebentar di kawasan Professor yang baik hati tiu sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara.

Hanya lebih sedikit dari separuh hari masa yang diperlukan untuk meninggalkan kawasan gunung itu untuk sampai ke Hutan Moonlight.

Hutan Moonlight antara kawasan negara Elves Pokok. Terdapat penjanjian di antara penduduk asal Negara Elven dengan ahli sihir Menara Three Rings untuk menjadikankan negara ini sebagai sempadan.

Ini seperti pondok kawalan elven kayu di selatan menjadi sebagai sempadan antara elves dan manusia.

Terdapat juga kampung separuh-elven di persekitaran. Sebenarnya, separuh-elves tidak berapa disukai. Elves bersifat perkauman terhadap mereka dan juga manusia. Sebab itu separuh-elves membina perkampungan sendiri.

Elves di dalam Hutan Moonlight kebanyakan pedagang yang menguruskan perhubungan dengan manusia di sekitar dan merasakan perbualan di antara mereka satu perkara yang munasabah.

Terdapat juga elves yang bersikap konservatif tinggal di pedalaman negara elven. Mereka masih tidak dapat melupakan kegemilangan Era ke-2 Pemerintahan Ketua Elven. Mereka menganggap manusia merupakan makhluk paling rendah taraf umpama gnoll dan kobolds.

Hutan Moonlight mempunyai pertalian yang rapat dengan Menara Three Ring di utara, dengan dua belon udara panas terbang menghala ke Menara Three Ring setiap minggu.

Walaupun belon udara panas merupakan teknologi dwarven tetapi ia dibuat oleh pekerja mahir ahli sihir dari Menara Three Ring. Ia digunakan setiap hari di Menara Three Ring dan kawasan sekitar. Anda boleh melihat belon udara panas terbang di udara.

Ini dianggap pemandangan yang unik di Pantai Timur.

Marvin tidak bernasib baik sedikit kerana apabila dia tiba, belon udara panas di situ baru sahaja terbang pergi.

Dia hanya mampu bersabar untuk menunggu perjalanan kedua.

Marvin berjaya membeli tiket dengan mudah selepas menunjukkan lencana baron yang dikeluarkan oleh Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Tiada apa perkara yang pelik berlaku ketika menunggu.

Tiga hari kemudian, Marvin akhirnya dalam perjalanan ke Menara Three Ring menggunakan belon udara panas.

Satu setengah hari kemudian, Marvin akhirnya tiba di kawasan Menara Three Ring.

Menara yang tinggi itu nampak semakin dekat. Di bawah kawalan ahli sihir level rendah, belon udara panas itu pun mendarat di kawasan yang lapang.

Akhirnya dia tiba di Menara Ashes yang merupakan salah satu Menara Three Ring!

Menara Ashes sangat besar dan Akademi Magore merupakan salah satu sebahagian kecil darinya.

Selepas Marvin turun dari belon udara panas itu, Marvin terus mencari papan tanda menghala ke Akademi Magore.

Terdapat pos pemeriksaan di setiap tempat untuk menyemak identity pelawat yang masuk.

"Ada apa hari ini? Kenapa ramai orang yang melawat akademi Magore?"

Marvin terkejut dengan jumlah pelawat yang datang.

Kebanyakan mereka nampak kaya. Mereka mungkin bangsawan yang tinggal berdekatan dengan Pantai Timur.

Mereka hadir dengan hampir semua ahli keluarga. Keluarga lebih dari sepuluh orang mesti ada seorang budak kecil.

"Nampaknya masa untuk pengambilan pelapis baru hampir tiba."

Marvin terus teringat. Patutlah terdapat ramai orang hari ini. Mereka tidak ada pilihan terpaksa bersabar dan terus menunggu.

Akademi Magore ialah kawasan tempat mengembangkan bakat pelapis ahli sihir untuk Menara Ashes.

Seperti Akademi yang lain, ia bertugas untuk menerima bakal pelajar dengan bakat magik dari Perseketuan Ahli Sihir Selatan dan melatih mereka menjadi ahli sihir yang diiktiraf.

Adik Marvin bernawa Wayne itu terpaksa meninggalkan Lembah White River untuk belajar di Akademi Magore kerana bakat dia yang hebat untuk menjadi ahli sihir.

Ketika Wayne dalam perjalanan pulang ke kampung halaman enam bulan lepas selepas kematian ayah mereka, Marvin tidak perasan sebarang perubahan pelik lagi.

Adik umur 9 tahun ini telah menunjukkan kecerdasan tidak seperti rakan yang sama umur dengan dia.

Dia tidak pernah merungut dengan Marvin. Marvin meneka Wayne mesti menjadi mangsa buli di dalam Akademi Magore.

Lembah White River agak kecil dan kewangan mereka cukup-cukup makan untuk membayar pengajian Wayne kerana kelas ahli sihir sangat mahal.

"Budak yang tabah ini."

Apabila melihat Wayne yang masih muda tetapi penuh azam dan tabah menempuh dugaan, dia tidak dapat menahan diri dari menggeleng kepala.

Dia tidak sangka perkara seperti ini akan berlaku.

Adakah ahli sihir itu fikir sejak kematian datuknya, Lembah White River mengalami fasa kejatuhan yang teruk?

Tidak kira siapa yang jadi dalang, Marvin akan pastikan mereka menerima padah!

Aura membunuh terpancar dari matanya dan tangannya tidak dapat menahan dari memegang kuat kerambit di tali pinggangnya.

Pada masa itu, "Seterusnya" kedengaran dari pusat pemeriksaan di depan.

Giliran aku?

Marvin menjeling dan terus berjalan ke depan.

Tidak ramai orang yang bertugas menerima pelawat, hanya ada satu perantis ahli sihir dan dua pelawan saja.

Pelawan ini tidak mempunyai pangkat yang tinggi. Mereka hanya di level pertama dan merupakan pengikut perantis ahli sihir itu.

Perantis itu memakai symbol Akademi Magore tetapi dua pengikut tersebut tidak ada.

Dia hanya bertugas untuk mengenal pasti identiti pelawat saja. Asalkan mereka membuktikan identiti mereka, dia akan memberi laluan untuk mereka masuk.

Ini merupakan keyakinan Akademi Magore. Di dalam kawasan mereka, siapa yang berani cuba mencari masalah.

"Baron Marvin dari Lembah White River?"

Perantis ahli sihir itu tersengih.

"Betul." Marvin nampak tenang.

Perantis ahli sihir itu memegang lencana Baron Marvin yang merupakan bukti identiti yang dikeluarkan oleh Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

"Aku tidak pernah dengar kawasan itu," perantis ahli sihir itu berkata.

"Terdapat banyak kawasan yang kau tak pernah dengar." Marvin berkerut. "Denyo, Sovaa, pernah kau dengar kawasan itu?"

Dua kawasan tersebut merupakan kawasan bahaya di alam bawahan, sebab itu perantis ahli sihir itu tidak tahu.

Apa yang membuatkan dia bengang ialah sikap perantis tersebut.

"Orang ini… Dia seperti tahu siapa aku…"

Marvin melihat ke arah perantis tersebut dan dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Boleh dikatakan taraf perantis ini sama seperti penyambut tetamu dan tidak patut berdolak dalik seperti ini dengan dia.

Mata dia berkelip dan rasa tidak sedap hati.

Perantis yang memegang lencana Marvin tersenyum dalam hati.

Sangat tepat informasi yang diberi oleh Bos White. Abang si bangsat ini terus bergegas ke sini selepas dengar adiknya jatuh sakit.

Tetapi Bos White pernah kata perlu masa seminggu perjalanan dari Lembah White River ke Menara Three Ring. Dia tidak sangka sepantas ini.

"Lagipun Bos White sudah beri arahan, dia terpaksa uruskan dengan baik."

"Lembah White River telah merudum. Lagipun Marvin ini juga orang tidak berguna yang tiada bakat untuk menjadi ahli sihir. Selepas abangnya mati, dia akan hilang segala peluang untuk bangkit semula."

"Lagipun dia tiada orang besar melindungi mereka. Aku boleh bertindak tanpa risau dengan risiko. Tambah lagi aku boleh puaskan hati pewaris Puak Unicorn. Tiada sebab aku perlu ragu lagi."

Idea seperti ini terlintas di fikiran dia.

Dia terus menjerit dengan suara yang lantang, "Ada sesuatu yang pelik dengan lencana identiti kau! Pasti ini palsu!"

"Berani kau menyamar sebagai bangsawan!?"

"Kau berdua, pergi tangkap dia!"

Orang yang lain terus terkejut.

Menyamar sebagai bangsawan? Bukankah ini jenayah besar? Siapa yang berani lakukan perkara ini?

Tetapi tanpa menunggu reaksi mereka, dua pelawan tersebut terus meluru dari arah kiri dan kanan.

"Hmm? Ada sebarang masalah ke? Berani kau fitnah aku."

Hati Marvin terus membara. "Sejak bila aku mudah kena buli?"

Dia tidak berkata apa dan terus menghunus kerambitnya!

Menunggu untuk ditangkap tiada dalam kamus hidupnya! Hanya pelawan pangkat satu saja, bukan masalah besar bagi Marvin!