Setiap Bandar mesti ada kawasan tanah perkuburan.
Makam bangsawan dibina dengan megahnya dan dijaga dengan rapi oleh pengawal yang dilatih khusus. Bagi mereka yang tidak mampu pula, terdapat tanah perkuburan untuk orang awam di penghujung utara Bandar yang agak terpencil dan sunyi.
Setiap tanah perkuburan Bandar ditadbir oleh program kebajikan awam Bandar itu yang kebiasaannya diuruskan oleh pegawai yang korup. Disebabkan itu tenaga kerja yang diupah tidak mencukupi.
Tanah perkuburan awam tidak terurus dan teratur, dengan kehadiran pelbagai jenis pencuri dan perombak kubur memusat di situ.
…
Tengah malam, bulan sabit menyinari kawasan itu.
Marvin dan Anna pun dengan perlahan bergerak menuju ke pintu masuk di arah barat daya tanah perkuburan itu.
Sudah tentulah tujuan dia datang ke sini bukan untuk merompak kubur. Mereka yang bersemadi di sini agak sengsara ketika mereka hidup dan selalunya tidak dapat rehat yang mencukupi selepas mati. Walaupun dia kekurangan wang, Marvin tidak pernah terfikir untuk menjadi seperti perompak kubur yang mempunyai niat tidak baik kepada tubuh badan mereka ini.
Dia datang ke sini untuk mencari pengawal tahan perkuburan awam ini.
Ya, tanah perkuburan awam juga ada pengawal yang diupah oleh majlis perbandaran dengan gaji yang kecil. Dia tidak mempunyai banyak tugas dan hanya perlu memerhatikan sekitar tanah perkuburan sahaja.
Selepas dia cuba mencari memorinya. Marvin tahu bahawa nama pengawal itu adalah Heiss dan dia adalah seorang lelaki tua yang eksentrik.
Marvin masih ingat nama ini dengan baik.
Dia mengenalinya semasa permainan ini baru sahaja diperkenalkan. Bos elit nombor dua teratas yang perlu dibunuh, namanya seakan-akan sama dengan lelaki ini.
'Perompak Kubur Heiss. Dia menggunakan identitinya sebagai penjaga tanah perkuburan untuk menggelapkan barang-barang berharga segelintir orang miskin. Dia juga menjual mayat-mayat ini kepada Necromancer yang bersembunyi di Bukit Hopeless di utara River Shore City untuk mendapatkan ganjaran yang kecil. Akhirnya dia mendapat sebuah buku mengenai necromancer dalam perjanjian dibuat. Sejak itu, dia menjadi pengamal yang boleh membangkitkan orang mati, pencuri kubur adalah dibenci oleh semua jenis Dewa yang bencikan kejahatan.
Sasaran Marvin adalah Perompak Kubur Heiss.
Berdasarkan mata setakat ini, ia akan berlaku setengah tahun kemudian dalam dunia permainan. Mungkin Heiss belum menerima grimoire Necromancer dan mengubahnya menjadi pangkat ke-2 Penyihir Roh Jahat.
Ini adalah berbaloi untuk mencuba!
Marvin dalam senya-senyap itu mengira kekuatan pihaknya. Satu level 2 Ranger tetapi dengan pengalaman dan memori seorang Pemerintah Malam, dan satu level 5 pelawan separuh-elf. Dia telah meminta Anna tentang statistik atribut ketika dalam perjalanan dan terkejut dengan jawapannya.
Anna sudah mencapai level 5 agak lama dahulu tetapi dia terlalu sibuk dengan urusan tentang Lembah White River menyebabkan dia tiada masa untuk ke tempat berkumpul separuh-elf untuk mencari guru yang berpengalaman dan menaik pangkat ke pangkat 2 kelasnya. Kekuatan Anna adalah agak luar biasa, dimana ia juga adalah penyebab Marvin masih kekal hidup hingga ke hari ini!
"Sebagai level 5 Pelawan separuh-elf, Anna sepatutnya mempunyai 120 nilai nyawa dan mempunyai kemahiran sifat bangsa, kemahiran kelas istimewa dan juga kemahiran individu istimewa, bersama kemahiran lain yang hebat. Secara teknikalnya, dia adalah pengawal peribadi terhebat!"
Atas pertanyaan Marvin, Anna tidak menyimpan apa-apa maklumat, dia memberitahu semuanya tentang statusnya, keistimewaannya dan juga semua kemahirannya.
Dia mempunyai kemahiran biasa Pelawan [Cleave], [Parry], [Dual Strike] dan lain lagi yang amat berguna ketika bertempur. Kemahiran asas Anna agak mengagumkan.
Untuk kemahiran sifat bangsa dan dua kemahiran istimewa membuatkan Marvin cemburu:
[Sifat Bangsa – Swordsmanship Proficiency]: Kemahiran memedang meningkat 1 tahap.
[Kelas Istimewa – Tenacity]: Asalkan anda tidak mati atau lumpuh, luka yang anda hadapi tidak akan menggangu pergerakan anda.
[Kemahiran Individu Istimewa – Accuray]: Pedang anda pasti akan mensasarkan titik kelemahan musuh.
Ciri-ciri sifat bangsa Anna adalah lain daripada yang lain dan ia hanya akan muncul dalam elf berdarah tulen. Ia sangat jarang berlaku untuk separuh-elf mendapatinya dan boleh dikatakan nasibnya agak baik. Meningkatkan penguasaan memedang adalah sangat sukar dan memerlukan latihan selama bertahun-tahun. Penguasaan memedang Anna berada di [Pakar Pedang], tetapi setelah menambah bonus sifat bangsa ianya menjadi [Mahaguru Pedang].
Marvin tahu bagi jawatan pangkat ke-2, tidak ramai pemedang yang mempunyai penguasaan memedang setinggi itu. Mahaguru Pedang bermaksud kemahiran memedang Anna adalah sangat hebat di dalam pertempuran sengit.
Tambahan pula, keistimewaan [Tenacity] dan [Accuracy] adalah sangat berguna dalam pertempuran. Keistimewaan yang pertama mampu membuatkan orang itu lali dari rasa kesakitan mombolehkan untuk terus berlawan, memastikan pemeliharaan kekuatan pertempuran mereka dan juga meningkatkan kadar kelangsungan hidup mereka. Keistimewaan kedua mampu membolehkan serangan dia mampu membunuh musuh atau melumpuhkan mereka kerana serangan yang sangat berbahaya.
Apa-apa pun, pembantu separuh-elf ini melebihi jangkaan Marvin, membuatkan dirinya menjadi lebih yakin melakukan rancangan seterusnya.
…
Di tanah perkuburan, di rumah kayu yang berada di kawasan terpencil.
Nyalaan lilin yang samar-samar berserta bunyi keriut kayu kedengaran. Kelihatan seorang lelaki tinggi sedang sibuk melakukan sesuatu kerja.
Amat mengejutkan lelaki itu mengerjakan gadis yang kulitnya putih pucat dan tidak menunjukkan sebarang reaksi vital yang jelas.
Mata gadis itu tampak kosong, dengan bendalir mengalir keluar dari matanya tetapi lelaki itu seolah-olah tidak mengendahkannya.
Dua kelibat yang melihat dari sisi tingkap itu terkejut melihat adegan tersebut.
Bahkan Marvin tidak sangka dia dan Anna akan melihat pengawal tanah perkuburan yang bernama Heiss itu membuat perkara seperti itu ke atas mayat di dalam kabin pada masa ini.
"Dia memang tidak berperikemanusiaan!"
Tubuh badan gadis itu tidak mereput lagi. Ini menunjukkan gadis itu mati mungkin disebabkan penyakit. Bagi mata Perompak Kubur Heiss, ini adalah merupakan alat pelepas nafsunya yang terbaik!
Bang!
Satu sepakan ke atas pintu masuk rumah itu dilakukan. Anna dengan marahnya terlupa dengan strategi pertempuran dirancang oleh Marvin.
Dia telah lupa diri kerana terlampau marah.
Dia mempunyai perangai yang suci. Bagi seseorang yang melakukan perkara tersebut ke atas mayat, hanya ada satu jalan penyelesaian sahaja.
Mati!
Dengan langkah yang pantas, Anna pun meluru dan menetak ke bawah!
Membelah!
Tidak disangka Heiss yang tinggi dan lincah itu berjaya mengelak serangan itu dengan melompat dari katil ke bawah.
Mukanya yang mengerut menunjukkan perasaan terkejut dan marah. Dia tidak tahu mengapa seseorang boleh datang dan mengganggu ritualnya ketika ini.
"Gadis separuh-elf yang malang." Heiss berkata dengan suara yang garau, "Disebabkan kau telah mengganggu ritual aku, tubuh ini sudah hilang nilainya, oleh sebab itu tubuh badan kau aku mahukan sebagai pengganti!"
Dia mengangkat tangan kanannya dan melontarkan bebola api hitam.
"Celaka! Itu adalah [Corrosive Fire]!"
Di kawasan yang bertentangan, Marvin menggunakan Sembunyi untuk menyelinap masuk ke celah tingkap dan terlihat api berwarna hitam membuatkan hatinya gundah.
[Corrosive Fire] merupakan Lingkaran Sihir ke-2. Jika dia boleh menjampi dengan cepat, ini bermaksud Heiss telah menjadi Penyihir Roh Lanjutan! Sekalipun dia belum lagi menjadi kelas lanjutan, keadaan elitnya sekarang adalah sangat menyusahkan.
Anna terperanjat dan menunduk untuk mengelakkan jampi tersebut. Api Kehancuran terkena di dinding dan meleburkan lubang lebih daripada satu meter dalam diameter..
Dia berjaya mengelak, tetapi ini memberikan peluang kepada Heiss untuk melarikan dan melebarkan jarak di antara mereka.
Rumah kayu yang kecil tu sebenarnya agak luas dengan mempunyai beberapa bilik didalamnya. Heiss pun berlari ke ruang tamu dan menyorok di belakang sofa.
Penyihir kelas rendah tidak mempunyai banyak cara untuk mempertahankan diri dalam perlawanan berdepan, disebabkan itu Pelawan tidak boleh berada di jarak dekat dengan mereka. Tetapi apabila jarak di antara mereka semakin jauh, Penyihir pasti akan mempunyai kelebihan dengan sihir jampi tahap permulaan yang membahayakan.
Tiba-tiba di tangannya muncul buku sihir yang tebal.
Pada masa tersebut, Anna pun meluru dengan laju ke arahnya tetapi terasa seakan dia langgar dengan dinding.
[Air Burst]!
Satu bentuk bebola pun terkeluar dar arahi lokasi Heiss dan merebak ke sekitar menyebabkan keadaan persekitaran bersepah.
Anna pun tidak terkecuali! Dia pun tersadung dan terjatuh. Walaupun Anna mempunyai kekuatan yang hebat tetapi dia masih kekurangan pengalaman menghadapi Penyihir.
Heiss pun tergelak sambil kelihatan giginya yang kuning.
"Kau dah kalah! Aku akan menikmati tubuh badan kau."
Tetapi dia tidak memerhatikan keadaan di bucu yang di mana Marvin fokus melihat cincin yang dipakai di jari Heiss.
Itu adalah cincin berlian hitam, dan jika Marvin tidak silap mengingatinya, ia adalah item kecil yang luar biasa. Efeknya adalah melancarkan jampi sihir yang tidak melebihi kelas pemakai. Efeknya adalah terhad digunakan sekali setiap tiga hari.
"Maksudnya dia tidak boleh menjampi Corrosive Fire dengan cepat!"
"Ini adalah efeknya cincinnya! Dia hanya menangguh masa untuk melancarkan jampi yang lebih kuat!"
"Dia bukannya pangkat ke-2 Penyihir Roh, hanyalah pangkat 1 Penyihir yang cenderung ke arah kegelapan.
Ianya adalah pengetahuan am yang Penyihir tidak mempunyai jampi pertahanan yang banyak.
Ahli Sihir bawahan mempunyai slot jampi sihir yang sedikit, terhad kepada tiga sahaja yang menjanjikan tiga jampi yang berharga. Dua sihir yang telah digunakan adalah [Corrosive Fire] dan [Air Burst].
Marvin menarik nafas dalam dan menyedari dia tidak perlu risau.
Anna telah menarik perhatian Heiss, gadis muda separuh-elf itu mempunyai status yang hebat memberikan tekanan kepada Heiss. Ini ada peluang yang dia perlu gunakan sebaiknya.
Dia hanya perlu Heiss untuk menggunakan jampi sihir terakhirnya.
Anna pun merangkak di tanah, menjerit kecil dan meluru kembali ke arah Heiss dengan pedang panjang ke jantung Heiss!
Ini adalah serangan maut Pelawan level 5 dan Jampi Sihir Heiss masih belum siap. Jika dia ditusuk, bacaan jampi itu akan terbatal!
Wajahnya menunjukkan ketidakupayaan dan buku sihir itu diselak ke muka surat satu.
Selepas bacaan jampi pendek, pelindung yang berwarna kuning yang ringan tetapi tebal yang pekat pun melindungi tubuh badan Heiss.
Lingkaran Sihir-0 [Inferior Mage Armor]!
Mata Marvin pun bersinar. Ini adalah sihir ketiganya!
Bang!
Pedang panjang itu pun menusuk ke perisainya dan hampir meninggalkan kelas lubang di situ.
Tetapi efek dari pantulan serangan sihir perisai itu menyebabkan pergelangan tangan Anna menggigil dan hampir menyebabkan dirinya hampir terlepas memegang pedang itu.
Heiss pun mengambil kesempatan yang berharga ini untuk berundur selangkah dan melengkapkan ritual sebelum ini.
Dalam sekelip mata, teriakan yang pelik kedengaran berterusan. Di luar rumah kayu kecil itu kedengaran seakan ada aktiviti-aktiviti.
Ketika nilai nyawa (HP) Heiss semakit merosot, dia pun berkata dengan bangga, "Nikmati Pesta Zombie! Aku akan merobek tubuh badan kau selepas ini dan nikmati roh kau…!
Anna pun melihat di luar tingkap dengan perasaan marah dan takut, dan kelihatan banyak tubuh badan bangkit. Ianya adalah kebangkitan Zombie yang digunakan Heiss.
Pada saat itu, suara yang digin kedengaran dari dalam bilik, "Cikgu kau tidak ajak ke yang Penyihir Roh adalah berada pada keadaan paling lemah pada saat [Void Shift]? Encik Heiss?"
Kerambit yang sejuk itupun diarahkan ke leher Heiss dan dengan senangnya menembusi perisai sihir dan terus membuatkan leher Heiss pun berlubang. Darah hitam pun terpancut keluar seperti air yang mengalir.
Kepala Heiss pun jatuh ke tanah.
Marvin pun keluar dari kegelapan dan menyelongkar mayat tersebut sambil berasa panik melihat keadaan di luar.
"Kita dalam masalah! Zombie yang telah dirasuk! Cepat tutup pintu dan tingkap!"