[Zombie Feast] adalah kemahiran yang melecehkan. Selepas dijampi, ianya tidak akan hilang melainkan dengan menghapuskan kesemua mayat-mayat hidup atau ianya akan terus menerus bangkit.
Walaupun Marvin telah membunuh penyihir yang menjampi iaitu Heiss, ianya tidak akan berubah.
Dalam masa beberapa minit, bayang-bayang di luar rumah kayu kecik itu telah menjadi banyak sehingga menutupi keadaan sekeliling.
Marvin pun membuat keputusan dengan pantas untuk meninggalkan bilik kecil itu yang mempunyai kesan dari [Corrosive Fire] dan berundur bersama Anna ke ruang tamu.
Mereka bergerak dengan pantas untuk menutup rapi pintu dan tingkap sebelum zombie datang meluru masuk. Ini dapat memberikan mereka sedikit masa tetapi bukan untuk masa yang lama.
Suasana ketika ini agak suram. Badan Heiss masih berada di bawah tidak bergerak dan darah hitamnya mengalir keluar memenuhi lantai.
Anna tertunduk segan. Ini disebabkan dia tidak menyangka yang Heiss adalah begitu kuat. Jika bukan disebabkan Marvin datang membantu, kemungkinan dirinya akan mati dibunuh oleh orang tua itu.
Dia menyalahkan dirinya kerana tidak dapat menghalang Heiss melancarkan Jampi Sihir [Zombie Feast].
Marvin berbisik, "Ini bukan salah kau, Anna. Susah untuk engkau menghalang Jampi Penyihir. Kesemua zombi yang teah dirasuk ini telah disediakan lebih awal dengan menanam badan mereka di sekitar rumah supaya senang dibangkitkan pada bila-bila masa. Disebabkan itu masa menjampi adalah kurang dari setengah dari yang asal sekurang-kurangnya.
"Kita terpaksa memikirkan cara untuk menghapuskan zombie ini sekarang."
Anna mengangguk, menunjukkan reaksi bimbang. "Kesemua zombie ini adalah dibawah sumpahan, agak sukar tanpa Air Suci jika kita ingin mencederakan mereka."
Marvin tersenyum. "Siapa kata kita tidak mempunyai Air Suci?"
Selepas berkata demikian, dia pun mengeluarkan dua botol Air Suci dan meletakkannya di meja. Ianya dilabel "Dibuat oleh Gereja Silver".
"Satu benda yang aku suka dengan Gereja Silver ialah asalkan kau mempunyai wang, mereka sanggup menjual apa sahaja."
Marvin dengan mahirnya melalukan Air Suci kepada kerambitnya untuk bersedia melawan zombie yang akan meluru masuk.
Matanya sentiasa memerhatikan keadaan ruang tamu sejak dia tiba di sini.
Tempat ini terdapat satu lagi misteri yang merupakan tujuan utama Marvin datang mencari Perompak Kubur Heiss.
Dia dengar Heiss mempunyai peti harta karun.
…
Selepas membunuh Heiss, Marvin memperoleh 220 nilai Exp dari Penyihir itu. Ini merupakan satu hadiah pengalaman yang besar kerana membolehkan dirinya mencapai level 3 dengan berbaki sedikit lagi nilai Exp.
Dia pun mencari di sekeliling rumah untuk peti harta karun yang tersembunyi sambil mengagihkan 118 nilai Exp pertempuran kepada kelas Renjernya.
Satu gelombang panas mengalir ke seluruh badannya dan kelasnya segera dinaikkan kepada level 3.
Untuk mencapai level 4 dari level 3, Renjer memerlukan 800 nilai Exp. Oleh sebab itu, dia tidak menggunakan dan menyimpan baki nilai pengalaman pertempuran untuk kegunaan masa akan datang.
Mata atribut bebas sudah semestinya diagihkan kepada ketangkasan – Ketangkasan perlu bernilai 20 mata untuk mendapatkan [Wall Climb]. Dia agak ralat untuk mengagihkan kepada nilai atribut lain selain Ketangkasan yang sekarang bernilai 18 mata.
Dengan dinaikkan level memberikannya 24 nilai kemahiran, 18 mata dibiarkan tidak diagih dan baki 6 diagihkan kepada [Stealth], untuk sekatan dibuka kepada efek 50 nilai sembunyi, [Sneak Attack].
[Sneak Attack]: Ketika menyerang lawan dalam keadaan sembunyi. Kuasa Serangan x2.
Efek ini jika digandingkan bersama kemahiran pencuri [Backstab] dapat memberikan keputusan yang menakjubkan, dan membolehkan kuasa serangan bertambah empat kali ganda. Ditambah pula dengan kemahiran yang lain, ledakan kuasa serangan Pencuri membuatkan kelas lain tak mampu melakukannya. Tetapi Marvin adalah Renjer, pertempuran berdepan kelasnya adalah lagi bagus dari Pencuri tetapi dia tidak hebat dari menyerang hendap.
Selepas mencapai level 3, perkara yang Marvin nantikan adalah kemahiran kelas istimewa.
Terdapat tiga kemahiran istimewa untuk Renjer level 3: [Precise Shot], [Two-Weapon Fighting] dan [Nature Affinity].
[Precise Shot]: Kadar ketepatan dan kestabilan memanah meningkat naik.
[Two-Weapon Fighting]: Anda boleh menggunakan 2 kerambit dengan serentak. Tangan anda dalam keadaan harmoni.
[Nature Affinity]: Abiliti Taming meningkat naik.
Tiga kelas istimewa untuk 3 jenis cara berlawan Renjer yang berbeza: Renjer Memanah, Renjer menggunakan dua senjata di dua tangan dan juga menjinak Raksasa.
Disebabkan keyakinannya dengan pengalaman bertempur dan abilitinya di Benua Feinan lebih bagus dari 99% pemain lain, dia sentiasa akan menggunakan kelebihan ini. Berbanding bersembunyi dan menembak dari jarak jauh, dia lebih percayakan pisau belati di tangannya.
Dia tanpa ragu memilih [Two-Weapon Fighting]!
Renjer yang menggunakan dua senjata mempunyai ledakan serangan yang tidak kalah kepada Pencuri atau kelas lanjutannya [Pembunuh Hendap]!
Sayang sekali Marvin tidak dapat memanfaatkan kelebihan kerambit di tangannya. Kerambit biasa di tangan kanannya adalah terlalu ringan manakala di tangan kirinya, dia terpaksa menggunakan pisau belati berkualiti rendah.
Sebagai Renjer level 3 dia mempunyai 68 HP, dan kadar rintangan terhadap serangan meningkat. Ini membuatkan Marvin rasa lebih selamat.
…
"Apa yang kau cari?"
Anna memerhatikan perbuatan Marvin yang sedang mengaplikasikan Air Suci ke pedang panjangnya sambil membuat muka pelik.
Bunyi bising kedengaran di luar rumah kayu kecil itu menunjukkan zombi di luar hampir berjaya memecah masuk, tetapi Marvin masih sibuk mencari sesuatu.
"Aku dengar yang Heiss ada sebuah peti yang di dalamnya mempunyai barangan yang dia rompak dari tanah perkuburan," Kata Marvin.
Anna membuat muka dan mata pelik. "Dengar?"
Dia bukannya naif.
"Apabila aku keluar di siang hari, aku akan berjalan di persekitaran dan bertanya untuk mencari sebarang informasi." Kebolehan menipunya agak hebat. "Aku dengar orang berkata-kata yang Heiss merompak barangan yang berada di mayat di tanah perkuburan," Marvin memberikan penerangan.
"Tetapi, dalam perjalanan ke sini, kau kata yang Heiss mempunyai tempat yang hebat," Anna berkata dengan nada yang pelik. "Informasi ini bukan orang biasa akan tahu, bukan?"
"Aku dengar dia mempunyai perhubungan dengan Necromancer." Marvin menambah, "Lama-kelamaan , dia mempunyai beberapa muslihat."
"Anna, percayalah aku, dalam mimpi aku, aku telah menerima ilmu dan kebolehan yang kau tidak dapat bayangkan. Guru aku telah memberi aku pelbagai tunjuk ajar. Sebab itu aku tidak akan mengapa-apakan kau."
Raut wajah Anna menunjukkan perasaan ragu-ragu, sebelum akhirnya mengangguk.
Selepas pulih dari penyakit teruknya, Marvin menunjukkan kebolehan yang menakjubkan Anna. Penyihir yang menimbulkan banyak masalah kepada Anna, dengan senangnya Marvin memancung kepalanya. Walaupun dengan statistik bonus dari kelasnya, abiliti Marvin tidak boleh dipandang rendah.
"Jumpa akhirnya! Ia berada di sini!"
Terdapat satu ruang tersorok yang berselindung di bawah tikar permaidani. Marvin dengan pantas membukanya tanpa mengambil langkah berhati-hati.
Heiss adalah seorang yang suka menyendiri dan dia juga adalah Penyihir, yang tidak dapat membuat perangkap seperti Pencuri. Oleh itu, dia tidak perlu risau untuk terkena sebarang perangkap yang berbahaya.
Selepas membuka penutup ruang tersorok itu, didalamnya terdapat sebuah peti kecil seperti yang dijangka.
Bang!
Salah satu batang kayu yang digunakan sebagai dinding untuk ruang tamu itu patah dari kesan cakaran, membuatkan satu lubang kecil di situ.
Satu tangan pun ternampak yang dipunyai oleh zombi yang mengalir bendalir pelik di tangannya .
"Marvin!"
Suara Anna yang kerisauan itu naik 1 octaf.
"Jangan risau, mereka tidak dapat masuk." Marvin melihat sepintas lalu dan pasti yang lubang itu terlalu kecil untuk zombie itu meluru masuk.
Kita masih ada masa lagi, tetapi tidak lama.
Marvin pun dengan pantas mengangkat dan meletakkan peti itu di lantai. Peti itu tidak mempunyai kunci. Heiss sudah pasti tidak menyangka ada orang akan membuatkan untuknya.
Marvin pun membuka peti itu, dan mendapati bahagian atas penuh dengan kepingan wang perak. Anna pun terkedu melihat dan tidak dapat membayangkan yang perombak kubur jahat ini adalah begitu kaya.
"Kaut semua kepingan wang perak itu." Marvin pun membuka bahagian atas dan menyerahkan kepada Anna. Anna pun segera memasukkan wang perak itu ke dalam beberapa dompet kain.
Bahagian kedua adalah barang peribadi Heiss. Sebuah buku, [Advanced Conjurer Handbook], kemungkinan dapat dari perjanjian dari Necromancer, dan juga [Casting Notebook]. Disertakan juga dengan buku sihir di tangan Heiss, ianya cukup untuk kita pembelajaran level rendah Penyihir. Dalam pasaran gelap, ianya boleh dijual dengan harga yang lumayan, asalkan tidak ditangkap oleh Penguatkuasa Persekutuan Ahli Sihir.
Persatuan Ahli Sihir menyenarai hitam necromancer dan juga kelas-kelas yang berkaitan dengannya yang merupakan pengetahuan am.
Marvin membalut buku sihir itu dengan lapik meja dan meletakkan bungkusan tersebut di sisi.
Dia mahukan sesuatu yang terdapat dalam bahagian ketiga peti itu.
Dia pun membuka bahagian kedua dan melihat bahagian ketiga peti itu mengandungi tiga barang yang dipenuhi habuk.
"Seperti yang dijangka, Penyihir ini tidak bijak. Mereka mempunyai barang yang bernilai tetapi tidak tahu menggunakannya."
Marvin pun melihat kedua-dua barang tersebut sambil tersenyum.
Memang benar berlian hitam di jari Heiss itu berguna disebabkan ia boleh mengeluarkan jampi dengan pantas tetapi sekatannya juga agak besar.
Tetapi kedua barang di peti ini adalah harta sebenar! Ianya adalah barang luar biasa!
"Selain dapat Heiss" cincin berlian, terdapat juga 3 barang luar biasa. Nampaknya membunuh manusia elit adalah cara yang pantas untuk menjana kewangan!" Marvin dengan girangnya mengeluarkan sepasang sarung tangan dan sebentuk cincin dari bahagian ke tiga peti itu.
Dia amat kenal dengan dua barang tersebut dan tidak perlu menggunakan Menyiasat untuk mengetahui sifat statistiknya.
[Ghastly Gloves]
Kualiti: Luar Biasa
Efek:
Rintangan Ais +5
Rintangan Api +5
Keperluan: 11 Kecerdasan
[Ring of Prayers(?)]
Kualiti: Luar Biasa
Efek: Jampi Tambahan –Rainbow Jet. Boleh digunakan sehari sekali.
Keperluan: 13 Kecerdasan
…
Kelengkapan di dunia ini kebanyakan adalah Biasa, dan tidak mempunyai efek tambahan. Gred yang seterusnya [Luar Biasa] mempunyai sifat yang bagus, tetapi sesetengahnya juga mempunyai sifat seperti kelengkapan Biasa. Selepas itu adalah kelengkapan [Magik] yang hanya boleh digunakan oleh Ahli Sihir level tinggi. Kelengkapan Magik jarang dilihat oleh golongan Marhain. Hanya Ahli Sihir level tinggi yang mempunyainya, kerana proses bertukangnya adalah sangat rumit.
Untuk kelengkapan peringkat Lagenda, Epik dan Separuh-Dewa, adalah jauh ke hadapan. Marvin dahulunya berjaya mendapat Gelaran Dewa, menggunakan identitinya sebagai Pemerintah Malam, tetapi dia hanya ada satu kelengkapan Separuh-Dewa [Kingdom of Eternal Night].
Senjata di tangan pengembara level rendah adalah Biasa, oleh itu mempunyai 1 kelengkapan luar biasa adalah sangat baik.
Selepas Marvin menghapuskan Heiss, dia memperoleh tiga kelengkapan luar biasa dalam satu nafas. Bagaimana ini tidak membuatkan dirinya rasa gembira?
Dia menyarung [Ghastly Gloves] dengan pantas dan menyarung [Ring of Prayers] di jari telunjuk tangan kanannya.
Di generasi yang lampau, Fairy Turin telah menghasilkan 49 bentuk cincin. Setiap bentuk cincin mempunyai kuasa magik yang besar dan merupakan kelengkapan Magik tulen. Cincin yang Marvin peroleh ini adalah tiruan yang dibuat oleh manusia.
Walaupun ianya tiruan tetapi cincin ini meningkatkan kuasanya.
Heiss sudah tentu tidak tahu untuk melancarkan efek cincin [Rainbow Jet] tetapi Marvi tahu.
"Marvin! Mereka berjaya masuk!"
Anna yang sudah menyimpan kesemua kepingan perak pun menjerit dengan perasaan khuatir.
"Mereka aku punya!"
Marvin pun bangun, dengan kerambit di tangan kirinya, dan pisau belati di tangan kanannya. Dia pun berkata dengan nada yang tenang.
"Biar aku uruskan mereka semua!"