Chereads / Renjer Malam / Chapter 59 - Bukit Despair

Chapter 59 - Bukit Despair

Toshiroya yang merupakan anak kepada datuk bandar utara telah membuat rancangan rahsia untuk Lembah White River.

Berita baik kali ini, dia terpaksa menangguhkan rancangan tersebut.

Apabila digabungkan informasi Amber dengar dan juga memori silam Marvin, dia dapat meneka perkara tersebut.

Sebagai bekas legenda, Marvin sangat fasih dalam sejarah permainan video sama ada pengumuman rasmi dari pelbagai acara, atau maklumat dari misi dilakukan pemain. Semua ini terkandung di dalam memorinya.

Di dalam "Benua Feinan," pemain yang menyertai sebagai "generasi emas" muncul setengah tahun selepas ketibaan Bencana Besar.

Tetapi masih ada enam bulan lagi untuk ketibaan Bencana. Jika orang lain yang tiba di sini, pasti mereka rasa seperti pelik berada di dunia ini.

Tetapi mereka bukan seperti Marvin yang boleh ingat semua benda termasuk benda yang remeh.

"Jika aku tidak silap, Lord Bandar River Shore merupakan ahli sihir pangkat ke-3. Dia telah mempelajari magik buat masa yang lama, sebab itu ada wakil yang menggantinya."

"Sebab itu pegawai Bandar River Shore terlibat dalam rasuah. Kekurangan orang yang memantau dan menguruskan mereka."

"Tetapi dalam jangka masa pendek selepas racun kemerduan malam mula merebak, Datuk Bandar River Shore akan keluar dan selesaikan semua pengikut dewa plague dan membersihkan majlis perbandaran."

Marvin mula ingat kembali.

Jika dia tidak silap, ada kemungkinan besar isu Toshiroya berkaitan dengan ini.

Dia mempunyai hubungan baik dengan pegawai majlis perbandaran kerana pertalian dia dengan wakil datuk bandar. Tetapi apa masalahnya?

Tambahan lagi, Bandar River Shore bukan wilayahnya!

Datuk bandar yang sebenar mungkin akan keluar, sebab itu dia pening kepala.

Di satu sudut lain, Marvin berasa lega.

Sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek ini, Lembah White River tidak akan dilanda banyak masalah.

Ini waktu menuai pada kemuncak musim panas. Hasil menuai tahun ini sangat penting. Lembah White River baru saja selesai dari krisis gnoll, sebab itu ia tidak dapat bertahan jika terkena krisis lain.

"Teruskan memantau. Jika kau dapat tahu sesuatu yang akan membahayakan Lembah White River, segera laporkan kepada Anna!" Marvin memberi arahan.

"Faham, Lord."

Selepas mendengar dan memahami semua, Amber terus hilang dalam kegelapan.

Dan Marvin tidak menunggu saja. Dia segera meninggalkan Bandar River Shore pada lewat malam.

Mengikut rancangan perjalanan Marvin pada waktu malam, Marvin tidak menggunakan jalan utama sebaliknya menggunakan jalan-jalan kecil dan sempit.

Dia akan kehilangan masa yang banyak jika menggunakan jalan biasa. Sebab itu dia lalu jalan pintas yang bahaya!

Tambahan lagi, mungkin dia akan dapat habuan selepas berhadapan dengan bahaya di jalan itu.

Terdapat dua kawasan pergunungan di arah utara Bandar River Shore.

Di arah barat laut pula Bukit Deathly Silent yang merupakan tempat ada banyak penjenayah. Sebelum ini Marvin ke altar di Bukit Deathly Silent untuk melakukan pengorbanan jari lich tersebut. Dia telah dapat +1 ketangkasan blessing dan juga dua anak buah elves.

Di arah timur laut pula kawasan Necromancer, Bukit Despair.

Jalan utama sebenar ialah di antara dua bukit ini. Ia melencong dari arah barat laut dan selepas berjalan lepas [Cakar Gagak], ia akan melencong semula ke arah timur laut pula.

Cara perjalanan ini berbentuk seperti huruf Z.

Sebab utama kerana kekuatan necromancer.

Pada masa dahulu terdapat Raja Maut yang menukarkan kawasan ini syurga bagi orang mati. Lord Bandar River Shore sendiri tidak berani melangkah masuk dengan terburu-buru di kawasan ini.

Terdapat raja legenda bersemayam di sini dan juga terdapat tiga pangkat ke-3 Ahli Sihir Great Soul memerhatikan kawasan ini. Tidak lupa juga terdapat lich, syaitan tulang dan sebagainya.

Orang biasa tidak berani untuk masuk Bukit Despair. Sebenarnya mereka tidak mampu untuk masuk walaupun mereka cuba.

Necromancer menganggap Bukit Despair sebagai kawasan mereka dan meletakkan perintang di kawasan utara dan selatan supaya orang yang bukan necromancer akan rasa sangat sukar untuk masuk.

Lembah Ghost terletak di kawasan perintang arah selatan.

Selepas melalui jalan ini dengan agak lama, Marvin akhirnya tiba di Lembah Ghost!

[Anda telah menjumpai Lembah Ghost – Pengetahuan +1]

[Pengetahuan – Geografi (Lembah Ghost)]: Kawasan perintang arah selatan untuk Necromancer. Tiada makhluk hidup yang boleh masuk ke sini!

Pada waktu subuh, Marvin berdiri di depan Lembah Ghost. Angin sejuk bertiup menyebabkan nilai 9 tubuh badan tetap tidak berasa selesa.

Tetapi dia tetap berjalan tanpa ragu!

Selepas sepuluh langkah, terdapat batu dengan tulisan merah menyala dapat dilihat oleh Marvin.

[Makhluk hidup tidak boleh masuk!]

Ini tanah orang mati!

Makhluk bukan necromancer boleh berambus.

Marvin seorang renjer. Dia tidak boleh masuk Lembah Ghost dengan cara biasa. Jika dia paksa masuk, pengawal tidak akan ragu-ragu mencincang dia kepada kepingan!

Di belakang batu itu penuh dengan kabus tebal. Jika seseorang itu menyerbu masuk, dia akan dimakan oleh raksasa di dalam kabus itu.

Marvin terus menghentikan langkah di batu tersebut dan mengetuk perlahan ayat merah menyala itu.

Terdapat irama untuk setiap ketukan itu. Tiga ketukan perlahan dan satu ketukan kuat.

Dia mengulang sebanyak tiga kali dan kemudian satu teriakan bergema di sebelah telinganya!

"Celaka, semakan ketakutan lagi!"

Marvin tutup telinga dan tidak dapat menahan diri dari berkata sesuatu.

Dia tidak takut dengan kemahiran ketakutan hantu biasa kerana ada lencana bunga platycodon.

[Menyemak ketakutan berjaya! Ketakutan tidak efektif!]

Kejadian ini menunjukkan kepentingan hadiah gadis tidak berkepala itu. Tanpa lencana bunga platycodon, Marvin mungkin berasa ragu untuk melalui Bukit Despair.

Tetapi dia rasa lebih yakin kerana ada item yang efektif ini.

Walaupun kemahiran ketakutan ini tidak efektif tetapi suara hantu itu tetap nyaring menyebabkan Marvin rasa tidak selesa.

Ini suara hantu perempuan yang mempunyai wajah agak cantik tetapi sayangnya tidak bijak.

Disebabkan dia berteriak tanpa henti sejak muncul. Jika ada binatang lain di sekitar 5 kilometer pasti binatang itu terus terjaga.

"Diam!" Marvin menjerit marah.

"Cepat buka pintu ini!"

Perempuan itu terus meluru ke arah Marvin dan berkata, "Makhluk hidup tak boleh masuk! Makhluk hidup tak boleh masuk!"

"Aku bukan makhluk hidup biasa!" Marvin berkata dengan acuh tidak acuh.

Dia mengeluarkan buku sihir heiss dari konc kosongnya!

Ini buku sihir necromancy yang dapat dari urus niaga antara pencuri kubur dan necromancer level rendah!

Di depan buku itu terdapat teraan pemilik. Ia dapat membantu Marvin untuk masuk ke Bukit Despair!

"Rupanya Pencuri Kubur yang Jijik!"

Tahap kecerdasan hantu itu agak rendah tetapi dia masih dapat kenal teraan itu. Ini menyebabkan Marvin sedikit takut.

Tidak lama kemudian, perempuan itu menarik batu tersebut dan sebuah pintu masuk muncul.

"Kenapa kau tukar wajah kau? Mesti kau dah gunakan teknik pelik untuk menjadi lebih kacak!"

"Cepat masuk Pencuri Kubur yang Jijik!"

Marvin terkedu sampai tak dapat bernafas. Hantu level rendah itu tertipu. Dia terus berjalan masuk.

Angin sejuk, langit gelap, tanah gelap, tulang merata, dan jeritan di semua tempat.

"Ada orang boleh hidup di sini?"

Apabila Marvin berjalan masuk ke dalam Bukit Despair dengan laju, dia tidak dapat menahan diri dari mengejek orang di dalam.

Dari semasa ke semasa, teriakan hantu boleh didengar. Ini membuatkan seseorang itu terkaku. "Siapa yang boleh tidur di tempat macam ini?"

Necromancers mesti mempunyai hati yang kental.

Sekumpulan kelawar terbang di udara. Mereka terbang di sekitar Marvin seketika tanpa membuat apa-apa.

Kebanyakan roh di sini mempunyai kadar kecerdasan rendah kerana kuasa negatif yang menghakis menyebabkan mereka senang ditipu.

Tetapi necromancer berlainan. Mereka ini sangat licik.

Marvin memang tidak mahu terjumpa necromancer.

Tambah lagi necromancer pangkat tinggi kerana Marvin tahu dia bukan saingan mereka.

Tetapi nasib baik wilayah ini agak jauh. Necromancer boleh dikatakan kera sumbang. Mereka akan masuk ke dalam keranda, atau buat penyelidikan di kubur selama sepuluh hari hingga setengah bulan dan jarang keluar.

Sebab itu Marvin dalam keadaan selamat.

"Dari Lembah Ghost sehingga ke utara Lembah Skull memakan masa selama 10 jam."

"Menyeberang Lembah Despair, masuk ke wilayah orang itu, terus ke hutan moonlight di utara dan akhirnya naik belon udara panas ke menara three ring."

"Asalkan tiada masalah dalam perjalanan ketika ini, yang lain semua akan berjalan lancar!"

Marvin berfikir tetapi masih mengekalkan kelajuan sedia ada.

Kelajuan sedia ada ini ialah penggunaan stamina yang sangat efisien. Tubuh badan Marvin sederhana menyebabkan stamina dia juga agak rendah. Dia perlu menyimpan dan berjimat.

Dia terus lalu jalan di dalam memorinya selama enam jam tanpa terjumpa halangan bahaya setakat ini.

Sehingga dia tiba di bawah pokok locust besar.

Terdapat sesuatu yang pelik di pokok locust ini.

Marvin berhenti.

Pada masa itu, ada seseorang yang melompat turun dari pokok itu!

Ia seorang pemuda yang bermuka pucat. Dia berkata kepada Marvin, "Malapetaka tidak dapat dielakkan! Lari! Lari!"

Sebelum Marvin sempat menunjukkan sebarang reaksi, terdapat bunyi kuat di sebelahnya!

Wajah Marvin terus berubah. Dia tidak dapat menahan diri untuk mencarut, "Celaka!"

"Adakah ini pemberontakan hantu?"

Pemuda itu mengangguk. "Betul, aku tidak sengaja…"

"Lari!" Marvin tidak endah untuk terus bercakap dan terus melarikan diri!