Chereads / Renjer Malam / Chapter 61 - Daun Alam

Chapter 61 - Daun Alam

Fidel mengamuk bukan kerana dia bertukar kepada lich, tetapi kerana reaksi pertama Sasha ketika ternampak Fidel terlalu terkejut dan tidak sabar untuk melarikan diri!

Walaupun dia dengan pantas mengawal emosi dia, tetapi Fidel berasa terlalu kecewa.

Orang kata lich tidak mempunyai perasaan tetapi Fidel baru saja melengkapkan upacaranya. Api jiwanya masih lagi ada menyebabkan pemikiran dia menjadi pelik.

Sejak dari itu, dia bermundar mandir kawasan utara bukit despair dan menjadi [Lich Amuk] yang terkenal.

Selepas Marvin mendengar cerita itu, dia rasa kasihan. Tetapi apabila watak utama di depannya, dia terasa agak sukar untuk mengawal perasaan.

Fidel memang Necromancer yang unik kerana mempunyai perangai baik hati.

Marvin membuat keputusan untuk membantu semampu mungkin.

Melamar?

Marvin berfikir dan bertanya, "Bukankah ros yang mekar akan layu apabila bertemu dengan kuasa negatif?"

Fidel tersentak, "Patutlah!"

"Badan Sasha terkandung kuasa negatif yang kuat. Bunga ros yang aku hantar akan layu sebelum sempat sampai kepadanya!"

"Mungkin ini sebab dia menolak lamaran aku."

Marvin senyum paksa. "Bukan sebab ini."

Tetapi ini akan mengelakkan Fidel dari bertukar kepada lich buat sementara waktu.

Dalam situasi seperti ini yang memerlukan dia berhempas pulas, Marvin tidak menolak sebarang bantuan. Selepas melarikan diri dan mendengar Fidel berceloteh, pandangan Marvin kepada Fidel menjadi lebih baik.

Orang seperti ini dilahirkan dengan satu karisma. Walaupun baru bertemu, mereka seperti kawan lama.

"Mungkin ini sebabnya," Marvin berkata. "Kau tidak perlu risau untuk melamar."

"Mungkin dia tidak ingin berjumpa kau kerana ada sebab lain."

Fidel mengangguk dan berkata dengan terkejut, "Bagaimana kau tahu dia tidak ingin berjumpa aku?"

Marvin menggoyang bahu. "Jika dia ingin berjumpa, dia tidak akan gunakan kuda perang tulang itu untuk menghalau kau, betul tak?"

Fidel termenung.

"Apa patut aku buat…"

"Lupakan saja dan berehat dulu. Aku tidak percaya yang aku tidak akan dapat mengubah pendirian Sasha nanti!"

"Paling teruk aku boleh menukarkan diri aku kepada lich!" Dia berkata dengan kuat.

Marvin terasa kena tamparan di muka, lelaki ini memang sengal kerana ada idea seperti ini.

"Pernah kau dengar dua orang lich menjadi pasangan?" Marvin cuba mengingatkan kerana baik hati.

"Mungkin kau patut fikir cara lain? Seperti bantu dia untuk mendapatkan tubuh badan semula?"

"Ini… bukankah ini lebih sukar dari menukar diri sendiri kepada lich."

Fidel menggaru kepala.

Betul, kemahiran revival tubuh lich merupakan sihir legenda. Tetapi walaupun lich level legenda mengalami kesukaran untuk mengumpul bahan dan item untuk sihir tersebut.

"Aku tahu satu bunga dalam kerajaan hutan elven di arah utara menara three ring. Ia tidak akan layu dan terus mekar walaupun terkena efek dari kuasa negatif.

Marvin melihat di sisi dan berkata, "Kebetulan aku dalam perjalanan ke menara three ring. Aku boleh cuba dapatkan bunga tersebut dalam perjalanan ke sana."

"Serius? Adakah kau bercakap mengenai [Bunga Abadi]?"

Fidel agak terkejut. Dia terus memegang tangan Marvin dengan perasaan seronok. "Aku pernah dengar mengenai bunga abad sebelum ini. Malangnya aku tidak boleh tinggalkan bukit despair buat masa ini. Peraturan Necromancer."

"Jika kau boleh tolong aku, aku memang sangat berterima kasih!"

"Ah… Sudah lama aku tidak jumpa orang seperti kau. Biar aku cari sebentar hadiah untuk aku berikan."

Dia mula selongkar dan mencari. Pelbagai barang dicampak ke tepi olehnya.

"Tak payahlah…"

Marvin menahan diri untuk meneruskan ayat dia ingin berkata!

Dia perasan satu daun berwarna jed di tangan Fidel!

Daun itu berwarna hijau zamrud dan penuh dengan nyawa walaupun berada di bukit despair yang penuh dengan kuasa negatif ini.

Daun Alam!

Walaupun dia bukan seorang renjer pada masa lampau tetapi dia kenal benda ini. Ini merupakan harta paling berharga bagi pemain renjer!

Jika ia barang lain, Marvin akan menolak tetapi dia tidak dapat menolak item seperti daun alam ini.

"Melihat dari rupa kau, aku pasti kau seorang renjer. Sebab itu aku bagi daun alam ini sebagai bayaran pendahuluan. Apabila kau membawa balik bunga abadi, aku akan berikan beberapa ganjaran lain."

Fidel menggosok tangan dengan seronok, "Berapa lama masa kau perlukan?"

"Sukar untuk jangka."

Marvin tidak dapat menahan diri untuk menerima daun alam ini. Dia tidak akan menolak pemberian seperti ini.

Dia berkata. "Lebih kurang dalam sebulan aku akan kembali."

"Bagus, aku akan tunggu sebulan!" Fidel melambaikan tangan. Dia seperti sudah pulih.

Memang orang yang lurus.

Kerana orang yang dia sayang, dia sanggup lakukan apa saja. Mungkin selepas dia melihat orang yang dia sayang itu terkejut melihat rupanya, otaknya yang lurus itu tidak dapat menerima dan terus menjadi amuk.

Marvin berfikir seperti itu.

Jika boleh, aku ingin mengubah takdir lelaki ini.

"Aku perlu mencuba." Dia menggenggam daun alam itu sambil berfikir.

Dia tahu kedatangan dia di dunia ini akan mengubah takdir banyak orang. Kadangkala dia perlu bersikap kejam dan tiada belas kasihan. Kadangkala dia tidak kisah untuk melakukan perkara baik.

Kedua-dua mereka menghabiskan masa dengan berbual dengan gembira.

Tetapi sebenarnya Marvin lebih mendengar Fidel yang bercakap sepanjang masa. Mulut murai ini bercerita mengenai pengalaman hidupnya.

Dia bercakap tanpa henti sehingga kuda perang tulang dan hantu tersebut bersurai. Kemudian baru Marvin meminta diri untuk meneruskan perjalanan.

Dia telah banyak kehilangan masa. Dia terpaksa lebih pantas pergi ke jalan keluar di kawasan utara bukit despair iaitu Lembah Skull…

Renjer menggunakan daun alam untuk mempelajari magik.

Sebenarnya kelas renjer tidak boleh mempelajari magik. Mereka hanya boleh belajar sihir divine jika menjadi pengikut dewa tertentu.

Dalam semua dewa, dewa yang paling terkenal ialah dewa alam kuno.

Tetapi selepas habisnya era ke-2, dewa alam kuno telah mengasingkan diri. Sebelum dia beredar, dia telah membahagikan kelebihan untuk memberi sihir divine.

Dia menyerahkan kepada Pokok Dunia mengawal semua magik alam. Sebab itu daun dari pokok dunia mengandungi sedikit sihir divine.

Dewa alam sangat saksama. Walaupun seseorang itu tidak beriman kepadanya, dia masih boleh belajar magik menggunakan daun alam.

Syaratnya orang itu mestilah seorang renjer atau druid.

Daun alam sangat sukar ditemui dan dikawal oleh Majlis Burung Hijrah. Menjadi satu misteri bagaimana Fidel boleh dapat daun alam ini tetapi memang daun alam ini sangat berharga.

Marvin meletakkan ia di telapak tangan dan membaca jampi mudah.

Jampi ini jampi yang diguna oleh renjer. Marvin hanya perlu mencari di dalam pengenalan mengenai kelas renjer untuk menggunakannya.

Selepas membaca jampi itu, daun alam mula sebati dengan tubuh Marvin.

Dan akhirnya magik pertama muncul di tingkap kemahiran Marvin.

[Vine Metamorphosis]: Anda boleh menukarkan sebahagian tubuh anda kepada tumbuhan menjalar. Boleh digunakan sehari tiga kali.

"Tidak sangka kemahiran ini…"

"Memang magik alam yang hebat. Tetapi penerangan ini… Agak lucah…"

Marvin rasa agak malu.

Sebahagian tubuh badan… Bahagian mana?

Memang benar mitos mengenai dewa alam ini, berani dan tidak terkawal!

Selepas belajar magik pertama, Marvin meneruskan perjalanan dengan perasaan gembira.

Suasana agak tenang semasa dalam perjalanan dan dia tidak berhadapan sebarang pemberontakan hantu lagi.

Tetapi apabila dia hampir tiba di Lembah Skull, dia terjumpa satu lagi necromancer.

Lebih tepat, penuntut necromancer.

Apabila Marvin berjalan melalui situ, dia perasan di kawasan kubur berdekatan terdapat pasukan kecil terdiri daripada dua belas askar rangka.

Nampaknya dia cuba untuk berlatih untuk mengawal askar rangka secara berpasukan.

Apabila dia perasan marvin, dia tidak berkata apa dan terus mengarahkan rangka tersebut untuk menyerang marvin!

Ini perkara biasa buat necromancer!

Mereka sangat tidak suka kepada manusia melainkan orang pelik seperti Fidel yang sanggup menjadi necromancer semata-mata mengejar gadis yang disukainya.

Marvin tidak gentar dan terus mengeluarkan pisau belatinya!

Mungkin agak sukar jika dia berhadapan dengan necromancer pangkat ke-2.

Tetapi penuntut necromancer yang berani tunjuk lagak di depan dia?

Memang saja cari maut!

Marvin terus melangkah ke depan dan menendang rangka tersebut, kerambit di tangannya bersinar ketika dia menyerang!