Chereads / Renjer Malam / Chapter 56 - Sihir Terulung

Chapter 56 - Sihir Terulung

Ruang bawah tanah ini beberapa kali lebih kecil daripada biasa dan hanya mempunyai satu jalan keluar.

Duta plague itu berdiri di atas platform sambil membelakangkan

"Kau tahu aku akan kejar?" Gordian bukan bodoh.

Dia juga ada sesuatu yang tidak kena.

Tetapi dia tidak berundur.

Semangat dan keyakinan ini datang dari kekuatannya. Lagipun dia sangat percaya dengan pemberian oleh dewa silver.

Hanya kesatria silver light tertentu sahaja boleh ada kemahiran Divine Grace.

Tambahan lagi pedang panjang di tangannya mempunyai sedikit sifat ketuhanan yang telah dijampi oleh ketua paderi dewa silver level tinggi.

Sifat ketuhanan yang sedikit ini mampu menukarkan pedang panjang biasanya kepada senjata yang mampu menerima penambahan lebih kuat!

Atribut senjata itu sangat hebat.

Sebab itu Gordian tidak gentar.

Walaupun duta plague itu ada rancangan, pasti kali ini dia akan gagal untuk lepaskan diri.

Dia telah mengejar duta plague ini banyak kali dan setiap kali semakin hampir untuk menangkapnya. Sebab itu dia rasa gusar. Dia tidak mahu lepaskan peluang kali ini.

Dia hanya letakkan tangan kirinya di bilah pedang panjangnya.

"Pengecut, Aku sebagai kapten peronda Bandar River Shore akan melakukan keadilan dengan menangkap kamu!"

Suaranya penuh dengan sifat keadilan.

Duta plague itu memusingkan badan dengan perlahan-lahan dengan muka penuh penipuan.

"Ha ha ha, Gordian, kau terlalu yakin."

"Kesatria silver light ini agak bijak."

"Jika dia bunuh atau menghalau dewa plague dengan gunakan nama geraja silver, ia akan membuatkan dewa plague menyimpan dendam. Walaupun dewa silver tidak takut dengan dewa plague tetapi ini akan jadi sangat leceh."

"Tetapi lelaki ini ambil kesempatan dengan jawatan dia sebagai peronda Bandar River Shore. Oleh itu, jika duta plague dibunuh oleh dia, dewa plague tidak boleh berkata apa-apa."

Marvin masih ikut dari belakang, mendengar alasan Gordian dan tidak dapat menahan diri untuk rasa hormat kepada dia.

Sememangnya daripada orang gereja silver. Setiap orang dari mereka memang ada minda peniaga, mereka tahu strategi yang patut digunakan untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Lelaki ini juga tidak terkecuali.

Gordian tersengih. "Kau cuma ajak beberapa orang pembantu. Aku tak hairan."

Dia mara ke depan selepas habis berkata, tetapi pada masa itu, dua kelibat muncul dari kedua-dua arah!

Pembunuh Hendap!

Mereka berdua mempunyai kelas pangkat ke-2!

Marvin menjeling dan berfikir. "Tak bagus."

"Gordian terlalu yakin? Bertembung dengan perangkap yang sangat jelas, dia tidak cuba menyiasat dulu sebaliknya terus berdepan."

Tetapi selepas berfikir, persepsi Kesatria Pelindung tidak tinggi. Tidak perasan kehadiran pembunuh hendap ketika stealth perkara yang normal. Agak sukar untuk perasan pembunuh hendap dalam keadaan stealth tanpa menggunakan Sihir Terulung untuk menyiasat!

"Tunggu sebentar!"

"Black Jack bukan salah seorang dari mereka."

"Celaka, Mereka berdua gunakan [Desperate Strike]"

Marvin hampir keluar dari tempat dia menyorok!

Jika Gordian diselesaikan terus, situasi di sini akan bertukar menjadi lebih bahaya.

Dua pembunuh hendap lanjutan menggunakan [Desperate Strikes]!

Kali ini duta plague telah melabur banyak untuk menhapuskan Gordian. Bukan saja dia mengupah pembunuh upahan lelabah bayang tetapi juga mengupah pembunuh hendap pangkat ke-2.

Apabila serangan dua kelibat tersebut hampir terkena Gordian, kesatria silver light itu terus mengeluarkan pedangnya!

Dia seorang kidal tetapi postur badan dia sangat bagus!

Dalam sekelip mata, pedang itu mengeluarkan sinaran dan tanda perak mula berkumpul!

[Divine Grace – Silver Protection]!

Selepas melihat Magik Divine digunakan, Marvin terus berasa lega.

Gordian sememangnya bukan kesatria pelindung yang biasa. Lelaki ini pasti Kesatria Pelindung elit!

Dalam sekelip mata, sejenis cecair perak mula keluar dari tanda perak dan menyelubungi sekeliling Gordian.

Serangan kemahiran desperate strike pembunuh hendap itu memang sudah kena Gordian!

Tetapi!

Efek dari Silver Protection menyebabkan dia kebal dari serangan selama tiga saat!

Desperate Strike merupakan kemahiran dengan keutamaan tinggi, tetapi ia masih kemahiran makhluk biasa. Kebanyakannya dari elf era kuno.

Tetapi Silver Protection adalah Sihir Terulung. Ia datang terus kepada orang yang di bawah lindungan dewa silver.

Kedua-dua pembunuh hendap menggunakan tenaga mereka untuk menyerang dan mengalami keadaan separuh mati, tetapi Gordian krluar tanpa cedera kerana lindungan tersebut!

Dia seperti patung perak yang berdiri tegak seperti tiada apa yang mampu menjatuhkan dia.

Cahaya perak itu hilang tiga saat kemudian dan Gordian menyepak dua pembunuh hendap itu, kemudian berjalan ke duta plague.

"Aku harap kau masih ada muslihat lain!"

Dia tergelak. "Desperate strike tidak berjaya mencederakan aku!"

Walaupun dia berkata begitu, Marvin perasan satu dari tiga cahaya mengelilingi pedang Gordian telah hilang.

"Ia ada tiga Magik Divine?"

"Dia telah gunakan satu daripadanya."

Marvin dapat agak situasi yang akan berlaku. Senjata rahsia duta plague untuk berlawan dengan Gordian pastilah pembunuh gelap itu!

Seperti yang dijangka Black Jack muncul pada masa ini.

Walaupun pembunuh gelap merupakan kelas lanjutan pencuri, tetapi ia bukan pembunuh hendap. Sebab itu efek stealth dia agak sederhana.

Dia berjalan dengan angkuh di depan Gordian.

"Orang Lelabah Bayang?" Gordian berkerut dan menunjukkan muka serius buat pertama kali.

Dia dapat rasakan lelaki ini amat kuat.

"Dibayar untuk buat kerja." Kali ini Black Jack menunjukkan sikap yang profesional.

Dia tidak berkata banyak dan terus menyerang!

Pisau belati kembar di tangannya sangat tajam, serangan dia umpama ribut. Serangan normal dia juga telah meninggalkan bayang-bayang!

"Dia mesti mempunyai kemahiran istimewa individu atau kelas untuk meningkatkan kepantasan serangan! Marvin mengagak.

Marvin tahu beberapa kemahiran istimewa yang boleh dilatih dan di antara semua ada satu yang dia kena dapatkan.

Dan pembunuh gelap ini mempunyai serangan yang sangat pantas. Ini menunjukkan dia ada keistimewaan untuk menaikkan kepantasan serangan. Ini sesuatu yang Marvin sangat perlukan.

Gordian memang sangat kuat. Sekurang-kurangnya lebih kuat dari Marvin.

Berhadapan dengan serangan pembunuh gelap itu, dia menggunakan pedangnya untuk menahan dan juga menyerang balik.

"Jika ini pertandingan, Gordian mempunyai peluang cerah untuk menang!"

"Tapi sayangnya ini merupakan perlawanan dan bukan pertandingan."

Selepas Marvin berfikir sebegitu, duta plague juga terus menyertai perlawanan.

Dia tidak mempunyai banyak sihir divine tetapi semua sihir itu membawa maut dan perlu digunakan dengan berhati-hati.

Kehadirannya paling merbahaya bagi Gordian kerana jika dia terkena sumpahan, ia akan mengubah keputusan perlawanan dengan Black Jack.

Seperti yang dijangka, duta plague mendapat kesempatan untuk menyerang di bawah lindungan pembunuh gelap, satu jampi kelemahan mengena Gordian!

Kepantasan dan kekuatan dia telah menurun sebanyak 30%.

Walaupun Gordian kemudian menggunakan Sihir Terulung, Weakness Immunity tetapi dia bukan paderi dan hanyalah kesatria pelindung.

Dia hanya mampu menggunakan beberapa lagi Sihir Terulung. Dia telah gunakan Mind Blast, Detect Trail, Silver Protection dan Immunity. Walaupun kemahiran divine telah digunakan di pedang, dia sepatutnya hanya mampu menggunakan tiga lagi sihir.

Dan duta plague itu telah bersedia.

Dia telah keluarkan dua tongkat sihir diperbuat di Persekutuan Ahli Sihir Selatan. Walaupun benda ini hanya item sekali pakai, tetapi harganya sangat mahal dan efeknya juga sangat menakjubkan!

Situasi Gordian makin teruk!

Black Jack ketawa jahat. Dia menyerang dengan teknik memedang ketika Gordian mengelak sihir divine.

Rushing Thunder Slash!

"Tak boleh tunggu lagi!"

Marvin tidak lagi ragu-ragu. Dia terus mara walaupun masih dalam Stealth.

Tetapi kali ini dia menukar topeng Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng kepada topeng mulut!

Dia masih menggunakan senjata kembar tetapi ramai orang yang menggunakan senjata kembar. Siapa dapat bayang yang dia adalah Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?

"Bantu aku, kita ada musuh yang sama."

Marvin terus meluru dari kegelapan dan berkata satu ayat kepada Gordian sebelum meluru semula ke arah duta plague!

Duta plague itu terus pucat. Dia berbisik sesuatu dan dinding batu muncul di depan Marvin.

"Sia-sia!"

Marvin tersengih sebelum berlari dan di dinding batu tersebut!

Anti-gravity steps!

Di pihak satu lagi, Gordian melontar satu cincin cahaya kepada arah tersebut.

[Sihir Divine – Divine Gift]!