Chereads / Renjer Malam / Chapter 38 - Wabak Penyakit

Chapter 38 - Wabak Penyakit

"Daripada mana kau dengar khabar angin ini?"

Gru berkerut.

Dia akan jadi serius apabila anak perempuan dia disebut. Walaupun dia orang yang tenang dan tegap pendirian tetapi semua orang pasti ada kelemahan.

Terang sekali anak perempuan dia yang masih aktif ceria beberapa bulan lepas merupakan kelemahan lelaki itu.

"Aku tidak dengar khabar angin banyak. Cuma dengar yang dia tidak sihat," Marvin berkata mudah. "Aku hanya bertanya tentang keadaan dia saja.

Gru ragu-ragu, sebelum akhirnya membalas, "Penyakit dia agak serius. Doktor kata dia mungkin hanya mampu bertahan selama beberapa minggu saja. Kami cuba mencari paderi gereja silver tetapi paderi yang level rendah tidak dapat membantu."

"Hanya dengan keberkatan dari paderi level tinggi merupakan jalan terakhir yang aku nampak. Tetapi ia sangat mahal. Kami sudah meminjam banyak wang tapi masih tidak cukup," kata Gru jujur.

Walaupun Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng merupakan ancaman besar, tetapi ia masih meluah apa yang terjadi dengan jujur.

"Penyakit dia muncul tiba-tiba?" Marvin bertanya.

"Betul." Gru terkejut. "Adakah kau seorang doktor Encik Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?"

"Bukanlah. Aku pernah melihat kes seperti ini ketika aku mengembara."

Marvin menunjukkan gaya orang berpengalaman tinggi. Pengembara yang seperti Gru itu tidak dapat melihat di sebalik Marvin.

"Apa? Kau pernah nampak penyakit macam itu?"

Gru menjadi teruja.

Dia hanya ada anak perempuannya saja yang menjadi kebimbangan. Isterinya telah meninggal di usia muda, sebab itu anak perempuan itu sangat dia sayang. Dia akan melakukan sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak anak perempuannya.

Sebab itu anak perempuan dia itu menjadi manja dan liar. Keluar dengan orang yang tidak senonoh sepanjang hari. Sebab itu Gru jadi buntu. Sebagai pengembara, berkelana meninggalkan rumah selama setahun merupakan perkara yang biasa. Dia hanya mampu bekerja untuk memenuhi kehendak materialistik anaknya itu.

Tetapi anaknya jatuh sakit sekarang… Gru rasa seperti jantungnya dihiris pisau tajam. Hanya orang yang pernah alami saja tahu bagaimana rasa naluri kebapaan ini.

"Betul. Sebab tu aku bertanya kau sekarang," Marvin berkata. "Adakah keadaan dia menjadi kekuningan dan seperti kekurangan air, manakala matanya seperti bersinar? Adakah lehernya ada tompok hitam seperti terkena cacar air?

Gru terus terkejut!

"Kau… Macam mana kau tahu!? Dia mula menggigil.

"Encik Gru, kau bernasib baik. Tidak ramai orang di Feinan tahu tentang penyakit ini," Marvin berkata dengan tenang. "Jangan kau terkejut dengan apa aku akan beritahu kau."

"Anak kau bukan kena sakit biasa tetapi ken jangkitan wabak penyakit."

"Ia pernah muncul tiga kali sepanjang sejarah di Feinan. Setiap kali ia muncul, beberapa bandar akan musnah kerananya."

"Aku tidak pasti adakah kau pernah dengar [Racun Kemerduan Malam]."

Gru berdiri di situ tergamam.

Racun kemerduan malam ialah wabak penyakit yang datang dari Dewa Plague.

Dewa jahat ini mengambil kesempatan untuk turut serta membuat huru hara di Benua Feinan lama dahulu. Dunia yang sempurna baginya, dunia yang dipenuhi ketakutan, wabak penyakit dan juga kematian di merata tempat.

Dia menyebarkan penyakit Racun Kemerduan Malam di merata tempat. Semua yang dijangkiti penyakit itu akan jadi seperti kurang nutrisi tetapi mata mereka tetap bersinar.

Pada masa itu, mangsa akan mengalami ilusi dan berkhayal seperti mereka telah sampai ke syurga.

Nafsu makan mereka meningkat. Apa yang mereka makan akan menyebabkan tompok hitam di leher semakin besar dan banyak.

Tompok hitam itu akan sentiasa menyerap semua tenaga dari tubuh badan mereka.

Racun kemerduan malam sangat menakutkan. Banyak nyawa yang melayang setiap kali wabak ini berlaku dan merebak.

Kejadian pertama racun kemerduan malam merebak ketika era pemerintahan elven. Pada masa itu, taraf manusia sangat rendah dan kualiti kehidupan mereka juga sangat teruk. Apabila wabak itu berlaku, hampir satu per sepuluh manusia dijangkiti wabak ini.

Kekuatan Dewa Plague meningkat dengan sangat tinggi.

"Pada masa itu, seorang wali tiba. Dia membawa cara untuk menghapuskan racun kemerduan malam dan menyelamatkan manusia dari kesakitan yang dihadapi.

Nama orang itu adalah Brando, tetapi nama pertama beliau tidak diketahui.

Ada sesetengah orang berkata dia penjelmaan Dewa Elven, dan ada sesetengah yang percaya dia penjelmaan Dewa Ahli Sihir.

Secara ringkas, selepas penyelamat itu memberi cara untuk pulih dari penyakit racun kemerduan malam, dia terus menghilangkan diri dari dunia Feinan. Selepas itu, nama Racun Kemerduan Malam juga semakin dilupakan.

Orang telah lupa tentang wabak penyakit yang menakutkan ini.

Tetapi Marvin masih ingat lagi dengan jelas.

Salah satu tanda era huru-hara akan tiba penyebaran wabak racun kemerduan malam. Walaupun selepas itu ahli sihir legenda dengan pantas bertindak menyekat sumber wabak tersebut.

Tetapi itu hanya langkah kecil Dewa Plague untuk melihat apa yang terjadi. Tidak lebih dari itu.

Rekod Feinan sangat jelas: penyelamat yang muncul ketika merebaknya wabak pertama bukan penjelmaan semula dewa. Dia hanya orang biasa, mahaguru kaji herba dan penjual ubat.

Pengakhiran wabak yang sebenar bukan disebabkan ubat dari penyelamat tersebut. Sebenarnya ketika Dewa Plague sebarkan wabak, dia tidak mengambil perhatian sehingga wabak tersebar ke Hutan West menyebabkan Dewa Nature terus mengamuk.

Dewa Nature mengamuk dan dengan kuasa ketuhanan dia yang tinggi, dia membelasah Dewa Plague yang lemah sehingga lunyai.

Dewa Plague yang malang itu tidak sempat membina wilayah sendiri dan kuasa ketuhanan dia hampir musnah dibelasah Dewa Nature. Nasib baik Dewa Fear, Dewa Destruction dan dewa-dewa jahat lain datang membantu dia. Jika tidak, dia sudah diperangkap di dalam botol oleh Dewa Nature supaya dapat dimain pada bila-bila masa.

Sejak itu Dewa Plague bergerak berhati-hati… Cuba tidak menimbulkan masalah pada dewa lain.

Dia menghabiskan masa untuk sebarkan namanya di kawasan lain untuk memulihkan semula kekuatan dia.

Selepas Dewa Nature, Dewa Elven dan Dewa Kuno generasi kedua yang lain perlahan-lahan menjadi tidak aktif, dia bangun semula untuk mencuba sekali lagi.

Cubaan pertama melepaskan Racun Kemerduan Malam di Feinan merupakan eksperimen saja.

Sekarang semua dewa merancang untuk menyerang kolam magik alam semesta. Sudah jelas semua dewa tidak kira kuasa ketuhanan lemah atau kuat akan mengambil kesempatan ini.

Ini peluang yang jarang ditemui untuk mereka melebarkan sayap dan menambahkan penganut.

Kolam Magik Alam Semesta merupakan satu anugerah kepada semua manusia dan ahli sihir.

Tetapi ia merupakan sekatan ke atas dewa yang lain. Selepas pemergian Dewa Ahli Sihir Lance, mereka telah merancang untuk memusnahkan ia.

Mereka hanya menunggu peluang dan waktu yang tepat.

"Kalau kau cakap macam tu, anak perempuan aku tak boleh sembuh ke? Bibir Gru bertukar pucat.

Selepas mendengar penerangan Marvin mengenai wabak racun kemerduan malam, dia mula bermandi peluh.

Anak perempuan dia dijangkiti wabak penyakit itu!

Ini berita yang buruk. Jangan kata nak selamatkan nyawa anaknya, jika orang lain tahu, anaknya mungkin dibakar hidup-hidup kerana takut.

Betul.

Walaupun ada ahli sihir di dunia ini, mereka masih lagi berfikiran seperti orang bumi di era zaman pertengahan apabila terjadinya wabak.

Jika dijangkiti wabak? Anggap orang itu dah mampus!

Ketakutan tersebar lebih cepat dari wabak!

Dalam kata lain, keadaan panik dan wabak berjalan seiring. Malangnya Dewa Fear dan Dewa Plague kedua-duanya sama jantina lelaki. Mereka hanya berjumpa sekali sekala untuk membantu sama lain.

"Jika anak kau tidak boleh diselamatkan, aku tak duduk di sini," Marvin berkata penuh emosi. "Aku tahu cara untuk selamatkan anak kau."

"Apa? Betulkah?" Gru ternampak sinar harapan.

Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tidak perlu untuk memperdayakan dia.

Sebab dia sudah menerangkan dengan panjang lebar, dia terasa yakin dan bersemangat.

"Jangan risau, racun kemerduan malam akan melalui proses hibernasi yang panjang. Hanya pada detik orang itu mati, mangsa itu akan meletup. Pada masa itu wabak akan tersebar melalui udara. Kita masih ada masa lagi.

"Perkara yang paling penting sekarang ialah merampas kembali Lembah White River. Ini kerana cara untuk menyelamatkan anak kau ada di dalam Istana Baron Marvin."

Sebelum Marvin beredar, dia menepuk bahu Gru. "Sabar, kerisauan ini akan menjejaskan peperangan kita esok."

Gru membalas dengan suara serak sambil tersenyum, "Betul ke ni… Terima kasih banyak… Walaupun aku tidak tahu apa pertalian kau dengan Baron Marvin."

"Tetapi, kami dari Pasukan Bramble akan berjuang habis-habisan untuk misi ini."

Keesokan malamnya, semua orang sudah bersedia dan berkumpul di pondok sentri di kedua-dua arah hutan.

Seperti yang dirancang, pihak garisan dan pasukan Bramble akan berada di satu arah manakala pasukan Lynx dan tiga pengembara solo itu akan ke arah berasingan.

"Mari kita tarik perhatian ia," Anna berkata dengan bersahaja.

Di satu sudut, Gru mengangguk.

Satu wanita di belakang dia berjalan ke depan dan mula menjampi.

Dia mula bertukar menjadi rusa sika!

Rusa sika itu terus melompat dua kali sebelum meluru ke arah jalan besar dan kembali ke arah hutan.

"Roaar!"

Enam dubuk mutasi itu perasan rusak sika tersebut dan mula meleleh air liur. Mereka terus mula mengejar bersama.