Chereads / Renjer Malam / Chapter 34 - Mengumpul Pasukan Askar!

Chapter 34 - Mengumpul Pasukan Askar!

Di dunia Feinan, apa-apa yang berkaitan dengan naga ialah perkara yang menakjubkan.

Sebagai makhluk yang berada paling atas dalam rantaian makanan, semua naga mempunyai kuasa perosak yang dahsyat. Untuk level legenda dan ke bawah, menghapuskan naga merupakan perkara paling sukar.

Walaupun ubat kekuatan naga tidak ada kaitan dengan naga langsung, tetapi sebab nama ubat itu ada naga, ini bermaksud ia ubat yang luar biasa.

Penamaan ubat sebenarnya terma generik dalam kedudukan sistem perubatan.

Ubat ini mampu meningkatkan atribut dengan serta merta.

Ia mampu memberi perubahan ketika perlawanan sengit.

Di bawah penilaian teliti oleh Tuan Cole dan perantis ahli sihir, 5 emas itu tidak sia-sia. Dia dapat penerangan ubat itu.

[Kekuatan Naga]: Kekuatan +6, Ketangkasan +4. Bertahan selama 10 minit.

Atribut yang diberikan ini tidak boleh dibandingi. Marvin tidak dapat bayangkan betapa hebatnya dia selepas meminum ubat tersebut.

Kekuatan dia agak lemah hanya 11, tetapi akan menjadi 17 selepas minum buat [Kekuatan Naga].

Ini hampir sama seperti standard pelawan pangkat ke-2.

Tambahan lagi masih ada lagi peningkatan 4 ketangkasan. Dengan 24 ketangkasan dia boleh bergerak sesuka hati di langit dan bumi.

Ubat ini sangat bernilai.

Nasib baik renjer guild masih mempunyai integriti. Tuan Cole dan pelapis ahli sihir telah menilai banyak ubat seperti itu bersama. Walaupun selepas Marvin beredar, dia tidak dapat mengesan niat tidak baik dari mereka.

Ini antara sebab utama Marvin memilih buat di renjer guild kerana organisasi besar tidak terlalu serabut.

Jika goblin Bane… Mereka juga ada penilai tetapi adakah mereka tidak mempunyai niat jahat selepas melihat barang bernilai seperti itu.

Rumah Penginapan Black Horn Eagle.

Senarai nama diserahkan ke Marvin.

"Lima belas orang saja?"

Marvin terkejut.

Dia telah memberi arahan kepada Anna untuk merekrut dalam dua puluh orang.

"Kos untuk mengupah pengembara level tinggi sangat mahal, mereka yang level rendah yang paling tinggi pun hanya nak menipu duit kita. Kita tak perlukan mereka."

"Lima belas orang ini saja dah cukup."

"Lagipun, idea mengenai lebih ramai pengembara lebih bagus tak boleh digunakan kepada mereka," Anna menambah. "Walaupun mereka menandatangani kontrak, jika kekuatan pihak kita tidak kuat, kita tak boleh nak kawal mereka nanti."

Marvin mengangguk, setuju dengan apa yang Anna fikirkan.

Bergantung kepada pengembara untuk menawan semula Lembah White River? Mungkin sebaliknya pengembara yang mengawal mereka.

Kekuatan garison tidak cukup kuat, jika merekrut terlalu ramai pengembara dan biar mereka membentuk pasukan, ini akan menjadi perkara yang tidak baik untuk Marvin.

Pembantu Marvin itu telah analisis semua situasi.

Tetapi,

"Pihak gnoll ada Penyihir." Marvin berkata.

"Apa?" Anna terkejut, "Penyihir? Macam mana boleh ada?"

"Aku lihat dengan mata aku sendiri. Dia hampir perasan aku." Marvin memaksa diri tersenyum, "Mereka juga ada dubuk mutasi. Sangat leceh untuk diuruskan. Pelawan gnoll pula kacang saja."

Seratus lima puluh Pelawan gnoll dengar seperti ramai tetapi level pengembara manusia lebih tinggi dari mereka.

Bagi seorang pengembara melawan dua atau tiga tak menjadi masalah. Selagi mereka menghapuskan ketua mereka, moral mereka pasti jatuh merudum.

Tetapi Penyihir yang licik itu pasti menyorok di belakang ketika berperang supaya tidak dijumpai sesiapa.

Dubuk mutasi itu semua di bawah kawalannya. Dia perlu mencari cara untuk menyekat dubuk atau menghapuskan Penyihir.

Jika tidak susah untuk menang.

"Aku telah bunuh seekor dubuk itu ketika kita diserang dahulu."

Anna berkerut dan dengan serius berkata, "Mereka tidak mempunyai organ kelemahan; pedang aku telah tikam jantung mereka, ia masih tak mati lagi."

"Ia seperti…"

Marvin tidak pernah melawan lagi dubuk mutasi oleh itu dia tidak mempunyai banyak informasi tentang mereka.

Ia sangat leceh untuk dihapuskan kerana mereka mempunyai badan besar, kelajuan tinggi, kuasa perosak hebat dan juga tiada titik kelemahan.

Jika ada yang terkorban kerana dubuk, tiada masalah bagi pihak garison, tetapi pihak pengembara mungkin akan dihancurkan.

Sambil Marvin berfikir, dia mengambil sekeping kertas dan menulis.

Anna berdiri di tepi, dan terkejut melihat Marvin menulis dengan pantas.

"Tuan Muda Marvin… sangat genius! Dia telah senaraikan tiga cara untuk menyekat dubuk itu dalam masa yang singkat!"

"Potensi dia terserlah apabila berhadapan dengan jalan buntu. Adakah jiwa dia yang kuat dan cerdik itu keluar?"

Anna berfikir panjang.

"Ya, kita guna rancangan ini. Kita berangkat tiga hari kemudian," Marvin berkata tegas.

"Tetapi bagaimana dengan Penyihir?" Anna bertanya dengan risau.

Walaupun jampi Penyihir tidak sekuat Ahli Sihir, ia masih antara kelas yang hebat.

"Biar aku uruskan." Marvin mengambil senarai nama pengembara dan membaca dengan teliti.

Terdapat lima belas pengembara yang berpecah kepada dua kumpulan dengan enam anggota dan tiga lelaki bersendirian.

Kesemua lima belas ini ialah pengembara pangkat 1 sahaja tanpa seorang pun kelas lanjutan.

Betul kata Anna. Walaupun Marvin ada banyak duit tetapi mengupah pengembara level tinggi sangat mahal dan tidak berbaloi.

Jika orang yang terlalu kuat turut serta, Marvin mungkin hilang kawalan untuk menjadi ketua.

Apa yang buat Marvin terkejut salah satu pasukan enam orang itu sangat terkenal di Bandar River Shore.

[Bramble]

"Pasukan [Bramble] mempunyai nama dalam kalangan pengembara level rendah, kapten mereka pelawan level 5." Pandangan Marvin berhenti nama ahli pasukan Bramble seperti mengambil nota ke atas mereka.

"Nampaknya kita bernasib baik." Anna membalas, "Kalau diikutkan, dengan kekuatan pasukan Bramble yang banyak pengalaman, harga untuk kontrak mengupah mereka tidak cukup sebenarnya."

"Dengar khabar anak perempuan ketua mereka dijangkiti penyakit pelik dan perlukan khidmat paderi level tinggi untuk selamatkan anaknya. Mereka terdesak perlukan wang segera dan ketika ini tiada kontrak yang tinggi, sebab itu mereka ambil kita punya."

"Pasukan ini nampak boleh dipercayai." Marvin mengangguk.

Boleh nampak Anna berusaha keras dari senarai nama lima belas orang ini.

Pasukan enam orang satu lagi juga mempunyai kekuatan dan kelengkapan yang cukup. Walaupun mereka pasukan yang agak baru, tetapi rekod penyelesaian misi mereka agak tinggi.

Manakala tiga lelaki solo juga agak hebat. Salah seorang ialah renjer level 4 yang mahir guna busur, seorang lagi druid level 5 yang mampu berubah jadi beruang perang dan terakhir ialah peninju yang jarang ditemui.

Mereka semua mempunyai nama di Bandar River Shore. Mengikut perkiraan Marvin, bahagian upah untuk tiga lelaki pengembara solo ini lebih mahal.

"Tiada masalah dengan senarai nama ini. Kita akan bertolak tiga hari kemudian. Beritahu Andre dan yang lain untuk bersedia."

Marvin membuat keputusan.

Tiga hari kemudian, dia akan merampas kembali Lembah White River!

"Di mana patut kita berkumpul? Anna bertanya.

"Rumah Penginapan Night Tide," balas Marvin dengan kawasan yang tidak disangka. "Ketika aku pulang ke sini, aku terjumpa satu keluarga masih membuka rumah penginapan. Berkumpul di sana."

"Kau mengetuai operasi ini. Aku tidak turut serta."

Anna terkejut, "Kau tidak ikut?"

Dia terpegun.

Marvin tersenyum. "Aku tak boleh, kerana aku ini lemah dan bangsawan tidak berguna. Tetapi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng boleh."

Anna tenang semula dan senyum tanda faham.

Tuan Muda Marvin tidak sembunyikan apa-apa darinya. Ini merupakan perkara yang membuatkan dia paling gembira.

Tiga hari kemudian, di kawasan luar dari perintah Bandar River Shore, Rumah Penginapan Night Tide.

Rumah penginapan yang merosot ini dibina oleh petani cacat untuk menyediakan tempat orang singgah berehat.

Selepas Lembah White River jatuh ke tangan gnoll, jarang ada orang melalui jalan utama antara Lembah White River dan Bandar River Shore.

Tetapi Rumah Penginapan Night Tide masih beroperasi. Orang tua cacat itu tiada pekerjaan lain.

Dia tidak berfikir untuk berpindah melainkan jika kumpulan gnoll datang ke sini.

Tetapi dia tahu mereka tidak berani. Ini wilayah Bandar River Shore dan kumpulan gnoll tidak berani untuk membunuh sesiapa di sini. Mereka akan dihapuskan oleh peronda Bandar River Shore.

Tetapi malam ini, Rumah Penginapan Night Tide dipenuhi dengan ramai tetamu.

Rumah penginapannya hanya boleh muat dua puluh orang sahaja tetapi malam mini terdapat tiga puluh enam orang.

Dan diantara mereka ada juga perempuan.

Orang tua itu mengenali gadis tersebut. Dia pembantu Lembah White River.

Dia pantas beredar dari bilik. Dia berasa gembira mempunyai tiga puluh lebih tetamu pada malam ini.

Tetapi apabila dia menuju ke dapur, dia terdengar suara orang bergaduh dari ruang tamu.

"Teruk! Takkan mereka nak jatuhkan lukisan sulaman keluarga aku?"

Orang tua cacat panik dan bergegas untuk melihat apa terjadi. Itu ialah kumpulan pengembara yang tidak bertamadun. Sesuatu mesti sudah terjadi.

Dia dengan cepat meletakkan roti stim dan terus pergi ke ruang tamu.

Di dalam ruang tamu, tiga puluh enam orang itu berpecah kepada beberapa kumpulan dan menghadap masing-masing.

Mereka seperti dah bersedia untuk berlawan.