Chereads / Renjer Malam / Chapter 31 - Bangsawan

Chapter 31 - Bangsawan

"Kerja? Apa maksud kau kerja dengan badan aku?"

Lola melompat, ketakutan. Dia mula berfikir bukan-bukan.

Tetapi Marvin tidak melakukan sebarang perkara pelik. Dia hanya duduk bersila di depannya dan berkata dengan tegas, "Beritahu aku apa kosa kata dan tatabahasa dalam bahasa gnoll yang kau tahu. Aku tanya sekali saja."

"Aaah?"

Lola termenung sambil melihat Marvin. Dia tidak sangka itu permintaan yang dia mahu.

Dia hanya mahu belajar bahasa gnoll?

"Encik, maaf saya cakap." Lola berkata dengan segan, "Walaupun bahasa gnoll ialah mudah, tetapi ia bukan bahasa yang boleh belajar dengan cepat."

Marvin tidak mahu berkata panjang, dia keluarkan kerambit dan letak di sisinya.

"Kau cakap. Aku dengar."

Lola nak menangis tetapi tiada air mata keluar.

Dia hanya perlu menjadi cikgu bahasa gnoll dia sahaja.

"Nampak gaya seperti orang jahat yang keras kepala."

Walaupun dia rasa begitu, dia tetap memaksa diri untuk menerangkan semua ilmu yang dia tahu mengenai bahasa gnoll.

Walaupun bahasa gnoll mudah, tetapi bahasa ialah benda yang bukan mudah untuk menguasai.

Penerangan Lola mengenai bahasa yang dia tahu sedikit ini telah memakan masa lebih dua jam.

Dia lihat kepada Marvin dan berkata, "Encik, aku dah beritahu semua kosa kata yang aku tahu, tidak banyak lagi."

Marvin masih duduk kaku.

Tidak lama kemudian, mulutnya mula mengeluarkan suara pelik.

Lola terkejut mendengar bunyi tersebut.

Bunyi ini bermaksud "makanan" dalam bahasa gnoll.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Aku perlu masa selama satu tahun untuk belajar bahasa gnoll, tetapi dia boleh bertutur selepas mendengar aku bercakap selama dua jam saja?"

Lola rasa seperti bermimpi.

Tetapi kemudian, Marvin mula bercakap dengan dia dalam bahasa gnoll. "Kau sudah lakukan tugas yang bagus. Kau dah tolong aku. Tetapi aku tak boleh bagi kau pergi sekarang."

Dia bangun dan kemudian mengikat Lola dengan tali di katil.

Selepas meninggalkan beberapa keping roti, Marvin menutup semua pintu dan tingkap di rumah ladang lalu beredar.

Lola terpegun duduk di atas katil seperti baru melihat hantu.

Dia lupa untuk meronta!

Walaupun dia tahu meronta ialah perkara sia-sia sahaja.

Marvin memang sudah belajar bahasa gnoll itu.

Dia hanya mengambil masa dua jam saja. Ini nampak seperti keajaiban, tetapi benar berlaku.

Selepas menghapuskan Miller, Marvin bukan sahaja menjadi renjer level 5, dia juga melihat kelas asalnya.

Bangsawan.

Kelas hidup ini juga telah naik pangkat. Baron, pangkat ini boleh membiarkan bangsawan sehingga ke level 4, dan akan berhenti di situ melainkan Marvin mendapat gelaran bangsawan yang lebih tinggi.

Marvin dengan bersahaja mengagihkan 10 exp am kepada 40 exp bangsawan asal untuk naikkan level.

Akhirnya kelas bangsawannya menjadi level 4!

Selepas mencapai level 4, selain dari 20 nilai kemahiran istimewa bangsawan, dia juga telah mendapat kemahiran tambahan.

[Quick Study] (Level 4 Bangsawan Istimewa): Apabila kau mengaktifkan kemahiran istimewa ini, kau boleh belajar dengan pantas.

Boleh diaktifkan selama 3 jam setiap bulan.

Skop untuk belajar : apa-apa bahasa, geografi, budaya, astronomi, dan lain lain lagi. Bahasa gnoll salah satu darinya.

Disebabkan keistimewaan ini membuatkan Marvin untuk biarkan Lola mengajar dia bahasa gnoll.

Ia berjaya.

[Kau telah menggunakan keistimewaan – Quick Study]

[Kau tengah belajar pengetahuan baru…]

[Selesai belajar – Pengetahuan +1]

[Pengetahuan – Bahasa (Bahasa Gnoll)]: Kau telah mahir permulaan bahasa gnoll. Kau boleh bertutur perkataan mudah dengan gnoll.

Dia telah berjaya belajar bahasa asas gnoll. Walaupun ia peringkat bawah, sudah cukup untuk digunakan.

Tujuan utama ialah untuk meninjau, sebab itu jika tidak memahami bahasa gnoll menjadikan proses meninjau lebih sukar.

"Sebab itu, kelas Bangsawan ini bukanlah sampah. Aku dengar ilmuwan menara pearl juga mempunyai kemahiran yang sama. Mereka boleh belajar dengan cepat kerana beberapa kemahiran ini. Aku tidak sangka Bangsawan juga mempunyai kemahiran seperti ini."

Walau bagaimanapun, berdasarkan hipotesis Marvin, abiliti ini tidak muncul 100% setiap masa dan ditentukan sejak lahir lagi.

Bangsawan di dunia ini berketurunan ahli sihir. Sebab itu darah yang mengalir di badan mereka sangat menakjubkan.

Ini memberi mereka peluang untuk belajar kemahiran istimewa yang unik ketika level kelas bangsawan naik.

Dan [Quick Study] merupakan salah satu kemahiran yang berguna.

Marvin tidak lagi ragu-ragu selepas selesai belajar bahasa gnoll. Di bawah hujan renyai-renyai, dia memeriksa kawasan bawah dinding istana di timur gunung.

Terdapat jalah rahsia di sana.

Jalan rahsia itu menuju ke bilik lord, betul-betul di bawah katil. Ketika diserang hendap, Marvin tengah menikmati makanan di ruang makan, sebab itu dia tidak sempat lari menggunakan jalan rahsia.

Disebabkan itu, jalan rahsia ini masih lagi selamat.

Marvin menggunakan kelebihan [Stealth] dan mengatur gerak dengan bijak untuk mengelak dari gnoll sentri di dalam istana sebelum menyelak belukar yang lebat.

Dia mengangkat papan yang terdapat di bawah longgokan rumput, lalu jalan rahsia terdedah di depannya.

Obor Marvin ada di dalam konc kosong. Oleh itu walaupun hujan, apabila tiba di jalan rahsia, dia masih boleh menggunakan obor selepas dinyalakan dengan batu api.

Api obor tersebut sangat terang dan kualiti udara di jalan rahsia ini sangat bagus.

Marvin menutup semula papan tersebut dan berjalan dengan senyap seperti kucing berjalan.

Kelembapan di dalam terowong sangat berbeza kerana ia sangat kering.

Walaupun terdapat banyak habuk, tetapi Marvin yang basah ketika ini merasa lebih selesa.

Dia dengan segera bergerak ke depan berdasarkan memori di dalam kepalanya.

Terdapat simpang di depannya.

Mengikut memori dia, terdapat tangga yang menunjukkan jalan keluar kalau ke kiri manakala jalan kanan ialah jalan mati.

Terdapat batu besar menghalang jalan itu, menyebabkan jalan tertutup.

Marvin teringat sebelum Miller mati, dia ada menyebut tentang jalan rahsia mempunyai harta karun.

"Adakah di sebalik batu besar ini?"

Marvin keliru. Dia masih boleh bersabar kerana harta karun itu tidak akan lari ke mana-mana.

Dia perlu habiskan tugasan meninjau dulu dan biarkan waktu menyiasat harta karun di masa akan datang.

Meninjau pihak musuh ialah strategi penting untuk menang dalam pertempuran nanti.

Mempunyai informasi yang cukup membolehkan menuju jalan kemenangan. Marvin tidak berapa selesa jika menyerahkan tugas ini kepada orang lain, oleh itu dia terpaksa lakukan sendiri.

Dia terus mara di jalan rahsia dengan berhati-hati, dan akhirnya tiba di bilik Lord.

Nasibnya baik kerana tiada suara yang datang dari bilik itu.

Marvin menyelinap masuk ke istana menggunakan [Stealth], dengan langkah berhati-hati.

Kelibat gnoll mula kelihatan satu demi satu di kawasan istana.

Semakin lama dia melihat, dia semakin risau.

Semua gnoll ini bukan pelawan!

Mereka gnoll biasa tanpa kuasa pelawan dan kebanyakan dari mereka ialah perempuan tua lemah dan kanak-kanak.

Terdapat lebih dari dua ratus gnoll!

Ini puak gnoll saiz sederhana. Mereka rasanya ada lebih kurang seratus lima puluh gnoll yang mempunyai kelas pelawan.

Ini bukan amaun yang dua puluh orang garison boleh hadapi, ditambah lagi dengan kehadiran dubuk mutasi.

Dia berjalan sekitar istana dengan berhati-hati.

Nasib baik dia agak fasih dengan keadaan sekitar dan gnoll juga mempunyai persepsi yang rendah. Dia berjaya berundur dengan selamat.

Apa yang buatkan Marvin keliru ketika ini kerana dia telah nampak kebanyakan askar puak gnoll, tetapi masih tidak jumpa di mana ketua mereka.

Puak gnoll dengan kekuatan seramai seratus lima puluh orang pelawan. Di antara mereka ialah enam orang level 3 Petty Officers dan dua orang level 4 Adjutants.

Ketua mereka pastinya memiliki kelas pangkat ke-2.

Marvin perasan dubuk mutasi itu tidak mendengar arahan gnoll biasa atau adjutants.

Nampaknya ia seperti dikawal oleh orang lain yang lebih kuat.

"Ketua mereka, siapa dia agaknya?"

Marvin merasa ragu-ragu di dalam hati, mengetap gigi untuk terus mara ke depan.

Tetapi tiba-tiba di jalan raya tidak jauh dari situ, sekumpulan gnoll mengiring orang yang kecil dan kurus.

Marvin merenung tajam dan terkejut melihatnya!

Gnoll biasanya sangat kecil, tetapi lelaki itu kecil yang luar biasa.

Dia nampak seperti budak umur lima ke enam tahun. Bulu dan warnanya lebih licin berbanding gnoll yang lain. Gnoll semua melihat dia dengan mata yang penuh rasa hormat.

"Alamak! Adakah aku tersilap?"

"Bangsa gnoll terkenal dengan kebodohan melampau, dan mereka berjaya melahirkan seorang Penyihir?!"

Naluri Marvin mengatakan dia perlu beredar dari situ dengan segera.

Jampi semulajadi Penyihir paling asas, [Eye of Pain], musuh semulajadi semua kemahiran Stealth.

Dia berseorang di kawasan musuh, oleh itu dia tidak boleh berada di sini lagi!