Chereads / Renjer Malam / Chapter 29 - Meninjau

Chapter 29 - Meninjau

Waktu malam, di jalan utama luar Bandar River Shore.

Marvin berjalan seorang diri dan tiba-tiba dia merasa sedih.

"Aku dapat rasakan kedukaannya…"

"Walaupun Anthony sudah mati seperti yang aku duga, tetapi kenapa aku masih lagi rasa sedih?"

Marvin berdiri kaku di situ dan perlahan-lahan pulih.

Dia merasa sedikit terkejut. Dia terkejut bukan kerana kedukaan.

Orang biasa tidak tahu apa maksud kedukaan itu tetapi dia tahu. Sebagai salah seorang ahli sihir legenda aktif yang masih hidup, Anthony merupakan salah seorang yang paling giat menentang kuasa jahat dan merupakan antara salah seorang yang terkuat.

Tidak kira sama ada kultus ular kembar atau roh jahat alam bawahan, mereka tidak boleh membuat sesuka hati kerana item Anthony Mata Mentari Terang.

Ahli sihir legenda yang bermoral tinggi merupakan penjaga kawasan Pantai Timur. Dia salah seorang ahli tertinggi dalam Persekutuan Ahli Sihir Selatan.

Orang seperti ini tidak dapat digambarkan dengan beberapa patah perkataan.

Kematian beliau satu kehilangan buat Benua Feinan. Dan mereka yang baik hati akan merasa sesuatu kuasa dan akan berasa sesuatu kedukaan.

Ini yang pertama.

Disebabkan ini kematian legenda pertama sejak Bencana Besar semakin dekat.

Di bawah konspirasi dewa-dewa, kematian ahli sihir manusia bukanlah sedikit sahaja. Dari memori Marvin, peristiwa mengejutkan ini akan berlaku satu demi satu.

Berita mengenai kematian Anthony akan tersebar luas tidak lama lagi dan pada masa itu, semua kuasa jahat akan mula bertapak.

Ini waktu kebangkitan [Pengakhiran-Dunia Ular Kembar], kultus [Dewa Plague], [Boneka Hidup]… Semua ialah permulaan.

Semua di Feinan akan melalui keadaan huru-hara.

Ahli sihir akan mula kehilangan kekuatan mereka dan akan menjadi raksasa. Makhluk biasa akan rasa sengsara dan mula berdoa kepada dewa-dewa.

Ini matlamat dewa-dewa yang hebat dan mulia itu!

Sudah tentu masih terdapat lagi Tablet Takdir Ke Empat.

Semuanya tidak dapat dihentikan. Perkara yang Marvin boleh lakukan, tidak melawan syurga tetapi membina kawasan yang selamat di dunia yang huru-hara nanti.

Ia sangat sukar!

Tetapi sebagai bekas pemain legenda, Marvin tidak pernah undur dari cabaran.

Takdir telah membuatkan dia tiba di dunia ini. Dia mempunyai perjanjian dengan tubuh badan ini, oleh itu dia kena melaksanakannya.

Ini perjanjian yang terikat dengan jiwa, dan disebabkan itu, dia perlu mempertahankan wilayahnya dengan nyawa sendiri.

"Adakan ini menunjukkan aku seorang yang baik hati?"

Marvin merenung awan hitam yang terapung di arah timur, dan tergelak kepada diri sendiri.

Hujan yang lebat akan turun dari awan hitam itu selama beberapa hari, dan hujan tersebut akan membasahi seluruh Pantai Timur.

Ini amaran kepada penduduk Feinan tentang kematian ahli sihir lagenda Anthony. Bencana semakin hampir.

Marvin membetulkan pernafasannya dan mengambil peluang ketika gelap untuk bergerak lebih pantas.

Jalan utama agak sunyi. Hanya beberapa orang sahaja yang berjalan seorang diri pada waktu malam. Lagipun, jalan utama ini dibina olah lord pertama Lembah White River, iaitu datuk Marvin. Jelas sekali, tidak ramai yang menggunakan jalan ini.

Sejak kejatuhan Lembah White River, tiada caravan yang sanggup ke sana. Lagipun, siapa yang sanggup berurusan dengan gnoll?

Penglihatan malam Marvin agak tidak bagus tetapi nasib baik, terdapat bulan pada malam ini. Oleh itu dia dapat melihat agak jauh disebabkan item Tanda Bulan.

Dia bergerak lebih pantas dalam perjalanan seorang diri dan disebabkan dia tidak mahu meninggalkan apa-apa tanda, dia membuat keputusan untuk berehat di waktu siang dan bergerak pada waktu malam.

Waktu malam, dua hari kemudian, dia akhirnya sampai di sempadan Lembah White River.

Lombong Di Utara.

Angin yang kuat bertiup di gugusan pokok bic sementara hujan yang lebat itu semakin hampir. Jalan utama taman di sini dan berpecah kepada beberapa jalan yang lebih kecil.

Marvin menggunakan [Stealth] untuk melalui gugusan pokok itu.

Dia tiba di depan persimpangan dan melihat tanda jalan.

Marvin agak tahu benar dengan tanda jalan ini. Ia menunjukkan jalan ke Lombong di Utara dan Istana di selatan.

Tetapi kini, terdapat sesuatu yang dicat hijau di atasnya!

Terdapat tulisan yang buruk menggantikan tulisan asal.

"Bahasa Gnoll! Bangsat! Binatang sial!"

Marvin mengetap gigi.

Walaupun dia tidak fasih dalam bahasa tersebut, tetapi dia dapat meneka apakah yang di tulis di atas tanda jalan itu yang bermaksud Wilayah Gnoll.

Bergerak satu langkah ke hadapan dan anda akan memasuki kawasan gnoll!

Memang betul, serangan ke atas istana Marvin semestinya dari puak gnoll atau yang lain, jika diambil kira pertahanan istana, mustahil boleh tumbang dengan begitu cepat.

Cuma, pada waktu malam itu, dengan keadaan yang huru-hara, pemuda yang naif itu tidak dapat meninggalkan maklumat yang berguna kepada Marvin.

Oleh itu dia perlu menyiasat sendiri.

Tidak jauh dari simpang itu ada situasi sukar yang dia perasan.

Itu ialah sentri gnoll.

Hanya sentri biasa. Dua pelawan dan dua pemanah, menggunakan senjata yang nampak kasar. Sekali imbas sudah cukup untuk tahu mereka membina sendiri. Tukang senjata manusia yang mahir mampu membuat lastik lebih kuat dari busur dibuat oleh gnoll.

Dia tidak risau dengan sentri gnoll. Tetapi yang lebih penting ialah enam kelibat di belakang mereka.

Marvin menggunakan Inspect dan tidak dapat menahan dari anak matanya mengecil.

Dubuk Mutasi!

Binatang level 4 dengan HP hampir 200, dan kekuatan bertempur jarak dekat seumpama harimau ganas.

Dubuk mutasi ini penyerang utama ketika serangan ke atas istana dahulu. Askar pertahanan istana cuba menggunakan perisai, tetapi dengan mudah ia dihancur.

Marvin juga hampir mati digigit oleh dubuk mutasi!

Jika tidak kerana Anna menyelamatkan dirinya…

Marvin tahu gnoll boleh menjinak dubuk.

Tetapi dubuk mutasi bukan antara jenis yang gnoll biasa menjinak.

"Adakah di dalam kumpulan gnoll mempunyai penjinak haiwan yang jarang dijumpai?" Marvin meneka.

Dia menghadapi masalah yang sukar diselesaikan.

Jalan di depan sudah dihalang jika dia ingin maju ke depan, dia perlu hapuskan semua sentri tersebut.

Tetapi tujuan dia datang kali ini untuk meninjau dan bukan menarik perhatian musuhnya.

Dia perlu tahu selok belok puak gnoll seperti, kekuatan mereka, level ketua mereka dan lain-lain lagi.

Ini perlu dilakukan dengan senyap.

Sentri dan dubuk itu menghalang jalan dia.

Ini masalah sukar diatasi.

Marvin teragak-agak, akhirnya dia merangkak di belakang pokok bic dan menggunakan [Stealth].

"Masa untuk bersabar".

Marvin menunggu dengan keadaan cuaca angin yang sejuk selama dua jam.

Hujan lebat akhirnya turun dari langit.

Ini jampi yang digunakan ahli sihir lagenda Anthony sebelum mati, menggunakan nyawa sendiri untuk memperingat makhluk jahat di Feinan.

Dan seperti yang ditunjukkan oleh Marvin, gnoll sangat takut pada air hujan. Jika bulu mereka basah, ia agak sukar untuk dikeringkan dan akan mereput disebabkan parasite.

Oleh sebab itu, mereka secara amnya akan menyorok di celah-celah lubang yang mereka jumpa.

Dan seperti yang dijangka, apabila hujan mula turun, pengawal tersebut mula berteriak dan melarikan diri di celah-celah bukit tidak jauh dari situ.

Selepas itu enam dubuk mutasi juga mengikut menyorok.

Marvin teruja. Dia menggunakan [Stealth] dan di bawah hujan, dia mara ke hadapan.

Selepas melepasi tempat pemeriksaan pertama, perjalanan yang dilalui sangat lancar.

Marvin bergerak dengan berhati-hati ke Lombong di Utara.

Dia mendapati gnolls tidak tahu melombong. Selepas Marvin memindahkan pelombong, pertahanan mereka hanya mempunyai dua puluh pelawan gnoll dan dua dubuk. Salah seorang dari mereka adalah Pegawai Level 3.

"Nampaknya ketua mereka meletakkan askar pertahanan utama di istana. Disebabkan ada dubuk yang banyak, ini bermaksud mereka datang dari puak sederhana besar dengan tiga ratus gnoll lebih atau kurang. Patutlah kita kalah malam itu. Kuasa perosak dubuk mutasi sangat tinggi. Perlu ada manusia pangkat ke-2 jika ingin menghadapi mereka."

Marvin meletakkan nota di hati: dia perlu menghadapi semua dubuk ini jika ingin mendapatkan wilayahnya kembali.

Lagipun, mereka boleh mengepung dan menetak gnoll pelawan yang biasa sehingga menjadi cebisan.

Tetapi pada masa ini, dia lebih berminat dengan siapa yang menternak dubuk mutasi itu.

Dubuk biasa ialah binatang level 2, dan biasanya dubuk ini berada dalam komuniti gnoll sepuluh orang atau lebih. Dapat melatih dubuk ini sehingga level 4 menunjukkan tuan mereka sangat menakjubkan.

"Mungkin kelas renjer lanjutan – Penjinak?"

Marvin tidak berapa pasti. Tetapi tuan dubuk mutasi ini mungkin ketua mereka.

Orang yang kuat seperti ini tidak logik tidak menjadi ketua.

Dia telah fikir buat masa yang lama, dan dari jauh dia telah dapat melihat istana yang berada di dalam lembah itu.

Hujan lebat tetap turun tetapi Marvin tidak lagi maju tanpa berfikir, ini kerana dia tahu jalan rahsia masuk ke istana. Tetapi jalan di situ agak licin. Tersilap satu langkah dan dia akan jatuh ke dalam jurang yang dalam.

Dia perlu tunggu sehingga hujan berhenti.

Oleh itu dia merancang untuk melihat kawasan bukit berdekatan istana dan mencari rumah ladang yang tidak mempunyai gnoll untuk tinggal sementara di situ.

Dia dengan berhati-hati mengelak pemerhatian gnoll peronda, memilih rumah yang dia agak kenali dan meluru masuk.

Tuan rumah ini sudah berpindah ke luar bandar. Marvin hanya tinggal untuk sementara, oleh itu sepatutnya tiada masalah.

Tetapi dia dikejutkan dengan bunyi teriakan di kawasan belakang rumah.

"Itu suara gadis!"