[Renjer Baru]: Meningkatkan kesan Lencana Renjer sebanyak 1%.
Ini adalah kesan dengan menerima gelaran. Ianya lebih bagus daripada tiada langsung. Pada masa dahulu bila Marvin melengkapkan penukaran cabaran kepada pencuri, dia telah melengkapkannya dengan sempurna dan memperoleh gelaran [Penjenayah Berbakat].
[Penjenayah Berbakat]: Kesemua kemahiran kelas Pencuri +10.
Perjalanan permainan video Marvin adalah amat lancar disebabkan kesan hebat gelaran yang diterima dan dengan kemahiran ketangkasan [Wall Climb]. Dua kelebihan ini dapat menutup kelemahan pencuri yang mempunyai serangan agak lemah pada permulaan perkembangan kelas Pencuri.
Di dalam awal permainan "Benua Feinan", Pencuri memang mempunyai serangan yang agak lemah. Mereka lebih dianggap peninjau berbanding pengembara. Mereka pakar memusnahkan perangkap di dungeon, membuka peti dan melakukan serangan hendap ketika berlawan dan terjumpa musuh. Jika bukan disebabkan kenaikan jawatan kelas Pencuri seterusnya adalah [Pembunuh Hendap], pasti ramai pemain yang menggunakan kelas Pencuri akan mengalah untuk bermain dalam kelas tersebut.
Selain daripada Marvin yang mempunyai kelebihan dalam awal permainan video disebabkan gelaran yang diterima, pemain lain yang menggunakan kelas pencuri hanya menjadi beban dengan mengutip pengalaman dalam kumpulan yang disertai mereka. Kadangkala hanya membuka peti dan juga memusnahkan perangkap sahaja dan kurang membantu dari sudut lain. Banyak kelas yang lain boleh menggantikan Pencuri di awal perjalanan permainan seperti Renjer dan Druid.
Disebabkan masalah ini yang menyebabkan Marvin mengambil keputusan untuk tidak melalui penukaran kepada kelas Pencuri yang disukainya. Sememangnya kemahiran mencuri dan juga membuka peti terkunci boleh membantu mendapatkan sumber kewangan tetapi pada masa sekarang yang paling penting adalah meningkatkan kekuatannya terutama kemampuan bertarung. Dari sudut ini Renjer yang paling sesuai dan sempurna untuk dipilih kerana dikenali dengan kelebihan boleh melakukan semua perkara.
Terutama sekali, salah satu cabang kenaikan terakhir kelas Renjer adalah sama dengan 1 cabang kelas Pencuri iaitu [Pemerintah Malam].
Setiap orang hanya boleh memakai 1 gelaran pada satu masa dan Marvin tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan [Renjer Baru].
…
Selepas menyerahkan surat perakuan kepada Guild Renjer, Marvin juga menerima lencana pelatih renjer baru. Secara umum, pelatih renjer baru boleh memilih diantara 3 jenis lencanya iaitu lencana serigala liar, lencana helang mulia atau lencana rusa sika.
[Lencana Serigala Liar]: Taming +5
[Lencana Helang Mulia]: Long Range Vision +3
[Lencana Rusa Sika]: Hide +9
Ketiga-tiga lencana ini meningkatkan kelebihan kesan kemahiran yang digunakan. Marvin yang berpengetahuan itu membuat keputusan dengan pantas.
Renjer [Hide] adalah sangat hebat jika digunakan di kawasan hutan. Jika nilai kemahiran [Hide] adalah 100 atau lebih tinggi, kesannya adalah lebih kurang sama seperti pangkat ke 2 Pembunuh Hendap [Strong Stealth]. Walaupun [Taming] dan [Long Range Vision] agak berguna, tetapi tidaklah lebih berguna dari [Hide].
[Hide] adalah penting bagi renjer seperti [Stealth] bagi pencuri.
Apabila dia berjaya menjadi Renjer, HPnya meningkat 11 nilai dan menerima 11 atribut percuma dan juga 96 nilai kemahiran yang diterima pada permulaan. Karektar tingkapnya juga telah berubah kepada:
[Kelas Pengembara: Level 1 Renjer (0/50)]
Dia pun mengagihkan nilai atribut yang belum digunakan itu untuk memperoleh kemahiran Ketangkasan tanpa ragu-ragu. Atribut terpenting buat Renjer adalah Ketangkasan dan juga Kecerdasan. Ketangkasan meningkatkan kepantasan seseorang manakala Kecerdasan memendekkan masa bila melakukan jampi. Bagi pendapat Marvin, Ketangkasan adalah lebih penting dari Kecerdasan untuk kenaikan pangkat jawatan pada masa depan.
Nilai Atribut adalah sangat bernilai. Selain daripada mendapat nilai tersebut pada level 1, dia hanya akan dapat nilai tersebut setiap kali meningkat 1 atau 2 level sahaja. 96 nilai kemahirannya juga diagihkan sekelip mata. Selepas itu tetingkap atribut kemahirannya adalah seperti berikut:
Hide– 41(+9)
Stealth – 20
Inspect – 35
Renjer juga boleh menggunakan pisau belati dan juga busur. Ini adalah kelebihan semulajadi kelas tersebut.
Status tingkap Marvin adalah seperti berikut:
Nama: Marvin
Bangsa: Manusia/?
Atribut:
Kekuatan – 11
Ketangkasan – 17
Tubuh Badan – 9
Kecerdasan – 14
Kebijaksanaan – 14
Karisma – 13(+1)
Jawatan – Bangsawan Pangkat ke 3 (150/200)
Jawatan Pengembara – Renjer level 1 (0/50)
Gelaran: Renjer Baru
Nilai Nyawa: 37/37
Exp (Nilai Pengalaman): 40 (Bangsawan) [Tidak Digunakan]
SP (Nilai Kemahiran):0
AP (Nilai Abiliti: 0
Kelas Kemahiran:
- Bangsawan (Baron):
Martabat – 25
Pengurusan – 31
Persepsi – 16
Diplomasi – 19
Perakaunan – 28
Kemahiran Menunggang Kuda – 30
- Renjer:
Hide – 41(+9)
Stealth – 20
Inspect – 35
Kelengkapan:
Lencana (Rusa Sika)
…
"Akhirnya aku telahpun berjaya memperoleh kelas pelawan!" Selepas beredar dari Guild Renjer tersebut, Marvin berasa teruja selepas mendapati kekuatan yang mengalir dalam tubuhnya.
Dia berasa lebih bertenaga. Dia ternampak sinar harapan selepas berjaya menyelesaikan cabaran mencipta dan menyerah "Surat Perakuan". Pengalaman yang lalu masih berguna lagi. Diantara kesemua kelas yang ada, hanya Renjer sahaja boleh mendapatkan Surat Perakuan dari senior Renjer yang merupakan jalan pintas. Kelas lain tidak mempunyai jalan pintas seperti kelas Renjer. Marvin meneliti orang gelandangan tersebut dan mendapati beliau adalah bekas Renjer yang levelnya agak tinggi. Dia pun menggunakan sebotol Rum untuk merasuah. Strategi ini bukanlah daripadanya tetapi dari pengalaman kawannya dari masa silam.
Beliau juga merupakan pemain pakar yang hebat. Pada masa pemain lain sibuk berhempas pulas untuk menyiapkan cabaran pangkat ke 2, dia telahpun berjaya ke pangkat ke 3 iaitu [Penguasa Hutan]. Marvin mendapat ilmu jalan pintas untuk kelas Renjer ini daripadanya. Surat perakuan ini boleh didapatkan dengan memperoleh lencana Renjer yang lebih berpengalaman tinggi.
Guild Renjer hanya memastikan surat tersebut adalah benar dan tidak kisah siapa orang tersebut yang membolehkan Marvin mengambil kesempatan ke atas jalan pintas ini.
Dengan kejayaan memperoleh Kelas Renjer, ini bermaksud pengetahuan silamnya boleh digunakan lagi. Walaupun dia tidak berapa biasa dengan Bandar River Shore ini, tetapi dia masih ada beberapa cara untuk mendapatkan wang dan juga meningkatkan kekuatan diri selepas berfikir seketika. Dia berasa lebih yakin jika dia berada di bekas kawasan permulaannya yang lalu iaitu [Teluk Jewel] yang terletak di arah timur laut.
Dia masih lagi ada 30 keping perak selepas membeli
Status Kerambit biasa adalah agak mengecewakan, ia hanya memberi nilai serangan tambahan dari 2-5 sahaja. Ianya hanya mampu mempertahankan diri tetapi agak sukar jika ingin membunuh raksasa.
Marvin perlu meningkatkan kekuatan diri secepat mungkin dan perlu mencari sumber kewangan yang merupakan misi utamanya sekarang. Anna masih lagi menunggunya di Rumah Penginapan Fierce Horse. Anna telah mengikutinya sejak dari Marvin kecil lagi dan merupakan orang yang penting bagi dirinya.
Dia sanggup menggadai nyawa demi melindungi Anna.
Selapas berlari dan mencari perlindungan di Bandar River Shore, duit Marvin pun habis dibelanjakan. Anna terpaksa membanting tulang mencari rezeki setiap hari di kedai pakcik yang kasar untuk mendapatkan sedikit gaji. Jika bukan kerana Anna, Marvin pasti akan menjadi sasaran kepada beberapa kumpulan samseng tempatan untuk mencuri duitnya dan akhirnya mati di kaki lima.
Boleh dikatakan Anna melindunginya selama ini.
Sudah sampai masa untuk perubahan.
Dengan kerambit yang tersisip rapi di tali pinggangnya, Marvin pun mengambil kesempatan untuk keluar dari Bandar River Shore kerana pintu pagar masih belum tutup lagi.
…
Keadaan hutan liar dia Benua Feinan adalah kawasan berbahaya. Raksasa boleh muncul di mana sahaja selain dari di jalan-jalan yang menghubungkan Bandar ke Bandar. Secara teorinya, walaupun raksasa selalu dibunuh di jalan laluan tetapi kemungkinan untuk kemunculan raksasa lain masih ada. Bagi Marvin yang masih Renjer Level 1 ini adalah agak lemah. Jangan kata Ogre, jika ada muncul anak goblin pun sudah cukup untuk menimbulkan masalah kepadanya.
Persekitaran mereka agak selamat kerana penjaga keselamatan melakukan rondaan setiap hari di keliling bandar-bandar utama.
Tujuan Marvin keluar bukan untuk meningkatkan level sebaliknya ingin mencari pendapatan.
Diluar Bandar River Shore, terdapat sungai yang dikenali Sungai Pine Cone. Sungai Pine Cone ini terbelah di 65 kilometer hadapan. Anak sungai yang terbahagi itu dikenali sebagai White River. Kawasan jajahan Marvin dikenali dengan nama Lembah White River dan terletak di White Lake.
Sungai Pine Cone adalah sepanjang seribu enam ratus kilometer menyebabkan sungainya agak besar dan terbentuk sebuah kawasan pasir yang besar.
Tanah di Gordon Plateau yang dibawa dari air terjun ke sungai menyebabkan kelodak yang terbentuk membuatkan kawasan ini subur.
Kadangkala terdapat ketam kecil dikenali sebagai [Ketam Blue Glows] keluar dari Sungai Pine Cone. Ketam Blue Glows ini adalah makanan eksotik kerana bagi Ahli sihir, ketam ini dapat meningkatkan tenaga mental ke sesuatu tahap. Oleh sebab itu harga jualan ketam ini sangat Mahal. Tidak silap Marvin, harganya yang paling murah berharga 20 keping perak.
Oleh sebab itu dia keluar dari Bandar pada waktu malam untuk cuba menangkap ketam.
Disebabkan nilai harga ketam ini tinggi, ramai orang yang cuba untuk menangkap ketam di Sungai Pine Cone tetapi cara mereka gunakan adalah tidak efisien langsung dan hanya bergantung kepada nasib sahaja. Walaupun sehari masa digunakan untuk menangkap ketam tersebut belum tentu lagi dapat terjumpa seekor pun disebabkan saiz ketam yang kecil. Jangankan waktu malam, waktu siang pun belum tentu boleh perasan ketam tersebut.
Lama-kelamaan, tiada kelibat orang pun di Sungai Pine Cone pada waktu malam.
Ini menepati dengan kehendak Marvin kerana teknik yang Marvin ingin gunakan hanya boleh dilakukan pada waktu malam. Tambahan pula, ini saat yang terbaik kerana tiada orang yang akan mengganggunya menangkap ketam.
Tidak lama kemudian, dia tiba di lokasi.
Pada masa ini dia terdengar bunyi tapak kaki di belakangnya!
"Ada orang yang mengekori aku ke?"
Marvin pun merasa gundah kerana dia telah melakukan kesilapan yang besar.
Dia bukan lagi Pemerintah Malam yang hebat. Nilai Kebijaksanaannya bernilai 14 boleh dikategorikan sebagai tinggi sedikit berbanding orang biasa. Dengan nilai 16 persepsi, levelnya hanya pada tahap mempunyai pandangan yang lebih tajam sahaja.
Dia agak lalai selepas menjadi Ranjer dan terlupa untuk memastikan tiada orang yang mengekorinya.
Terlihat kelibat seseorang yang melintasi dan mengetawakannya. Di tangannya terdapat sebilah pisau belati.
Itu adalah pencuri.
[Kemahiran Inspect (35) telah digunakan…]
[Menyemak Kebijaksanaan…]
[Inspect Berjaya]
Senarai informasi Pencuri itu pun muncul di depan Marvin.
Rakyat level 5/ Pencuri level 3 – Hp 42
"Tuan muda, berjalan keluar seorang diri dari Bandar adalah merbahaya." Sambil pencuri itu tergelak dan sambung berkata, "Walaupun kau membawa kerambit, adakah kau fikir ianya mampu digunakan untuk mempertahankan dirimu? Untuk Bangsawan yang lemah, kau patut berbangga untuk mati dibunuh oleh ahli Kumpulan Acheron."
Tidak berapa lama kemudian terdapat kelibat beberapa orang yang kelihatan di jalan utama.
Marvin pun mengetap gigi sambil berkata, "Celaka, terdapat musuh lain"
"Kumpulan Acheron? Bilamasa aku ada menimbulkan masalah dengan mereka. Kenapa mereka hendak membunuh aku?"
Masa ini bukanlah masa untuk berfikir. Dia pun terus berlari pecut ke arah musuhnya yang berada di semak di sebelah sungai.