Pencuri itu sedang melihat Marvin, dengan ekspresi yang terkejut. Dia tidak menyangka bangsawan yang tidak berharta itu masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dalam situasi sebegini.
Tebing Sungai Pine Cone adalah sangat luas. Marvin lebih berkeyakinan untuk meloloskan diri dari dikejar ahli kumpulan Acheron sekiranya dia berada di kawasan pantai. Hanya sedikit sahaja peluang untuk melepaskan diri dengan menggunakan kawasan pokok yang jarang-jarang di kawasan semak itu.
"Adakah ianya nasib?" pencuri itu berkata dengan perlahan dan tidak gentar dengan apa yang telah berlaku. Dia pun bersapa kepada pencuri lain yang telah sampai dan meneruskan pemburuannya.
Dia tidak percaya yang mereka tidak dapat menguruskan bangsawan yang tidak mempunyai kelas pelawan itu. Tambah lagi keadaan kawasan hutan ini yang tidak berapa tebal membuatkan Marvin susah untuk melepaskan diri.
Selepas Marvin sampai ke kawasan semak, dia pun mengambil kesempatan ke atas suasana malam yang gelap dengan cepat-cepat ke kawasan yang lebih tebal dan terdapat pokok yang tinggi.
"Nampaknya mereka terlalu yakin sehingga lupa untuk bergerak secara senyap."
Marvin bersandar di pokok di belakangnya sambil memerhatikan Pencuri yang memegang pisau belati yang sedang mendekatinya. Dia tersenyum sinis. Dia masih mempunyai kelebihan.
Selepas melihat kehadiran kumpulan Acheron, Marvin terkejut dan ragu-ragu, tetapi masih dalam keadaan tenang. Ianya adalah satu jenaka untuk dirinya. Dia adalah bekas Pemerintah Malam, jadi pengalaman pertempurannya sangat tinggi. Mereka semua ini belum sesuai untuk dikategorikan sebagai pengembara pun. Walaupun Pencuri itu ramai untuk dibandingkan dengan Marvin yang berseorangan, kadangkala pengalaman kadangkala adalah lebih penting terutama sekali dalam kawasan yang tebal ini.
Selepas Marvin mendapatkan Kelas Renjer, dia sangat berhati-hati ketika memakai lencana Renjer dan menyimpan dari pandangan orang lain. Oleh sebab itu, kumpulan samseng itu sudah pasti akan lambat untuk bertindak dan tidak menyangka Marvin telahpun mendapat kelas pengembara seperti mereka.
Ini adalah peluang yang besar.
"Mereka ingin membunuh aku? Jadi jangan salahkan aku pula."
Dia pun dengan perlahan mengeluarkan pisau belati dari tali pinggang dengan niat untuk membunuh. Jikalau mereka ingin membunuh, mereka patut bersedia untuk dibunuh juga.
Sememangnya dia tidak lagi berfikir untuk melepaskan diri sejak kemunculan samseng kumpulan Acheron itu muncul. Dia ingin mengetahui dalang di sebalik penyerangan ke atas dirinya.
Tiada siapa akan dapat melepaskan diri hidup-hidup.
Darahnya mendidih apabila memikirkan perkara ini. Dia telah lama tidak merasai perasaan seperti ini. Kali terakhir dia merasai perasaan seperti ini ketika dia ingin menyelesaikan Cabaran Gelaran Dewa. Dia terpaksa melawan 10 separa Dewa yang mengejarnya.
Kawasan semak itu agak sempit, sebab itu Marvin tidak mempunyai banyak ruang untuk digunakan.
Dia terpaksa membunuh pencuri yang ke arahnya ini dahulu sebelum yang lain tiba. Marvin yakin yang pencuri ini tidak menggunakan kemahiran [Stealth] dan dia seorang sahaja kelas Pencuri dalam kumpulan samseng yang mengejarnya dan paling merbahaya. Kebijaksanaan dan persepsi pencuri adalah tinggi membuatkan tempat persembunyian Marvin senang dijumpainya.
Asalkan Marvin dapat membunuh pencuri tersebut, dia mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan mereka yang lain.
Selepas mengambil kira kesemuanya, dia pun semakin rapat ke pokok pine tersebut.
[Menjampi Hide!]
Teknik khas kemahiran Renjer adalah sangat hebat. Badan Marvin seperti telah berasimilisasi dengan keadaan persekitaran sekitar pokok pine. Pencuri itu semakin pantas ke arahnya tanpa menyedari kehadiran Marvin. Marvin pun merapikan pegangan ke atas pisau belatinya sambil menahan nafas.
41 nilai kemahiran [Hide] +9 nilai kemahiran dari lencana rusa sika adalah cukup untuk mengeluarkan efek istimewa [Hide] iaitu [Night Blessing].
[Night Blessing]: +5% efek ketika menggunakan kemahiran [Hide] pada waktu malam.
Ramai yang memandang enteng efek 5% ini. Kebiasaanya, perbezaan efek 1% pun boleh membuatkan perlawanan berubah dalam kes perlawanan yang sengit.
Marvin yang merupakan bekas PK lain yang hebat bukan sahaja hebat dalam penggunaan kelasnya, malah dia juga mengetahui kelas-kelas yang lain seperti dalam tapak tangannya. Oleh sebab itu, dia menerima 50 nilai kemahiran untuk [Hide] untuk efek tambahan itu.
(N/P:PK - Player Kill/Pembunuh Pemain)
Tetapi dia tidak menjangka ianya digunakan seawal ini.
Nampaknya persepsi Pencuri itu lebih rendah dari jangkaan Marvin. Kemungkinan dia menjadi kelas Pencuri bukanlah kerana bakatnya tetapi setelah bertahun-tahun berkhidmat dan berlatih menguruskan kumpulan samseng di jalanan. Ia langsung tidak ada kena-mengena dengan bakat.
Setelah dia bergerak melepasi Marvin, kedengaran bunyi jeritan di permulaan semak.
"Di mana kau Jack! Mana Bangsawan itu?"
Jack pun menoleh ke arah permulaan semak sambil menjerit, "Aku di sini. Bangsawasan itu mesti berdekatan dan tidak boleh melarikan diri!"
Marvin pun menunggu Jack menghabiskan jawapannya dan bergerak secara senyap di belakangnya seperti hantu. Dia pun secara pantas menutup mulut pencuri itu dengan tangan kirinya dan meninggalkan kesan garis merah pada lelaki itu selepas mengelar leher dengan kerambitnya.
Dalam sekelip mata, darah pun memercik ke merata tempat sambil Pencuri itu meronta-ronta.
[Serangan Asas Berjaya]
[Pukulan Kritikal! Serangan Asas menjadi Serangan Kritikal]
[Sasaran dihapuskan! Mendapat 18 nilai Exp Pertempuran]
Dia mengabaikan laporan pertempuran yang muncul di depannya. Marvin dapat merasakan rontaan Pencuri itu semakin lemah dan akhirnya mati.
"Pergerakan aku masih perlahan." Sambil berasa tidak gembira dan menggelengkan kepalanya.
Dengan kekangan tubuh badan dan kelasnya, dia tidak dapat menggunakan banyak kuasa dari tubuhnya. Gerakan teknikal yang digunakannya ialah kombo istimewa [Pembunuh Hendap Bayang] iaitu [Shadow Steps] + [Cutthroat]. Jika dilakukan dengan betul, kombo ini boleh menyebabkan kerosakan yang tinggi. Ianya sangat sesuai digunakan untuk menghapuskan musuh dengan pantas.
Walaupun Marvin bukanlah kelas pencuri, tetapi dia masih bergantung kepada memori silamnya dan juga nalurinya untuk menggunakan kedua-dua kemahiran tersebut. Marvin berasa hampa dengan pelaksanaan teknik yang digunakannya kerana dia menggunakan teknik itu secara manual dan ia tidak mendatangkan bonus serangan yang tinggi tetapi mujur musuhnya itu agak lemah.
Pencuri itu hanyalah kelas 2 yang mempunyai nilai nyawa 42 sahaja. Jika tidak kerana serangan kritikal itu, Marvin terpaksa berhempas pulas untuk menghapuskannnya. Kelas Pangkat 1 tidak mempunyai penentangan terhadap serangan kritikal. Jika diserang serangan kritikal, pastinya akan mati.
Sikap tidak berhati-hati Pencuri itu merupakan contoh terburuk oleh Pencuri kelas rendah. Dia pasti tidak menjangka yang Marvin yang lemah itu boleh melawan balik dan menjadi pembunuh hendap yang hebat.
Marvin pun menyelongkar badan Pencuri itu dan menjumpai dompet dan juga bahan membuat perangkap.
"'Ah… miskinnya…" Hanya ada 5 keping perak sahaja dalam dompetnya.
Berbeza dengan jangkaannya, bahan perangkap yang dijumpai agak berguna. Dia pun mengambil kesempatan yang mereka belum menjumpainya, Marvin pun menyembunyikan tubuh pencuri itu dan kemudian mencari pokok besar untuk kembali bersembunyi.
Dia pun mendongak ke atas dan mendapati awan hitam terapung menghalang bulan; ini menyebabkan sukar untuk melihat apa-apa.
Malam ini telah menjadi takdir bahawa ia adalah malam penyembelihan.
…
Masih terdapat 4 samseng lagi yang memegang obor api sambil menghala ke semak. Kawasan semak pun diterangi dengan cahaya api dari obor tersebut.
Cahaya dari obor api boleh melemahkan efek [Hide] Marvin. Lebih bahaya lagi jika mayat Pencuri itu dijumpai kerana dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyembunyikan di tempat yang lebih tersorok tadi.
"Celaka Jack, dia membiarkan bangsawan itu lari ke semak," salah seorang samseng itu berkata dan mencarut dengan suaranya yang agak garau. "Sekarang dia abaikan kita pula, apa yang dia fikirkan?"
"Kemungkinan bangsawan itu berlari dengan pantas dan dia masih mengejarnya."
"Tapi dia tidak meninggalkan banyak tanda untuk kita mengekorinya dan ini akan menghabiskan banyak masa untuk kita mencari mereka. Kita kena memastikan arahan dari bos kita diselesaikan malam ini juga. Bangsawan bernama Marvin itu mesti dibunuh!"
Dengan keadaan cahaya api tersebut yang mendedahkan kedudukan samseng itu. Marvin pun bersandar di sisi dengan tenang sambil mendengar tapak kaki mereka. Dia tidak mempunyai kemahiran mendengar dan nilai persepsinya dalam aspek ini juga agak lemah. Tetapi mereka ini terlalu alpa seperti Pencuri tersebut dan tidak merendahkan suara tapak kaki mereka ketika berjalan dan ini membantu Marvin untuk menentukan kedudukan mereka dengan bunyi tapak kaki.
Terdapat empat orang: dua lelaki tinggi, seorang lelaki gemuk dan juga seorang lelaki lembut.
Dia dapat menentukan informasi ini tanpa menggunakan mata kasar.
Empat orang tersebut berjalan sambil bertekak sesama sendiri. Marvin dah cukup gembira dengan bebelan mereka malah Marvin teruja apabila mendengar mereka bertekak dan membuat keputusan untuk berpecah!
Nampaknya mereka terlalu yakin dengan kekuatan mereka. Mereka fikirkan setakat bangsawan muda yang tidak mempunyai kelas pelawan itu adalah sasaran yang mudah.
Keempat-empat orang itu berpecah dengan seorang mencari di kawasan sekitar dan yang lainnya pergi ke tiga arah berlainan.
Marvin dengan bijak menggunakan bayang-bayang untuk mengelakkan perimeter carian tiga yang lain - dia mempunyai banyak pengalaman diburu oleh orang-orang yang mahir di gua yang berselirat atau di dalam hutan. Samseng tidak berguna ini nampaknya kurang pengalaman dari sudut ini. Jika tidak masakan mereka akan meninggalkan banyak titik buta untuk Marvin's [Hide].
Orang keempat itu masih mencari di kawasan yang sama. Peluang yang baiknya akhirnya tiba selepas Marvin menunggu selama kurang dari tiga puluh saat.
Dia pun melancarkan serangan yang sama seperti dilakukan kepada pencuri sebelum ini iaitu [Shadow Steps] diikuti dengan [Cutthroat].
[Serangan Asas Berjaya]
[Pukulan Kritikal! Serangan Asas menjadi Serangan Kritikal]
[Sasaran dihapuskan! Mendapat 11 nilai ExpPertempuran]
Ini adalah kelas 1 [Samseng] yang merupakan kebiasaan dalam kelas ahli kumpulan di Bandar. Kelas Samseng ini mempunyai atribut bonus bergaduh di jalanan tetapi lemah ketika di kawasan hutan.
Dia jauh lebih lemah daripada Pencuri itu. Satu-satunya perkara yang membuat Marvin gembira adalah bahawa lelaki ini agak kaya disebabkan terdapat 12 perak dalam dompetnya.
Bau darah pun tersebar di sekelilingnya apabila Marvin meneruskan perjalanan dan mengikuti corak yang sama untuk menghapuskan dua lagi samseng tersebut.
Kedua-dua lelaki itu memberikan Marvin 26 keping perak dan 30 nilai Pengalaman Pertempuran. Malangnya, kerana ketinggian gangster yang terakhir, tangan Marvin tidak dapat menahannya semasa pembunuhan itu. Walaupun serangan mengelar leher masih berkesan, lelaki tersebut masih sempat berteriak.
Ini menyebabkan samseng terakhir itu terdengar dan dalam beberapa saat dengan pantas menuju ke arahnya sambil memegang obor.
Marvin tidak mempunyai masa untuk menyembunyikan dirinya.
"Kami memandang rendah kamu." Lelaki itu terkejut melihat mayat yang terdapat di bawah kaki Marvin.
Dia memegang obor di sebelah tangan dan parang di sebelah tangan yang lain, sambil mengeluarkan kata ugutan. "Tetapi malam ini, awak akan mati."
Marvin dengan tenang menggunakan teknik [Inspect].
[Inspect (35) digunakan…]
[Menyemak Kebijaksanaan…]
[Inspect Gagal! Anda tidak dapat informasi tambahan]
Inspect Gagal!
Ini bermaksud lelaki itu sekurang-kurangnya kelas 3 pengembara!
Lelaki yang tinggi itu menjilat bibirnya dan berlari menuju ke arah Marvin sambil mengangkat parang tinggi di udara seolah-olah mahu memotong Marvin.