Selepas berjaya ke peringkat suku akhir, Pasukan Pertarungan Sutera Lembut hanya mempunyai satu hari untuk berehat sebelum ke peringkat separuh akhir. Lawan mereka hanyalah beberapa pemain yang mereka telah lama kenal. Pasukan Pertarungan Batu Falsafah.
Walaupun lawan mereka tidak lemah langsung, Zhang Yang dan ahli pasukannya memiliki peralatan peringkat Samawi yang mencukupi untuk mendapatkan kesan istimewa pertama Set Perisai. Mereka dapat memimpin pertarungan itu. Disebabkan itu, mereka berjaya memenangi perlawanan dengan mudah. Mereka berjaya mara ke pusingan separuh akhir dengan mata kemenangan 5:1.
Pada waktu malam, di dalam bilik Zhang Yang, Sun Xin Yu menunjukkan wajah kerisauan. Dia berkata dengan serius, "Zhong Xiu Hua telah tiba di Shang Hai. Jadi, kau telah buat keputusan? Adakah kau yakin?"