Zhang Yang tidak duduk lama di kampung itu kerana tiada lagi cabaran untuknya di situ. Akan tetapi, dia ada bertanya Hushma dengan lebih lanjut tentang Pedang Silang Raja sebelum dia berangkat. Dia mahu tahu tenatng sejarah pedang itu serta kedudukan serpihan-serpihan yang lain.
Namun, Hushma gagal menjawab soalan-soalan tentang pedang itu kerana ia telah diturunkan daripada generasi-generasi sebelumnya sehingga kisahnya telah dilupakan. Akan tetapi, dia ada berkongsi satu maklumat menarik: Tanah ini tidak dipenuhi kristal garam sebelum ini! Ia merupakan satu kawasan yang hijau dan subur satu masa dulu!