Chapter 768 - Mencari Air

"Tapi, ketua!" Joseph membalas hampir serta-merta. "Pedang Silang Raja ialah pedang suci yang diturunkan kepada kita dari nenek moyang kita. Bolehkah kita berikannya sesuka hati kepada orang luar?"

"Keadaan sekarang memang mendesak! Kemarau ini semakin lama, semakin teruk. Kau hendak tengok orang kampung kita mati kehausan?" Hushma membalas dengan begitu berang sehingga misainya bergoyang. Dia kemudian menenangkan dirinya lalu berkata dengan nada yang lebih lembut, "Lagipun, pedang suci ini tak lengkap. Kalau kita simpan satu serpihan ini sahaja pun tak ada gunanya!"

"Keputusan yang bijak, ketua!" Joseph serta-merta memuji Hushma pula.

Zhang Yang yang memerhatikan perbualan di hadapannya itu terkedu. Jika ini satu anime, pasti akan ada garisan-garisan hitam yang muncul di atas kepalanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS