"Tidak! Pergi! Makhluk keji! Kau tak patut ada di dunia ini!" tempik Quesara apabila ia menyedari Zhang Yang mendekatinya. Ia menghunus tangan berbilahnya lalu menjalar ke arah Zhang Yang.
Walaupun bos ini dikategorikan sebagai penyerang jarak dekat, bilahnya berukuran beberapa meter panjang. Zhang Yang tidak begitu pasti, tetapi dia yakin jarak serangannya pasti lebih hebat berbanding mana-mana penyerang jarak jauh!
BUM!
Zhang Yang terus mengangkat perisainya untuk menghakang bilah yang dihunus itu. Dengan satu bunyi dentuman yang panjang, Thunderhawk dan juga dirinya telah terpelanting beberapa meter ke belakang. Jika Thunderhawk bukan tunggangan peringkat Platinum Ungu, Zhang Yang mungkin akan terpelanting lebih jauh lagi ke belakang.