Walaupun mereka telah berjaya membunuh satu bos, bilangan raksasa yang melalui pintu gerbang itu tidak berkurangan. Sayangnya, kelajuan membunuh pemain-pemain tidak sepantas kadar kemunculan raksasa. Jadi, pemain mula hilang kelebihan walaupun kemasukan raksasa itu dikekang semasa melalui pintu gerbang. Raksasa-raksasa itu perlahan-lahan menguasai pertempuran dan memaksa para pemain berundur.
Raksasa lama kelamaan dapat terus mara ke bahagian pergunungan dan tanah besar. Kadar kematian para pemain telah menjangkaui kadar kebangkitan semula. Pemain yang baru sahaja bangkit semula akan terus dibunuh.
Masalahnya ialah semua mamot itu. Hentakan kuat mereka terus membunuh pemain yang baru sahaja bangkit semula. Ia merupakan pembunuhan mengerikan, Setiap kali seorang pemain bangkit semula, dia akan mula semula dengan 20% HP. Ia bukannya sebuah misteri apabila mereka terbunuh serta-merta akibat hentakan mamot.
Mereka hampir tewas.