Sejak bila pula gadis ini dapat capai Tahap 100?!
Namun, kalau Han Ying Xue dan Wei Yan Er dapat menerima cabaran kisah utama, orang lain pasti boleh menjumpainya juga. Ada banyak keajaiban dan misteri dalam 'Keajaiban Tuhan'. Perkara seperti Phoenix Senja dapat mencapai Tahap 100 ini tidaklah begitu mengejutkan. Persoalan sebenarnya ialah kenapa Phoenix Senja ini ada di sini bersama dengannya?
Hanya ada 1 dalam sejuta sahaja kemungkinan yang Phoenix Senja ada di sini kerana sebuah cabaran! Kalau itulah kesnya, dia mungkin di sini disebabkan Zhang Yang! Ada kemungkinannya kerana Zhang Yang telah memalukannya di Tanah Kegemilangan Suci. Jadi, bagaimana dia boleh tahu di mana untuk mencarinya?