Ini merupakan 'Penaklukan Wilayah' yang paling mudah, tenang dan membosankan dalam seluruh sejarah permainan!
Zhang Yang duduk di atas Putih dan merayau-rayau di sekeliling pekan kecil itu. Datuk Bandar sudah mati dibunuh oleh Zhang Yang, tetapi ia kelihatan seperti tiada apa yang berubah. Kematiannya tidak mengubah apa-apa langsung! Seluruh pekan itu masih sangat diam. Rakyat pekan itu masih melakukan apa yang yang sepatutnya mereka lakukan. Tiada apa yang berubah langsung!
1 minit, 5 minit, 10 minit…. 1 jam, 2 jam, 3 jam!
'Pengumuman pelayan: 'Penaklukan Wilayah' baru sahaja tamat, pemain terakhir dengan [Arahan Pemerintahan Wilayah] ialah Pemain Zhan Yu! Pekan Pagi kini adalah Wilayah persendirian. Semua orang harus rentas jarak kembali ke kota utama masing-masing dengan segera!'
Ia merupakan suatu pengakhiran buat semua orang. Tidak kira betapa cemburunya orang lain, Pekan Pagi kini merupakan milik Zhang Yang!