"Weepee! Aku harap bos-bos itu akan memberikan kita beberapa barang yang bagus!" Kata Wei Yan Er dengan senyuman yang tidak bersalah.
Zhang Yang yang masih lagi berdengus kerana kepenatan daripada pertarungan itu berkata,"Jangan terlalu berharap budak, akhirnya kau juga yang akan kecewa. Jika bos-bos Emas Kuning menjatuhkan peralatan Platinum Ungu, aku akan berlari mendapatkannya sepanjang hari! Jika bos itu menjatuhkan peralatan Emas Kuning, maka… aku akan menunggunya. Tidak ada peralatan Emas Kuning yang lebih kuat daripada peralatan Platinum Ungu!"
Wei Yan Er mendengar kata-kata Zhang Yang tetapi dia sudah kebingungan semasa Zhang Yang sedang berkata separuh jalan.
Lamunan Dafodil menyampuk dan berkata, "Yan Er, jangan begitu risau. Emas Kuning masih lagi berharga!"
Hanya selepas Wei Yan Er mendengar kata-kata Lamunan Dafodil itu barulah Wei Yan Er tersenyum dan berlalu pergi dengan gembira.