Chapter 420 - Marvados

Zhang Yang menemui pintu yang dimasuki oleh askar-askar itu, lalu memasukinya. Tempat di sebalik pintu itu kelihatan seperti bilik asrama askar-askar itu. Terdapat satu laluan sempit dengan pintu-pintu yang ada di kedua-dua belah bahagian itu. Pintu beberapa bilik yang pertama dibuka dengan besar tanpa orang di dalamnya kecuali katil-katil yang tidak terurus. Kelihatannnya seperti bilik-bilik itu kepunyaan askar-askar yang baru sahaja tadi menyerang Zhang Yang. 

Apabila Zhang Yang dan pasukannya meneruskan perjalanan mereka menuruni satu laluan, lebih banyak askar yang keluar dan menyerang mereka. Tanpa banyak masalah, mereka menetak di sepanjang jalan dan mara ke tempat yang lebih dalam. Setelah berjalan sejauh jarak yang pendek pada kelajuan yang perlahan, pasukan itu akhirnya tiba di sebuah bilik berbentuk kubah. Bilik itu jelas sangat besar kerana bilik itu mempunyai kolam berdarah yang sama seperti sebelum ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS