Penduduk-penduduk bandar telah mengejar Zhang Yang kira-kira 2 kilometer sebelum berhenti kerana kepenatan. Walaupun mereka telah berhenti, Zhang Yang masih lagi dapat lihat di mana mereka berada disebabkan cahaya daripada lampu suluh mereka dan bunyi jeritan yang kuat.
Zhang Yang terus menunggang sehingga mereka tiba di sebuah hutan yang tebal sebelum membantu Sherryl turun daripada beruang.
Dengan mata yang terbeliak dan tidak fokus, Sherryl akhirnya berkata "Kenapa… Kenapa..."
Zhang Yang mengeluh. Dia memahami kenapa Sherryl akan memberikan reaksi seperti itu. Dia baru sahaja berumur 16 tahun. Zhang Yang cuba untuk menceriakannya. "Penduduk-penduduk bandar kamu benar-benar menakutkan."
Sherryl tersenyum lemah dan berpaling ke arah bandar. Kilauan matanya masih lagi menggambarkan yang dia terkejut kerana dilayan dengan begitu kasar sekali oleh penduduk-penduduk bandar itu.