Keesokan harinya, Zhang Yang pergi berjumpa dengan perempuan-perempuan itu bersama dengan Han Ying Xue dan Wei Yan Er… dan juga Sun Xin Yu! Mereka pergi terus ke alamat yang perempuan-perempuan 'Pelayar Bulan'... erm, tidak, adik beradik Zhao Bin berikan kepada Zhang Yang.
Jadi, ketiga-tiga perempuan ini ialah, Zhao Bin, Zhao Yu dan Zhao Xue. Mereka berumur 19 tahun. Kampung mereka terletak di Daerah Jinnan. Walaupun mereka bertiga pergi ke universiti yang sama, tetapi mereka mengambil kursus yang berlainan, jadi mereka tidak tinggal di bilik asrama yang sama. Ikatan kekeluargaan mereka sangat kuat kerana mereka tidak boleh hidup berjauhan. Jadi, mereka menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan universiti supaya mereka boleh tinggal bersama-sama.