Zhang Yang terperanjat melihat gugusan kunci itu, "Macam mana kamu boleh ada kunci sel penjara ini?"
"Haha, sahabatku! Kamu pandang rendah pada pengaruh emas dan syiling!" Honduras tertawa kuat, tetapi dahinya kemudian terus berkerut lalu ia berkata, "Aku boleh sahaja melarikan diri, tetapi anak perempuan aku, Adele, akan kena lebih teruk nanti. Aku hanya ada seorang sahaja anak perempuan dan aku tak akan membuat perkara yang membahayakannya!"
Ia agak mengejutkan apabila mengetahui yang pedagang licik ini sebenarnya bapa penyayang.
Zhang Yang mengangguk lalu berkata, "Kalau begitu, macam mana aku boleh bantu kamu?"