Sebaik sahaja Zhang Yang dapat mengawal aggro bos itu, penyerang jarak dekat lain terus menyerangnya. Penyerang jarak jauh pula kekal di kedudukan mereka sementara memastikan jarak serangan paling jauh yang mereka boleh kenakan. Sebelum berdepan dengan bos terakhir ini, mereka semua mengambil masa dalam mengelar dan menghentak bos-bos lain dengan santai. Memandangkan bos-bos lain itu hanya peringkat Perak Kelabu, tiada sesiapa pun yang berasa tertekan dan semua dapat menewaskan bos-bos itu dengan mudah. Namun, apabila berdepan dengan bos terakhir ini, mereka semua berwaspada kerana tahu bos ini adalah bos Emas Kuning.
Dengan tahap "keseriusan" yang berbeza-beza, kerosakan yang dikenakan menunjukkan perbezaan ketara dalam situasi yang berbeza.