Chapter 315 - Tuan Beastman

Selain Merlinda, tiada NPC lain di situ. Zhang Yang dan pasukannya saling pandang-memandang dan kemudian mengalih pandangan mereka kepada pagar kecil di hujung dewan tersebut. 

"Jom!"

Mereka mendapati ada satu koridor panjang yang bersambung dengan tangga setelah mereka membuka pagar kecil tersebut. Mereka menaiki tangga tersebut dan tiba di tingkat paling tinggi di istana itu.

Ia merupakan kawasan terbuka dan deruan angin di situ agak kuat. Keseluruhan permukaan tingkat itu rata dan kawasannya lebih luas daripada sebuah padang bola sepak. Mereka berenam berdiri di situ seperti semut kecil.

Satu Beastman Berkulit Merah berdiri dengan gahnya tidak jauh daripada mereka. Ketinggiannya mencecah tiga meter dan ia bertubuh sasa. Lengannya lebih besar berbanding peha orang biasa! Beastman Berkulit Merah itu memegang sebilah kapak besar sambil ia mendabik dada dengan begitu gahnya! 

[Tuan Pilo, Beastman Berkulit Merah] (Platinum Ungu, Humanoid)

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS