"Kenapa tiada succubus-succubus jantan?" tanya Wei Yan Er.
"..."
"Kenapa tidak ada succubus jantan?"
"Aku rasa mereka dipanggil incubus..." bisik Lamunan Dafodil dengan perlahan.
"Hmm...Kalau begitu, bolehkah mereka lahirkan succubus jantan sahaja?" Wei Yan Er terus mendesak untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan hatinya.
Zhang Yang mengusap rambutnya menahan marah. Jika dia tidak menjawab soalan itu, Wei Yan Er akan berterusan bertanyakan soalan-soalan bodoh kepada pasukan. Dia berfikir sedalam-dalamnya dan akhirnya memberikan satu jawapan yang sesuai. "Aku percaya bangsa ini satu bangsa yang pelik dan aneh. Aku rasa jika succubus-succubus ini melahirkan anak jantan, mereka akan mewarisi wajah ayahnya. Anak betina akan mengikut succubus-succubus ini secara amnya!"
"Woah..." Mata Wei Yan Er berkilau dengan rasa teruja apabila mendapat tahu perkara yang baru ini. Walau bagaimanapun, dia mengangguk dan bertanya, "Kenapa begitu?"