"Tuan Liu~~" Liu Shi Shi bersuara manja. Sebagai seorang wanita, dia memang benar-benar peka dengan perhatian seorang lelaki. Dia sedar perhatian Liu Wei kini tertumpu kepada orang lain dan bukan dirinya. Dia cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian Liu Wei semula.
Berbeza dengan tarikan Liu Shi Shi yang dibuat-buat itu, Han Ying Xue pula mampu menarik perhatian orang secara semula jadi. Matanya yang menawan itu sahaja sudah cukup membuatkan ramai lelaki tergila-gilakannya. Kedua-dua wanita itu tidak boleh dibandingkan kerana mereka berada pada skala berbeza! Liu Wei terus memberi reaksi kepada cubaannya yang memalukan itu.
"Cik Liu mesti penat setelah bekerja sepanjang hari! Apa kata cik pulang dulu untuk berehat!"
Satu tamparan tepat ke muka! Ia merupakan arahan tersembunyi untuknya "berambus!" supaya lelaki itu boleh mengurat kedua-dua gadis itu sesuka hatinya!