Zhang Yang mengangguk kepalanya dan tersenyum lemah sambil dia bertanya, "Pinjamkan aku topi keledar permainan kau. Aku ingin log masuk sebentar."
Yu Li bangun dari katil dan terus meraung dalam kesakitan dengan bunyi "aduhhh" sambil dia berjalan dengan terincang-incut ke arah almarinya. Dia menyelongkar pakaian yang telah tersusun kemas, kemudian membongkokkan badannya lalu membuatkan payudaranya yang mantap untuk terhuyung-hayang sambil ia tergantung. Dia bangun semula bersama dengan topi keledar permainan di tangan. Sejurus sahaja dia memberi topi keledar tersebut kepada Zhang Yang, Yu Li kembali semula ke katilnya dengan keadaan tidak puas hati.
"Cilaka, sakit sungguh…"
Zhang Yang tersenyum sinis dan terus memakai topi keledar untuk log masuk ke dalam permainan.
"Noob Tank! Kau sudah tengok pengumuman sistem? Pusingan awalan untuk "Pedang Melambung Tinggi" bermula pada bulan hadapan!"
"Wahai Tuan Persatuan! Tolong jagakan aku!"