Aduh malangnya! Sedikit sahaja lagi!
Mukanya yang tersenyum lebar itu terus berubah menjadi murung. Dia membuka matanya besar-besar dan mengembungkan pipinya sambil memandang Zhang Yang dan cuba untuk membuat muka manja.
"Jangan. Kau jangan. Aku tidak akan berikan kepada kau." Zhang Yang segera menolaknya sebelum Wei Yan Er dapat berkata apa-apa. Dia tahu budak perempuan kecil ini ingin dia beri peluang sekali lagi padanya.
"UWAAA…" Wei Yang Er berlari ke satu sudut dan menangis. Mungkin dia patut mengambil pengajaran. Mungkin sumpahannya sangat kuat sehingga ia menimpanya kepada diri sendiri?
Zhang Yang berjalan ke anak beruang itu dan membaling tali pengikatnya.
"Yee…" Anak beruang itu mengeluarkan bunyi sambil menjelir lidah merah jambunya. Mata bulatnya yang sangat comel sangat mempesonakan! Ini baru betul mata yang sangat comel!
1%...3%...5%...