Sakit kepala itu sangat menjengkelkan!
Zhang Yang akhirnya dapat bangun, tetapi seluruh badannya kejang seperti sekeping papan. Dia seolah-olah telah berlawan dengan ratusan orang dan telah dipukul teruk sehingga seluruh badannya sengal. Kepalanya seperti telah dibelah dari dalam dan bunga api pula meletus tanpa henti dalam kepalanya. Dia membuka matanya sedikit, tetapi cepat-cepat menutup matanya kembali kerana silau dengan cahaya matahari.
'Jahanam, banyak mana aku minum ini?'
Zhang Yang hanya dapat baring tanpa menggerakkan langsung badannya yang kejang itu.
'Jahanam, macam mana aku boleh minum banyak sangat semalam? Ini namanya menyeksa diri, aku kena berhenti seksa diri sendiri begini!'