Kening Yang Zhi Xian semakin mengerut dan menunjukkan perasaan hina. Namun, dia senyap. Kesenyapan dia terhadap Han Gemuk menunjukkan dia tidak akan merendahkan dirinya untuk bercakap dengan lelaki murahan seperti ini.
Li Ru ketawa kecil, "Yang Zhi Xian. Sudah 4 tahun aku tidak berjumpa kau. Kesabaran kau semakin bagus sekarang!"
"Tolonglah." Yang Zhi Xian balas dengan hanya satu patah perkataan.
Wanita yang angkuh dan berlagak!
Gadis ini nampak seperti datang daripada keluarga yang kaya, melihatkan daripada pemakaiannya. Semua orang tidak berani bercakap apa-apa berkenaan perempuan ini dan hanya memendamkan perasaan sahaja. Mereka sambung makan dan biarkan masa berlalu pergi. Dunia tidak akan berhenti hanya kerana seorang wanita. Jadi lebih baik mereka tidak terlalu ego!