Apabila semua pemain sudah dikeluarkan daripada pasukan, semua orang baru tersedar yang mereka tidak keluar pasukan sebelum bos mati kerana terlalu gementar dan teruja! Mujur Zhang Yang tidak meletak mod pengedaran barangan kepada Mod Pengedaran Ketua. Kalau tidak, sudah tentu malang hidup mereka!
Ada 30 minit lagi sementara menunggu Empayar menghantar gelombang askar yang kedua, jadi semua orang mengambil kesempatan ini untuk berehat, makan minum dan sebagainya.
Empat orang wanita itu log keluar untuk mengisi perut mereka. Pertarungan terakhir akan bermula sekejap lagi dan ketua kubu merupakan bos berperingkat Emas Kuning. Jadi, sudah tentu hasil rampasan akan lumayan dan mereka tidak akan terlepas peluang ini!
Selepas membeli dua kotak nasi dan menelan semuanya, Zhang Yang segera log masuk.
Tidak lama kemudian, Sun Xin Yu, Han Ying Xue dan perempuan yang lain muncul di sisi Zhang Yang, satu demi satu.