Malam berlalu pergi seperti biasa. Zhang Yang sudah tamat berlatih sejak dari awal pagi sebelum dia sarapan dan log masuk ke dalam forum rasmi. Dia berminat untuk tahu apa yang terjadi di forum sambil menjamah sarapan.
Han Gemuk telah meletakkan pos di bawah kategori laporan peperangan dengan menggunakan nama samaran 'Si Kurus dan Kacak' di mana dia berlagak tentang betapa senang mereka menakluk 4 bos di Bahagian Dalam Istana dengan menunjukkan tangkapan skrin. Dia kemudian berkata dengan berlagak tentang bos kelima, Tuan Waller, mengisytiharkan Asap Gurun Terpinggir perlukan dua hari sahaja untuk melepasi bos terakhir dan mendapatkan pencapaian Penyelesaian Pertama.