"Oh oh oh, kamu semua roh kerdil! Kamu berjaya tewaskan kesayanganku, nampaknya aku telah pandang rendah terhadap kamu!" Zac terapung di udara dan turun ke tanah dengan hanya satu hayunan tongkat saktinya.
Ia tersengih dan menunjukkan dua baris gigi berwarna kuning lalu berkata: "Kamu telah membunuh kesayanganku, jadi aku akan keluarkan semua tulangmu dan hasilkan kesayangan yang baru!"
Sementara ia berbicara dengan mereka semua, Han Ying Xue mengambil peluang untuk memulihkan mereka semua dengan kemahiran penyembuhannnya. Dia telah mengaktifkan
Zhang Yang tidak menerpa ke hadapan dengan serta-merta kerana itu mungkin merupakan ucapan pengenalan bos itu yang sekaligus memberi peluang dan masa untuk pasukannya bersedia untuk pertarungan seterusnya. Menyerang terus ke arah bos itu hanya akan mencetuskan provokasi di mana bos itu akan mula menyerang mereka!