"Bos Emas Kuning?"
Terpacul persoalan itu daripada mulut ahli pasukannya serentak kerana mereka gagal menyembunyikan betapa terujanya mereka.
Zhang Yang mengangguk dan berkata, "Kinglose Turk sahaja sudah berada pada Tahap 48, jadi bos terakhir nanti mungkin melebihi Tahap 50! Kebiasaannya, bos terakhir lebih kuat berbanding bos sebelumnya, jadi besar kemungkinan ia bos Emas Kuning!"
Han Ying Xue memikirkannya seketika lalu berkata, "Macam di Gua Tulang, bukankah ada beberapa bos Tembaga Hijau di bahagian hadapan dungeon itu manakala bos Perak Kelabu mula muncul di penghujung gua itu?"
"Ya, betul!"
Wei Yan Er berkata dengan penuh teruja, "Jadi, bila bos itu akan gugurkan seekor kuda perang berangka?"