"Dia ini mesti pernah alami trauma yang teruk! Perangainya pelik betul dari tadi!" ujar Cahaya Bintang Abadi.
Bos itu asyik menjerit "Anak haram!", "Tak guna!", "Jahanam!", "Bedebah!" serta kata cacian yang lain.
"Mungkin dia pernah jatuh cinta dengan satu centaur yang sasa sepertinya dan masyarakat mereka telah menghalang mereka daripada hidup bersama! Tapi, dalam mencari cinta sejati, putera muda ini telah melalui pelbagai liku dan cabaran untuk bersama dengan kekasihnya! Apabila raja dapat tahu tentangnya, dia telah mengarahkan agar kekasih putera itu dibunuh bagi mengekalkan statusnya! Jadi, putera yang berang ini telah membaca satu jampi dan musnahkan istana ini untuk bersama dengan kekasihnya selama-lamanya!" kata Lamunan Dafodil dengan raut wajah yang sayu.
Zhang Yang dan yang lain-lain saling bertukar pandangan dan akhirnya mencapai satu rumusan. "