Tempoh bertenang
[Teratai Jernih] pula berundur setelah diarahkan Zhang Yang lalu menyerang ganas ahli 'Megah' yang lain!
"Bunuh Zhan Yu dulu!"
Ahli 'Megah' tersebut akhirnya mula tersedar dan bertindak balas dengan sepatutnya. Mana-mana bos hanyalah NPC yang dikawal komputer (kepintaran buatan) dengan IQ yang terhad. Selagi tank bangkit semula dan kembali, masalah mereka dapat diselesaikan dengan mudah! Lain pula ceritanya dengan mana-mana pemain kerana pemain boleh menggunakan kelemahan pihak lawannya dalam menyerang!
Zhang Yang tertawa kuat dan berkata, "Kau semua tak akan dapat tewaskan kami berdua!"