"Sesiapa yang berada dalam dungeon yang sama seperti kami sekarang, kami ingin beritahu kami akan tewaskan Mack, Ketua Butler pula sekarang!" Han Gemuk tiba-tiba membuat pengumuman dalam saluran kawasan itu.
"Pergi jahanam! Kau ingat kau seorang juruhebah? Tewaskan dulu Bos itulah! "
"Nampaknya Asap Gurun Terpinggir pun sama tersangkut di Bos Pertama ini seperti kita!"
"Bunuh ia! Teruskan!"
"Bedebah. Apa masalah syarikat permainan video ini? Mereka sudah hilang akalkah? Bos ini ada HP sebanyak ini dengan kerosakan yang dahsyat sebegini! Mustahil sesiapa boleh tewaskannya!"
Komen yang dibuat Han Gemuk tadi seolah-olah batang kayu besar yang dicampak ke dalam tasik yang tenang lantas mengeruhkan permukaan tasik tersebut. Saluran tersebut serta-merta kecoh! Pasukan lain belum menyedari yang mereka perlu menewaskan empat bos mini di situ sebelum berdepan dengan Bos ini. Mereka semua telah ditewaskan Bos ini berulang kali!