Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 99 - Penyembuh Super!

Chapter 99 - Penyembuh Super!

"Zhan Yu, cabaran tahap S ini sangat sukar!" Zhang Yang menerima sebuah mesej peribadi daripada Ratusan Tembakan dalam pada dia sedang khusyuk berfikir. 

Dia tertawa kecil. 'Bukankah ia dilabel tahap S?' Hanya ada beberapa orang dalam wilayah China ini yang mampu menyelesaikan cabaran ini! Sebenarnya, sekiranya cabaran ini ditetapkan di peringkat kemudian dalam permainan video ini, mungkin akan ada lebih ramai orang yang mampu menyelesaikannnya memandangkan ramai yang akan membiasakan diri dengan kawalan permainan ini di samping dapat membentuk kemahiran, naluri, kawalan, dan rancangan serangan yang akan membantunya! Namun, cabaran ini pula ditetapkan di peringkat awal permainan video ini sedangkan masih ramai yang masih belum berkemahiran tinggi!

Ratusan Tembakan akan menjadi salah seorang pemain yang terkenal dari China satu hari nanti! Dia akan berada di kedudukan pertama dalam Senarai 10 Pemburu Terhebat! Namun, kekuatannya terletak pada naga merah peliharaannya. Apabila naga mula muncul nanti, dia akan menakluki dunia! Meskipun kemahiran peribadinya kurang menyerlah, naganya nanti akan membantu dalam membuatkan dia masyhur!

Zhang Yang memikirkannya seketika dan membalas, "Buat yang terbaik dan cuba beberapa kali lagi. Kemahiran Tahap 30 ini sangat penting! Cuba yang terbaik untuk capai ganjaran tahap kesukaran S!"

"Okey!" Ratusan Tembakan seorang lelaki yang peka dengan harga dirinya. Dia sangat faham Zhang Yang pula seorang lelaki yang berbakat dan berkebolehan. Dia mahu berada bersamanya dalam susah dan senang. Walaupun dia tidak akan menjadi sehebat Zhang Yang, dia paling kurang tidak mahu menyusahkan orang lain.

Zhang Yang tidak pernah bermain sebagai seorang Pemburu, jadi dia tidak dapat memberi apa-apa cadangan untuk menyelesaikan cabaran buat Pemburu. Zhang Yang hanya mampu memintanya memahami dengan mendalam kemahiran kelasnya sendiri. Pemaju tidak akan sewenang-wenangnya mereka cipta permain video ini dengan membenarkan pemain mempunyai set kemahiran tertentu pada satu-satu waktu itu tanpa apa-apa sebab! Setiap cabaran telah dicipta khas bersesuaian dengan apa yang diberi. Bahan asas telah diatur kemas dan pemain hanya perlu menggunakannya dengan bijak! 

Cabaran kelas ini direka cipta untuk menguji pengetahuan setiap pemain tentang kemahiran kelas mereka sendiri!

Han Gemuk, Han Yin Xue, dan Wei Yan Er masih sibuk dengan grind mereka dalam meningkatkan tahap mereka ke Tahap 30. Zhang Yang memberi mereka ruang untuk melakukan itu kerana tiada apa-apa faedah sekiranya dia menggesa mereka dalam menyelesaikan cabaran ini. Dia kemudian terus menghasilkan lebih banyak posyen untuk dihantar ke tujuh kota utama dan akhirnya akan menambah lagi emas miliknya. 

Beep!

Sistem mesej berbunyi dan Zhang Yang pantas menjawab panggilan tersenyum. Dia tidak bimbang tentang siapa yang berada di hujung talian tersebut kerana hanya mereka yang berada dalam senarai kenalannya yang akan dapat menguhubunginya.

"Yo! Zhan Yu!"

Zhang Yang tergamam kerana dia tidak menyangka panggilan telefon daripada individu yang merupakan salah seorang kenalannya ini. "Yo! Ketua persatuan Api Merah!" Individu yang berada di hujung talian tersebut ialah ketua persatuan Syurga yang Hilang yang telah menyertai pasukannya semasa serangan di Makam Bangar dahulu.

"Ahhh… Sebelum ini, aku tak sangka yang orang yang pernah serang dungeon dengan aku dulu akan menjadi orang yang akan tewaskan banyak persatuan hebat dalam pelayan China ini! Tidak ramai orang dalam dunia ini yang aku kagumi. Standard yang aku tetapkan sebenarnya agak tinggi. Kau pula telah menjangkauinya, malah capai lebih daripada itu!" Nada Api Merah itu kedengaran seperti terlalu meninggi diri.

Zhang Yang tertawa. "Haha! Benar apa yang kau katakan. Aku sangat gembira sehingga aku boleh terapung-apung!"

"Kalau aku nampak dari dulu lagi, aku sanggup lepaskan kedudukan aku sebagai ketua persatuan untuk menjadikan kau ahli persatuan aku!" Nadanya berubah menjadi nada yang penuh penyesalan.

Kali pertama Api Merah bertemu Zhang Yang, dia memang berminat untuk menjadikannya ahli persatuannya. Namun, dia tidak menyangka Zhang Yang sehebat ini! Dia asalnya mahu menarik minatnya untuk menyertai persatuannya itu, tetapi dia percaya mengekalkan kedudukannya sebagai ketua persatuan ialah lebih penting baginya. 

Kini, dia memang benar-benar menyesali pilihannya itu!

Apakah matlamat sebuah Persatuan Profesional? Bukankah matlamatnya untuk mencapai kemasyhuran, kebanggaan, dan wang!?

Sekiranya dilihat dari sudut itu, dia sebenarnya boleh melepaskan kedudukannya sebagai ketua persatuan dan memilih untuk berada di sebalik tabir. Memandangkan penaja berhubung terus dengannya, dia masih dianggap bos kepada persatuan tersebut selagi persatuannya mengekalkan kedudukan mereka!

Sekiranya kemasyhuran persatuan itu terus tersebar luas, yuran penajaan akan turut berganda! Sekiranya mereka boleh bersaing dengan persatuan besar, ia bukan satu mimpi lagi jika pemain ingin menjadi seorang jutawan!

Namun, apabila dia telah terlepas peluang keemasan itu, bagaimana untuknya lari daripada merasai penyesalan itu?!

'Ah… ketua persatuan asal Asap Gurun Terpinggir nampaknya lebih bijak daripadanya. Dia sanggup melepaskan kedudukannya sebagai ketua persatuan dan memberikannya kepada Zhang Yang untuk sejumlah wang yang besar! Bijak! Bukan, genius!'

Namun begitu, apa yang Api Merah tidak ketahui adalah Wei Yan Er telah melepaskan kedudukannya sebagai ketua persatuan dengan bersahaja. Ya! Dia merasakan yang tugas itu membebankannya! Sekiranya Api Merah mendapat tahu perihal ini, adakah dia akan menghentak kepalanya ke dinding?

"Erhm? Kenapa pula ketua persatuan Api Merah hubungi aku ini? Ada apa-apa yang aku boleh bantu?" Zhang Yang tidak gemar berputar-belit kerana dia merasakan itu sesuatu yang menyusahkan. Dia lebih gemar berbicara dengan seseorang yang berterus-terang seperti Wei Yan Er.

Api Merah menyusun ayatnya dan berkata, "Aku mewakili Syurga yang Hilang dan ingin mencadangkan persekutuan bersama Asap Gurun Terpinggir! Mungkin kita boleh tolong-menolong antara satu sama lain satu hari nanti! Inilah tujuan aku hubungi kau!"

Zhang Yang memikirkannya buat seketika dan berkata, "Itu satu cadangan yang baik. Okey! Aku setuju! Semoga kita akan dapat membantu satu sama lain! Kita sekarang satu keluarga!"

Setelah mereka bergurau senda seketika, Api Merah memutuskan panggilan kerana dia perlu mengetuai pasukannya untuk menyerang dungeon.

Menjelang tengah hari tersebut, Han Gemuk, Wei Yan Er, dan Han Yin Xue telah mencapai Tahap 30. Zhang Yang memberi arahan kepada mereka untuk menyelesaikan cabaran kelas dengan tahap kesukaran S. Ratusan Tembakan telah mencuba sedaya-upayanya sejak dari pagi tadi, namun masih gagal menyelesaikannya. Dia berkata yang dia telah mati sebanyak beberapa ratus kali! 

Selepas pukul 3 petang, Sun Xin Yu log masuk dan melakukan grind seorang diri. Dia tidak mengambil masa yang panjang dan akhirnya turut berjaya mencapai Tahap 30!

Zhang Yang yang penuh rasa ingin tahu bertanya kepadanya. "Kau sudah ada masakah sekarang? Macam mana kau boleh log masuk seawal ini?"

"Syif kerja!" Sun Xin Yu membalas dengan dingin.

'Hmph! Ratu Ais! Aku harap kau akan mendapat suami yang suka bercakap dan akan menjengkelkan kau selama-lamanya!'

Zhang Yang menerima jawapannya itu dengan membalas, "Oh!" Namun, dia masih belum berpuas hati dan terus bertanya. "Kau sudah lama tak berada atas talian, macam mana kau boleh naik satu tahap sepantas ini?"

Sun Xin Yu tidak berkata apa-apa dan hanya menghantar penerangan sebuah item dalam tetingkap perbualan tersebut.

[Mutiara Syurga] (Item Istimewa)

Penerangan item: Memberi anda 50% mata pengalaman tambahan daripada mana-mana raksasa atau cabaran.

Terikat.

Jahanam! Bagaimana item tahap dewa ini boleh wujud?! Patutlah dia dapat melakukan penarafan dengan sangat cepat walaupun dengan masa yang suntuk! Namun, ia kini bukan lagi sebuah misteri tentang bagaimana dia dapat mengekalkan kedudukan teratas dalam Papan Penarafan Tahap walaupun dia tidak mempunyai persatuan!

Ahli persatuan akan memperolehi mata pengalaman bonus apabila persatuan tersebut naik satu tahap. Persatuan Tahap 1 akan mempunyai 10% mata pengalaman bonus, persatuan Tahap 2 pula mempunyai jumlah satu kali ganda daripada itu iaitu 20%, dan ia meningkat sehingga 100% mata bonus buat persatuan Tahap 10! Namun begitu, Senarai Peningkatan Persatuan daripada Tahap 5 ke atas sangat sukar untuk dikumpulkan! Dalam kehidupannya yang lepas, persatuan terhebat dalam permainan video ini hanya mencapai Tahap 7!

"Dari mana kau dapat ini?" Zhang Yang bertanya. Item yang berharga ini mempunyai kadar dapatan yang sangat rendah! Dia mungkin mempunyai satu-satunya item itu di seluruh China! Sun Xin Yu yang gemar bersendirian itu tidak mungkin akan berkongsi berita itu dengan orang lain. Maka, tidak pelik Zhang Yang tidak pernah mendengar tentang item tersebut dalam kehidupannya sebelum ini!

"Ganjaran daripada cabaran tersembunyi!"

"Ah!" Zhang Yang mengeluh dalam. Cabaran tersembunyi. Tidak pelik jika begitu. Memang terbukti dia mempunyai satu-satunya ganjaran sebegitu di seluruh China ini! Tiada sesiapa lagi yang mempunyai peluang untuk mendapatkannya!

"Aku mahu selesaikan cabaran kelas aku sekarang. Jangan ganggu aku, kalau tak… aku akan bunuh kau!" ugut Sun Xin Yu dengan ganas sebelum dia menghentikan perbualan tersebut tanpa berkata apa-apa lagi.

Zhang Yang berasa bosan kerana semua orang sedang menyelesaikan cabaran kelas masing-masing dan tidak boleh diganggu ketika itu. Zhang Yang tahu yang dia tidak sepatutnya memulakan perbualan dalam saluran pasukan. Dia kemudian terus menghasilkan posyen.

"Wah! Sakitnya hati aku!" Han Gemuk berteriak. "JAHANAM! Aku baru sahaja pakai peralatan Perak Kelabu yang sangat sukar untuk diperolehi itu! Sekarang sistem pula tak benarkan aku gunakannya?! Bedebah! Satu serangan hanya kenakan 100 mata kerosakan! Berapa lama aku kena teruskan persatungan ini? Setahun?!"

"Lelaki gemuk yang dungu! Aku gagal selesaikan cabaran aku sebab terkejut dengan jeritan kau itu!"

"Kak… kau buat aku terkejut… aku pun mati!"

"Kau semua ini…"

Mereka semua gagal selesaikan cabaran mereka disebabkan kekecohan yang dimulakan Han Gemuk dalam saluran pasukan tersebut.

"Si Gemuk miang! Kalau kau ganggu kami lagi, aku akan kasi kau!" Wei Yan Er mengherdiknya.

Han Gemuk serta-merta merapatkan kakinya dan akur dalam diam. Kegembiraannya baru sahaja bermula. Masalah erektil tidak sepatutnya wujud pada waktu ini dan hanya patut wujud apabila dia mencapai usia 50 tahun!

Setelah apa yang berlaku tadi, mereka semua mengambil langkah bijak untuk meletakkan sistem perbualan mereka kepada mod senyap supaya mereka tidak lagi terganggu.

Zhang Yang tahu yang Han Gemuk tidak akan dapat melepasi tahap kesukaran S itu disebabkan keupayaannya. Dia mengeluh dan menghantar sebuah mesej peribadi kepadanya.

"Hei Si Gemuk, cuba tukar tahap kesukaran kau."

"APA? Kau pandang rendah pada aku?"

"Betul itu!"

"Haha! Kau memang kenal betul aku! Baiklah, aku mengaku. Aku sudah 16 kali cuba selesaikan cabaran ini dan cubaan terbaik aku hanya dapat turunkan HP bos itu ke 97%! Yang Kecil! Apa pendapat kau? Tahap kesukaran mana yang patut aku pilih?" Salah satu sikap terbaik Han Gemuk ialah dia sentiasa jujur dengan dirinya dan orang lain. Sekiranya dia tidak mahir dalam melakukan sesuatu, dia tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak akan berselindung tentang kelemahannya itu semata-mata untuk melindungi harga dirinya.

"Cuba tahap C!"

"Ada tak yang lebih mudah daripada itu?" Han Gemuk bertanya.

"B lagi mudah!"

"Ok!" Han Gemuk menerimanya dan terus pergi bertemu pengajar kelasnya sendiri.

Tidak lama selepas itu, dia berjaya menyelesaikan cabaran tersebut. Cabaran dengan tahap kesukaran B sebenarnya agak sukar, tetapi memandangkan Han Gemuk telah lama mengikuti Zhang Yang dan melakukan banyak serangan, dia cukup mahir untuk menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran B.

"Yang Kecil! Aku sudah dapat kemahiran baru!" Han Gemuk menghantar penerangan kemahiran tersebut kepada Zhang Yang seolah-olah ia sebuah trofi padanya.

[Penyaluran ke Haiwan]: Memperolehi kuasa haiwan buas! 25% daripada kerosakan yang diterima akan dikongsi dengan haiwan peliharaan anda! Meningkatkan kerosakan yang dikenakan serangan jarak jauh anda sebanyak 50%. Berterusan selama 10 saat.

Tempoh bertenang: 3 minit.

Seperti yang dijangka bagi ganjaran daripada cabaran tahap kesukaran B, ia agak menyedihkan! Sekiranya dia melengkapkan cabaran dengan tahap kesukaran S, dia akan memperolehi lebih kuasa bagi kemahiran itu iaitu 75% kerosakan dikongsi dan 100% peningkatan kuasa serangan!

Namun begitu, hanya ada beberapa orang pemain sahaja yang mampu menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S, jadi Zhang Yang tidak berkata apa-apa kepada Han Gemuk. Dia sebaliknya meletakkan harapan yang tinggi pada Sun Xin Yu. Seseorang sepertinya mampu menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S itu! Lagipun, dia akan menjadi Pencuri nombor satu satu hari nanti. Tiada sesiapa yang dapat menyaingi pengetahuannya tentang dunia Pencuri! Sekiranya dia tidak dapat menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S, maka tiada Pencuri lain yang boleh melakukannya.

Namun, apa yang mengejutkan Zhang Yang ialah orang ketiga yang berjaya melengkapkan cabaran kelas tersebut adalah Han Xin Yue!

"Penatnya aku! Aku akhirnya dapat pulihkan keldai itu!" Dia mengadu.

Itu sangat… cepat?

Dahi Zhang Yang berkerut memikirkannya. "Tahap kesukaran apa yang kau pilih?" dia bertanya dengan penuh curiga.

"Bukankah kau minta kami pilih tahap kesukaran S? Aku salah pilihkah?" Dia membalas.

Zhang Yang terkesima. Dia serta-merta berasa teruja. "Jadi, kau maksudkan kau telah lengkapkan cabaran dengan tahap kesukaran S?"

"Zhang Yang, Si Dungu! Kau ingat aku ini apa? Budak kecil? Mestilah aku dapat lengkapkannya! Hmph!" Han Xin Yu naik berang.

Zhang Yang tertawa.

"Ahahaha. Aku cuma bertanya untuk memastikannya. Oh ya! Apa cabaran kau tadi?"

"Ada dua NPC yang bertarung dengan satu sama lain. Tugas aku ialah untuk pastikan salah satu antara mereka tidak terbunuh dan dia dapat membunuh yang satu lagi, itu sahaja!" Han Xin Yue membalas dengan bersahaja seolah-olah itu hanya sesuatu yang biasa dalam dunia ini.

Seperti yang dijangka buat penyembuh pasukannya itu! Bukan, Penyembuh Super! Bukan! Bukan itu juga! Dia ini boleh dianggap Dewi Penyembuhan! Dia sepatutnya gantung mangkuk besarnya agar semua penyembuh di seluruh dunia dapat menyembahnya! Itu sesuatu yang paling hebat di dunia!

Zhang Yang berasa takjub. Dia sedia maklum yang Han Yin Xue merupakan seorang penyembuh yang hebat dalam pasukannya. Namun, ia sesuatu yang menakjubkan melihatkan dia mampu mencapai tahap sebegini sendiri! Zhang Yang nampaknya berjaya menjumpai sesuatu yang sangat bernilai!

"Kemahiran apa yang kau dapat sebagai ganjaran kau?" Zhang Yang bertanya.