Mereka tiba di Gua Tulang di Tanah Rata Berhantu Terpinggir tiga hari kemudian.
"Hei, Zhan Yu, Si Dungu, kongsilah keuntungan dengan aku!" Si Salji bercekak pinggang dan menonjolkan lagi buah dadanya. Drizzler sert-merta menenangkannya.
"Si Salji, tolong jadi wanita budiman! Jadi wanita budiman!"
Sedang Zhang Yang asyik menghasilkan posyennya, dia mengangkat kepalanya dan terlihat "aset" Si Salji. Dalam fikirannya, dia menyamakan masa dengan buah dada seorang wanita yang menjadi lebih ketara apabila semakin dikerah! Mereka sedang berlumba dengan masa, jadi mereka perlu lebih pantas bergerak. Mereka perlu berkerah lebih lagi untuk mendapatkan lebih masa!
Si Salji ternampak renungan mata Zhang Yang lantas dia tertawa sinis sambil bertanya, "Cantik sangatkah untuk ditenung sebegitu?"
"Ya… bulat betul, sangat ketara, sangat menarik!" Zhang Yang membalas dengan pujian.
"Menggatal!" Drizzler membenci Zhang Yang yang mengatakan semua itu, tetapi dia juga merenung cemburu buah dada Si Salji.
Zhang Yang tertawa dan berkata, "Aku maksudkan matanya!"
"Hei, Si Dungu! Jangan cuba tukar topik! Cepat kongsi keuntungan dengan aku! Aku yang perolehi resepi Alkimia itu, akulah 'Tangan Paling Bertuah'!"
Si Salji dan Drizzler tahu [Posyen Anti Bayangan Pemula] yang terjual hebat di pasaran terkini dihasilkan oleh Zhang Yang. Si Salji yang merupakan seorang mata duitan masih ingat dia yang memberi resepi itu kepada Zhang Yang dan dia berasa sangat terkilan.
"Baik, ini ganjaran daripada aku!" Zhang Yang memberi 54 keping syiling perak kepadanya.
"Tak guna kau, Zhan Yu! Kau cuba nak cabar aku?!" Si Salji mendengus. Si Salji pernah menipu Zhang Yang sebanyak 54 keping syiling emas sebelum ini. Zhang Yang ternyata seorang yang kedekut!
"Sejujurnya, Zhan Yu telah jumpa lombong emas kali ini!" Ratusan Tembakan tersenyum lebar. Raut wajahnya menunjukkan betapa gembiranya dia untuk Zhang Yang tanpa ada perasaan cemburu terhadapnya.
Drizzler tidak dapat menahan diri daripada bertanya, "Tank noob, berapa banyak syiling emas kau sudah dapat sebenarnya?"
Zhang Yang tidak mahu berselindung daripada mereka lalu dia menjawab dengan jujur. "Ia tidak beberapa laris beberapa hari sebelum ini, tetapi ia mula laris dua hari lepas dan selepas menolak keuntungan dikongsi dan komisen, aku boleh dapat 300,000 keping syiling emas dalam sehari!" Apabila semakin ramai pemain mencapai Tahap 20, aset Zhang Yang meningkat kepada 6 juta dalam masa hanya tiga hari.
"Mengikut pengiraan aku, sebelum kebanyakan pemain capai Tahap 30, Si Dungu ini akan dapat hampir 40 juta!" Si Salji agak terperanjat kerana jumlah itu bukan sebuah jumlah yang kecil baginya, inikan pula untuk mendapatkan jumlah tersebut dalam masa sebulan!
Pada ketika itu, sedangkan Han Gemuk turut bersuara walaupun dia sebelum ini hanya mendiamkan diri di hadapan mereka semua, "Si Salji yang cantik, apa kata kau ikut Yang Kecil ini dan jadi isteri kepada seorang jutawan besar?"
Meskipun begitu, Han Gemuk juga dapat mengumpul pendapatan daripadanya. Zhang Yang mempunyai tujuh rakan "pengedar" dan Han Gemuk pula salah seorang kawan karibnya, jadi adakah mungkin Zhang Yang tidak berkongsi keuntungan itu dengannya? Separuh daripada jumlah keseluruhan posyen yang dijual itu ialah hasil jualan di Istana Jed Putih manakala separuh lagi hasil jualan di tujuh kota utama lain, dan mereka berkongsi 10 peratus keuntungan. Han Gemuk memperolehi pendapatan paling tinggi di kalangan pengedar itu memandangkan dia mempunyai keuntungan bersih sebanyak hampir 50,000 keping syiling emas yang bersamaan dengan 300,000 to 400,000 dolar dalam masa tiga hari ini!
"Ish!" Drizzler serta-merta mengetap bibirnya dengan gaya menghina. "40 juta itu jumlah yang sedikit. Aset sepupuku adalah-"
"Drizzler!" Si Salji menyampuk dengan kuat sebelum Drizzler terus bersuara lantang.
Walaupun mereka tidak dapat mengetahui nilai aset Si Salji, mereka dapat meneka daripada nada Drizzler nilainya pasti lebih tinggi daripada 40 juta dan jurangnya sangat ketara!
Perasaan ingin tahu Zhang Yang semakin meningkat dan dia tertanya-tanya kepada dirinya 'Bukankah aku ada berjumpa dengan seorang lagi anak gadis daripada sebuah keluarga kaya yang mempunyai asset bernilai ratusan juta seperti Lin Yu?'
"Zhan Yu, Si Dungu, perkongsian keuntungan tak penting lagi, tapi kau kena belanja aku makan!" Si Salji masih enggan memaafkannya.
"Betul! Belanja kami makan!" Mata Drizzler bersinar-sinar.
Zhang Yang terpinga-pinga. 'Kedua-dua gadis bersepupu ini mungkin kaya-raya, tetapi mereka masih mahu kaut duit daripada aku? Bukankah mereka yang mata duitan ini ternyata sangat kedekut?'
"Baik, di mana kita ingin makan?" Zhang Yang terus berjanji dengan mereka. Walaupun wang sangat penting baginya, dia sedar rehat yang mencukupi itu juga penting supaya dia tidak bekerja terlalu keras. Pasti akan ada peluang perniagaan lain dalam 'Keajaiban Tuhan' di masa akan datang.
"Pub Langit Biru!"
Zhang Yang berkerut. "Pub?"
"Kenapa? Ada apa-apa masalahkah dengan tempat itu?" Mata Si Salji yang cantik itu bertambah besar.
"Tidak. Aku tak sangka kau berdua suka pergi ke pub!"
"Hehe!" Drizzler tersenyum dan menyampuk. "Sebenarnya, aku yang hendak pergi ke pub itu buat pertama kalinya. Tapi kami dengar kadang kala pergi ke pub itu tak selamat, jadi kami mahu lelaki kuat seperti kau untuk bawa kami ke sana!"
"Kau tak takutkah kalau-kalau aku lelaki jahat?"
"Selepas beberapa hari memerhatikan kau, Si Salji dan aku nampak yang kau ini boleh diharap dan tak jijik dan rosak teruk seperti seorang lelaki Gemuk itu!" Drizzler berkata sambil langsung tidak mempedulikan sama ada Han Gemuk berada di situ ataupun tidak.
Han Gemuk tiba-tiba meraung dan memeluk kaki Zhang Yang lalu berkata, "Yang Kecil, kaulah yang telah sesatkan aku! Semasa kita berumur empat tahun, kau bawa aku ke bilik mandian wanita dan aku menjadi tegang seperti batu melihat semua mak cik di situ! Ya Tuhan!"
Ratusan Tembakan menolak anak panahnya ke tepi sambil ketawa besar dan berkata, "Gemuk, aku tak sangka kau ada pengalaman hidup setragis itu!"
"Gemuk tak guna, aku beri amaran ini! Jangan bercakap benda tak senonoh depan Drizzler lagi!" Si Salji sangat serius tentang perkara ini.
Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Kanak-kanak masa kini telah dirosakkan oleh contoh tak baik di internet sebelum kami rosakkan mereka. Adakah apa-apa benda yang mereka tak faham?"
"Hmph, dia tetap tak boleh bercakap benda tak senonoh!" Si Salji berkata dengan sombong.
Drizzler berdiri di belakang Si Salji dan membalas, "Ya, betul itu dan kau semua tak patut rosakkan roh yang bersih dan tulen ini!"
"Hei, aku rasa ada sesuatu yang tak kena di sini!" Zhang Yang tiba-tiba berkata.
"Apa yang tak kena itu?"
"Kita ada berapa ramai orang di sini?"
"Lima!"
"Salah, kita berenam!"
Zhang Yang dan keempat-empat mereka serentak memandang orang keenam itu iaitu Malam Dingin. Wanita dingin itu terus berdiam diri dan tidak mengambil kisah langsung tentang perbualan atau gurauan mereka. Dia masih tidak terganggu dengan mereka dan terus membunuh raksasa dengan kejam sehingga mereka menjadi cebisan.
"Tank noob, dia ini bukan seorang NPC, bukan?" Drizzler merenung belakang badan Malam Dingin dengan kagum kerana dia pasti akan mati sekiranya dia tidak bersuara dalam waktu yang panjang!
"Tidak, dia bukan NPC, dia cuma sedikit dingin, okey?"
"Ish, dia tetap nampak macam seorang NPC. Ataupun dia mungkin sebuah robot! Beep boop. Aku robot No. 6870. Menunggu arahan." Drizzler mengajukkan nada sebuah robot dan bersuara sepatah demi sepatah.
Zhang Yang tertawa, berpaling, dan berkata, "Robot No. 6870, mari urut belakang badan tuanmu!"
"Pergi matilah!"
"Oh ya, pukul berapa kita hendak pergi ke pub itu?"
"Kita akan pergi selepas kita bunuh Marzerway!"
"Sayangnya aku tak dapat sertai kau semua kerana aku tak boleh datang dari Yanjing!" Ratusan Tembakan berkata dengan kecewa.
Han Gemuk menepuk bahu Ratusan Tembakan, "Haha! Ratusan Tembakan, kau sudah ada isteri dan anak, kenapa kau mahu mengurat wanita muda yang kesunyian di sebuah pub? Ketenteraman di rumah itu penting!"
Sambil mereka berbual dan bergelak tawa, mereka meneruskan pertarungan tersebut. Zhang Yang terus menghasilkan posyennya sementara yang lain-lain membunuh raksasa. Dia hanya akan berhenti menghasilkan posyen itu sekiranya dia perlu menjalankan tugas sebagai seorang tank apabila berdepan dengan bos. Mereka sangat beruntung kerana telah memperolehi sebuah [Topi Pengubah] dan sekeping skrol selepas berjaya menewaskan bos di keempat-empat peringkat!
[Skrol Sakti: Kelemahan (Tahap 1)]
Kegunaan: Gunakan [Kelemahan (Tahap 1)] ke atas sasaran, menyebabkan kerosakan ke atas sasaran dan kesan penyembuhannya akan berkurangan sebanyak 10% dan akan berterusan selama 60 saat. Kesan ini tidak boleh ditindih dengan kesan lain yang sama jenis dengannya. Semakin besar jurang antara tahap anda dan tahap sasaran, semakin tinggi kadar kegagalan kesan ajaib ini.
Keperluan tahap: 20
'Ini barangan yang baik!' Zhang Yang memuji barangan ini dalam hatinya dan menyimpannya di dalam inventori miliknya.
Setelah mereka membunuh Shurian, pasukannya mengumpul [Permata Huru-hara] yang berjaya Zhang Yang perolehi dengan 99 mata daripada balingan dadu. Selepas dia menggunakan permata tersebut, ruang inventorinya bertambah besar dengan penambahan sebanyak 50 slot yang memberi kelegaan kepadanya yang bimbang tentang ruang inventor.
'Pengumuman Pelayan: Askar Upahan Pedang dan Api berjaya memecahkan rekod kedudukan Penyelesaian Terpantas Sayap Hadapan Sarang Marzerway (Mod Paling Sukar). Pencapaian menakjubkan ini akan dicatat di Papan Kedudukan Penyelesaian Terpantas Mod Paling Sukar (Pelayan China). Sila raikan kejayaan mereka!'
'Pengumuman Pelayan: Pemain Pedang Pendominasi (Ketua Pasukan) berjaya memecahkan rekod kedudukan Penyelesaian Terpantas Sayap Hadapan Sarang Marzerway (Mod Paling Sukar). Menerima 10 keping syiling emas, sebutir [Batu Permata Tahap 2] dan ganjaran 250 Mata Reputasi untuk semua kaum dalam liga oleh ganjaran sistem!'
'Pengumuman Pelayan: Pemain 44 Perompak (Ahli Pasukan) berjaya memecahkan rekod kedudukan…'
Pada ketika itu, saluran dunia sekali lagi dipenuhi dengan teks merah pengumuman pelayan tanpa henti!
Drizzler menjelir lidahnya dan berkata, "Askar Upahan Pedang dan Api ini sangat kuat!"
Ratusan Tembakan memandang Zhang Yang, "Keputusan mereka adalah 17 minit dan 34 saat! Apa pendapat kau tentang kelajuan mereka?"
Zhang Yang berkerut perlahan. Jangka masa yang ditetapkan sistem bagi Penyelesaian Terpantas Mod Paling Sukar adalah 22 minit. Walaupun askar upahan "Sampah" itu berjaya memendekkan rekod jangka masa itu sebanyak 2 minit, dalam keadaan terhad sebegitu, ia sesuatu yang menakjubkan sekiranya sesiapa dapat memecahkan rekod itu!
Mereka sememangnya sebuah pasukan terkenal dalam kehidupannya yang lepas! Mereka hampir memperolehi semua Pencapaian Penyelesaian Pertama dalam serangan dungeon dengan lima orang sepasukan dan 10 orang sepasukan. Sekiranya bukan kerana mereka kekurangan orang, mereka mungkin juga akan memperolehi Pencapaian Penyelesaian Pertama dalam serangan dungeon dengan 20 orang sepasukan serta 50 orang sepasukan! Dalam kehidupannya sekarang, Zhang Yang telah menduga keadaan tersebut dan dia pula mendapatkan semua Pencapaian Penyelesaian Pertama di dungeon terkini dan ini telah menyebabkan pasukan elit itu mula menyerang dungeon untuk mendapatkan Pencapaian Penyelesaian Terpantas!
"Itu masih okey!" Zhang Yang mengangguk dan berkata, "Jika kita cukup bersedia dan menetapkan kedudukan kelas kita dengan bersesuaian, aku pasti kita akan dapat selesaikan dalam masa 15 minit!"
'Pengumuman Pelayan: Askar Upahan Pedang dan Api berjaya memecahkan rekod kedudukan Penyelesaian Terpantas Sayap Tengah Sarang Marzerway (Mod Paling Sukar). Pencapaian menakjubkan ini akan dicatat di Papan Kedudukan Penyelesaian Terpantas Mod Paling Sukar (Pelayan China). Sila raikan kejayaan mereka!'
'Pengumuman Pelayan: Pemain Terapung (Ketua Pasukan) berjaya memecahkan rekod kedudukan Penyelesaian Terpantas Sayap Tengah Sarang Marzerway (Mod Paling Sukar). Menerima 10 keping syiling emas, sebutir [Batu Permata Tahap 2] dan ganjaran 250 Mata Reputasi untuk semua kaum dalam liga oleh ganjaran sistem!'
'…'
Dalam masa beberapa minit seterusnya, saluran dunia mula dipenuhi sekali lagi dengan teks merah pengumuman pelayan!
"Sekarang mereka dikira pihak lawan!" Ratusan Tembakan jelas terperanjat.
Zhang Yang sekali lagi berkerut. Asap Gurun Terpinggir jelas lebih kuat berbanding Askar Upahan Pedang dan Api dari segi kemampuan lima orang sepasukan, tetapi mereka mempunyai sepuluh orang ahli yang boleh bertarung manakala Asap Gurun Terpinggir tidak dapat menyaingi mereka dari segi kekuatan kerjasama pasukan! Selain itu, Zhang Yang hanya mempunyai enam orang ahli termasuk Malam Dingin dan masih kekurangan empat orang ahli yang boleh bertarung!
Dua lagi dungeon Tahap 30 akan datang merupakan dungeon untuk 10 orang sepasukan dan keadaan mereka sekarang tidak menyebelahi mereka! Tambahan pula, bos di dungeon tersebut berbeza dengan Marzerway kerana mereka tidak boleh dibunuh dengan hanya mana-mana item atau posyen tertentu dan pemain perlu membunuh bos tersebut dengan "adil"!
Tekanan dalam persaingan ini tiba-tiba bertambah ketara!