Bos peringkat kedua agak mudah jika dilihat daripada perspektif penyerang. Di mata penyembuh, mereka seakan memperjudikan nyawa mereka melakukan penyembuhan seperti tiada hari esok!
Bos itu amat berkuasa! Tongkatnya kelihatan seperti diperbuat daripada kayu, tetapi kuasa tongkat itu seakan tongkat emas Raja Monyet Sun Wo Kong. HP Zhang Yang huru hara sama seperti bagaimana Sun Wo Kong membuat syurga teratas tunggang terbalik!
"Bedebah kau, Zhan Yu! Kenapa kau begitu
Zhang Yang tersenyum pahit. Dia bercakap sendirian, 'Hmph! Teruskan merungut, perempuan sundal! Jika aku ditukar dengan tank lain, kau tidak akan sempat untuk membuka mulut langsung! Kau terlalu sibuk melakukan penyembuhan macam orang gila. Sekejap sahaja kau lalai, sudah tentu kau akan menyebabkan tank terbunuh!'
Apabila diserang oleh Sun Wu… Marzerway, Zhang Yang tidak sempat melakukan perkara lain. Dia terlalu fokus melakukan satu benda iaitu mengelak setiap serangan. Dia tidak punya tenaga yang cukup untuk membuka mulut bagi memberi peringatan kepada ahli pasukan ataupun memberi arahan kepada mereka!
"Kau akan ditikam sampai mati oleh batu aku!" laung Marzerway. Dia menggoyangkan tongkatnya sambil membuat bulatan dan 12 lubang bulat berwarna gelap berkeluasan 3 meter muncul secara tiba-tiba di medan pertarungan.
"GERAK, GERAK, GERAK!" Zhang Yang terlalu sibuk sehingga dia hanya boleh menjerit sekuat yang boleh.
'Ding! Marzerway telah menggunakan
Hampir semua orang sempat mengelak, tetapi ada sekumpulan kecil pemain yang sedikit perlahan dan terkesan dengan kesan perlahan lalu secara tidak langsung, terkena tikaman lembing yang terpacak keluar daripada lubang. Satu persatu ahli pasukan diserang dan teks kerosakan muncul di atas kepala mereka.
'-400!'
'-400!'
Kadar serangan kemahiran ini ialah satu serangan sesaat, dan disebabkan pemain yang lambat ini terkesan dengan kesan perlahan, mereka menerima tiga ke empat serangan sebelum mereka dapat melepaskan diri daripada jejari serangan lubang itu.
Nasib baik penyembuh cukup cekap untuk menyembuhkan mereka secepat mungkin atau mereka akan terbunuh!
Namun, keadaan ini meletakkan penyembuh di kedudukan yang teruk. Mereka sudah terlalu sibuk menjaga tank utama, tetapi apabila mereka perlu menjaga ahli pasukan yang selebihnya pula, seluruh penyembuh pasukan akan menjadi kelam kabut.
Han Gemuk menarik nafas sejuk dan berkata, "Jahanam, dicucuk berkali-kali, aku dapat rasakan lubang punggung aku sedang berdarah sekarang!
"Bukan! Telur yang sakit!"
"Salah! Telur kau pun sudah pecah sekarang!"
Zhang Yang sakit hati dengan perangai acuh tidak acuh ahli pasukannya.
"DIAM DAN TUMPUKAN PERHATIAN!"
Semua orang terpaku.
"Fokus pada bos dan ramalkan kemahiran apa yang dia akan guna nanti! Berapa orang yang masih ingat kemahiran sebelum ini?! Macam mana kau boleh terlupa dan terbunuh? Aku telah minta kau untuk biasakan diri dengan kemahiran bos?! Apa tujuan aku bawa kau ke Mod Normal?! Mengurat gadis?! Orang seterusnya yang terkena serangan mana-mana kemahiran ialah kepala babi!"
Setelah mendengar bebelan Zhang Yang yang sedang marah, ahli pasukan itu tidak lagi berani untuk bergurau. Mereka sudah mula memberikan perhatian dan menyerang bos. Zhang Yang sebenarnya tidak mahu merosakkan keseronokan mereka, tetapi sebelum bergembira, mereka perlu memastikan kemenangan dungeon terlebih dahulu! Sebab itu Zhang Yang menjadi begitu marah! Mereka masih di dalam pasukan penjelajahan tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang faham betapa pentingnya hal ini! Malah ada sebahagian daripada yang berlagak seperti bos akan mati dengan sendirinya tanpa memberikan sebarang pertolongan!
"Kekuatan! Aku akan tunjuk kekuatan aku pada kau! Saksikan kuasa Marzerway!"
Bos menghentak Zhang Yang dengan kuat dan badannya sedikit terhuyung-hayang akibat hentakan itu! Bos telah membesarkan badannya!
'Ding! Marzerway telah mendapat kesan
"Percepatkan langkah! Kita mesti segera tamatkan peringkat ini dalam masa 2 minit! Jangan biarkan dia membesar kepada 10 tindanan atau tidak ada sesiapa di dunia ini yang boleh menahan serangannya!"
Setiap orang berusaha keras mengerahkan kudrat mereka! Anak panah berterbangan, sihir ditembak, dan kedengaran bunyi pedang berlaga!
76%, 74%, 72%...
"Biar batu aku tikam kau sampai mati!"
"…"
"Kekuatan! Aku akan tunjukkan kekuatan aku pada kau! Saksikan kuasa Marzerway!"
"…"
64%, 63%, 62%!
Marzerway mendapat 10 tahap
60%...
Akhirnya, bos memasuki tahap ketiga. Tetapi jumlah bilangan pemain terdahulu semakin berkurangan. Sekarang ini, jumlah pemain yang tinggal hanyalah satu pertiga daripada bilangan asal!
"Yang Kecil, patut ke kita berputus asa dan cuba sekali lagi?" Han Gemuk bertanya.
Zhang Yang menggeleng kepala. "Tidak, kita teruskan. Anggap ini sebagai latihan!"
Mereka telah kehilangan 7 ahli pasukan dan bos mereka baru hilang 40% HP sahaja. Keadaan akan menjadi semakin susah dan kelam-kabut.
Nasib baik semasa bos memasuki peringkat ketiga, ia tidak membawa 11 tindanan
"Wahai Roh Api dan Korban! Bersatulah dengan aku!"
Marzerway mengangkat tongkatnya dengan tinggi dan menghentaknya ke tanah dengan penuh kekuatan. Tembok api muncul dari bawah tanah dan api yang marak di merata-rata tempat dengan dirinya berada di tengah api marak itu.
Peng! Peng! Peng!
Kesemua pemain serangan jarak dekat termasuk Zhang Yang terundur 3 meter ke belakang!
'Ding! Marzerway telah menggunakan
'Ding! Anda telah terkena
Zhang Yang segera menerpa ke hadapan dan menggunakan
Marzerway berubah kembali menjadi bos kuasa ajaib apabila dia memasuki peringkat ketiga. Setelah ia menembak Zhang Yang beberapa kali, ia segera menjampi
Boom!
Zhang Yang menerima 1,500 kerosakan teruk dengan hanya satu serangan sahaja.
Salah satu ciri jenis serangan kuasa ajaib ialah ia boleh digunakan sebagai serangan fizikal dalam satu masa. Kerosakan itu tidak seperti jenis serangan fizikal kerana serangan itu terlalu berat seperti jentolak! Akan tetapi, serangan fizikal tidak dapat menandingi jenis serangan kuasa ajaib yang boleh digandakan!
Contohnya, setelah bos menjampi
"Penyembuh! Dengar baik-baik. Aku mahu kamu semua pastikan HP aku penuh sebelum bos menjampi
HP maksimumnya ketika ini ialah 2,200. Jika dia membawa
Di peringkat ketiga, bos akan menambah satu
"Oh Api Kebenaran! Sucikan jiwa manusia berdosa ini!" Marzerway mengangkat tongkatnya. 16 sungai lahar api terpancut keluar daripada tubuhnya dan mengalir ke medan pertarungan, memenuhi kawasan dengan lahar yang membara.
'Ding! Marzerway telah menggunakan
"Jauhkan diri! Jauhkan diri!"
Zhang Yang mengumpan bos ke kawasan yang lebih selamat. Kemahiran ini tidak memerlukan bos untuk terus menerus menjampi. Selagi dia dijampi, ia akan berterusan mengalir keluar daripada kawasan tetap sehingga tamat tempoh. Keadaan pasukan sangat huru hara di mana sebahagian mereka dapat mengelak lahar manakala selebihnya berasa panik kerana mereka tidak sengaja berjalan masuk ke dalam lahar dan mati.
'Ding! Pemain ke-4 Datuk telah mati!'
"Hahaha! Kuasa roh berikan aku lebih banyak kuasa!' Marzerway ketawa sinis.
'Ding! Marzerway telah menambah kesan
Boom! Satu
'-2,250!' Zhang Yang terbunuh serta merta!
Bukit Besi segera menjalankan tugasnya, tetapi Drizzler, Malam Dingin, Han Gemuk, dan Ratusan Tembakan mempunyai lebih banyak aggro berbanding dirinya. Marzerway tidak menyerangnya, sebaliknya ia menjampi
Semasa bos berpaling ke arah Malam Dingin, dia segera memusingkan tangan kanannya dan ghaib dengan
Marzerway segera menukar sasaran serangannya dan menembak dua
Keadaan ketika itu sungguh di luar jangkaan. Kini, Marzerway mempunyai 5 tindan kesan
Penghapusan sempurna!
Di tanah perkuburan, Zhang Yang tidak berdaya untuk memarahi ahli pasukannya. Dia hanya ketawa dan berkata, "Baiklah, aku rasa kita telah buat yang terbaik untuk pertarungan yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini! Tetapi, bagi sesiapa yang mati sebelum aku, sila tumpukan perhatian. Jika kau lakukan kecuaian seperti itu lagi, bagi kesalahan pertama kau perlu membayar 20 mata sumbangan persatuan. Bagi kesalahan kedua, kau perlu membayar 50 dan itu peluang terakhir. Jika kau lakukan kesalahan ketiga, sila anggap kau terkeluar daripada pasukan ini! Aku rela tunggu untuk beberapa hari daripada berlawan dalam pertarungan yang tidak memberi hasil langsung!"
Para pemain yang mati di peringkat awal menundukkan kepala mereka. Mereka perlu menerima hukuman kerana melakukan kesilapan berat.
"Namun, aku mengaku yang aku telah membuat kesilapan dalam susun atur pertarungan!" Zhang Yang menyalahkan dirinya.
"Nanti, semua penyerang serangan jarak dekat perlu berdiri di belakang bos dan menyerang. Semua penyerang jarak jauh perlu bersama-sama dengan Si Salji! Aku akan letakkan tanda simbol 'Bola' padanya. Jadi, apabila kau semua nampak 'Bola' bergerak, atau tidak kira apapun, aku mahu kau ikut 'Bola'! Jika kau tak mampu untuk mengikuti semua ini, aku tidak ada cara lain lagi untuk mengetuai kamu!"
"Si bodoh! Tukar simbol!" Si Salju tidak suka dengan simbol itu dan merenung Zhang Yang.
Zhang Yang berasa keliru. "Hah? Apa…?"
Han Gemuk menggaru kepala seketika dan akhirnya faham mengapa Si Salji marah.
"Yang Kecil. Jangan guna 'Bola' sejak…baik…" Dia menunjuk ke arah Si Salji. Jarinya diturunkan ke bawah, ke arah dada gadis itu.
"Ah… betul. Okey."
Zhang Yang faham apa yang dimaksudkan rakannya itu dan ketawa pahit. Dia terus menukar 'Bola' kepada 'Bintang'.
"Ok… Ikut bintang!"
"Ikut bintang! Bintang Besar!" Han Gemuk berlakon seperti seorang perempuan dan berjalan lenggang-lenggok sambil menggoyangkan pinggulnya. Semua orang ketawa.
"Si Gemuk miang! Pergi mati!"
Semua orang hidup semula dan kembali ke dungeon.
Zhang Yang mengeluarkan pedang dan mencucuknya ke tanah.
"Ayuh semua! Kita boleh lakukan! Mari pergi!"
Pertarungan kedua bermula seperti biasa iaitu dengan
Peringkat pertama berjalan agak lancar dan setiap orang melakukan tugas mereka dengan baik termasuk pasukan sokongan yang berjaya menghalang jampi daripada dijampi. Penyerang jarak dekat mengikut arahan Zhang Yang dan menyerang dari arah belakang bos semasa mengikut Zhang Yang mengumpan Marzeway. Dengan strategi ini, mereka dapat mengelak setiap
Namun, walaupun tiada sesiapa yang mati, kuasa serangan pasukan menurun secara mendadak!
Zhang Yang membuka statistik Kerosakan dan mendapati masalah itu disebabkan oleh penyerang jarak jauh. Mungkin mereka terlalu banyak berfikir untuk mengelak kemahiran berbanding fokus untuk melakukan serangan. Walau bagaimanapun, Zhang Yang tidak boleh meminta banyak daripada mereka. Dia tidak boleh mengharapkan mereka untuk menjadi sebagus Ratusan Tembakan atau Malam Dingin.
Zhang Yang khuatir sekiranya kadar kerosakan rendah akan menyebabkan bos menambah