Keesokan harinya, Zhang Yang log masuk dan menyertai 18 orang ahli lain lantas menuju ke Kota Pari-pari Salji. Malam Dingin tidak menyertai mereka, tetapi dia sebaliknya menunggu di pintu masuk dungeon di mana mereka akan bermula. Dari titik permulaan tersebut, pasukan itu membunuh raksasa sepanjang perjalanan ke arah bahagian dalam kota untuk melengkapkan syarat cabaran dungeon. Selepas tujuh hingga lapan minit, cabaran tersebut telah diselesaikan dan mereka menuju ke dungeon.
"Awas, ada lebih kurang tujuh Perompak yang berselindung di sini!" Malam Dingin tiba-tiba membuat pengumuman di saluran pasukan.
Zhang Yang terperanjat dan cepat-cepat berteriak, "Semua! Datang dekat pada aku, SEKARANG!"
Sesetengah daripada mereka terdengar panggilannya sementara yang lain-lain tidak peka dan tidak terdengarkannya.
Tiba-tiba, tujuh hingga lapan jasad muncul di belakang 3 orang ahli yang leka tersebut.
Pak Pak Pak! Perompak tersebut menjampi
'Ding! Pasukan Pak Cik Ranggi telah memulakan serangan ke atas pasukan anda. Anda mempunyai 10 minit untuk menyerang balas!'
"Jahanam!" Zhang Yang menyumpah. Dia cepat-cepat menjampi
Pasukan itu menjadi huru-hara buat seketika, tetapi apabila Zhang Yang memberi arahan, mereka semua mula menjampi kemahiran AoE mereka ke atas penyerang tersebut.
Pihak musuh itu terdiri daripada lapan orang Perompak semua sekali. Setelah ketiga-tiga ahli pasukan Zhang Yang dipegun dengan
[Tarian Pedang]: Serang semua sasaran dalam jarak serangan. Menyebabkan 100% kerosakan jarak dekat (Menyebabkan jumlah terkumpul kerosakan jarak dekat kedua-dua Senjata Utama dan Senjata Simpanan. Sekiranya hanya satu senjata yang digunakan, ini akan menyebabkan jumlah kerosakan yang sama seperti kerosakan jarak dekat.)
Keperluan: Senjata jarak dekat.
Kos: 60 Stamina.
Namun, Zhang Yang ternyata lebih pantas daripada mereka. Serentak dengan kemunculan pihak lawan tersebut, Zhang Yang terus menjampi
"Bedebah. Kemahiran apa ini?!" Salah seorang daripada mereka berkata.
"Penjahat licik!" Zhang Yang dengan pantas menggunakan
Mereka semua menyembunyikan maklumat profil dan jelas sekali ingin menyembunyikan asal usul mereka.
'-754!'
'-798!'
'-768!'
'-2391!'
'…'
Lapan teks kerosakan muncul dan salah seorang daripada mereka menunjukkan mata kerosakan yang sangat tinggi sehingga dia serta-merta terbunuh! Ia serangan bertuah!
"Hebatnya kau. Yang Kecil, tolonglah ajak aku PK dengan kau!" Han Gemuk tidak dapat lari daripada merasa terancam! Kuasa membunuh milik Zhang Yang yang hebat itu sangat kuat sehingga dia boleh membunuh sesiapa sahaja yang berada dalam sudut pandangannya.
"Tenang, kawan! Serangan bertuah sebegitu bukannya selalu terjadi!" Sebelum sempat Zhang Yang memulakan serangan keduanya, tujuh orang musuh yang lain telah dibunuh dengan kemahiran AoE mereka semua.
"Kenapa mereka serang hendap kita?" Drizzler berpaling dan memandang Zhang Yang.
Zhang Yang tersenyum pahit. "Ada orang yang tidak puas hati selepas mereka tewas. Mereka cuba jatuhkan kita sebelum kita sempat dapatkan Pencapaian Penyelesaian Pertama dungeon ini!"
Malam Dingin orang pertama yang berteriak dalam keberangan. "Menjijikkan!"
Walaupun wajahnya diselindungi, mereka tetap dapat merasakan amarahnya. Dia kelihatan seperti seseorang yang tidak akan membiarkan kepincangan berlaku dan seperti seorang wanita yang menegakkan keadilan!
Reaksi Drizzler pula lebih perlahan berbanding orang lain. Nafasnya seperti terhenti kerana terkejut dan dia menepuk tangannya. "Jadi, maksudnya ada persatuan di luar sana yang mahu halang kita daripada medapatkan Pencapaian Penyelesaian Pertama dan hantar mereka ini untuk jatuhkan kita? Hm… Hm…Aku faham yang satu-satunya kelemahan persatuan kita ialah kita tidak cukup pemain bertahap tinggi kerana baru hari ini kita dapat kumpulkan pemain Tahap 20 yang mencukupi. Jadi, jika salah seorang daripada kita dibunuh dan turun walau satu tahap, kita tidak akan dapat masuk dungeon itu!"
Zhang Yang mengeluh kekecewaan. "Aku kesian dengan cikgu yang ajar kau pengajaran hidup. Macam mana baru sekarang kau baru faham perkara mudah ini? Argh… susahnya menjadi seorang cikgu!"
Drizzler menjadi berang dan wajahnya bertukar merah. Namun, dia tidak dapat membalas kata-kata Zhang Yang itu. Dia hanya mampu mengangkat kepalanya dan berkata "Hmph!" dengan kuat dan berlalu pergi. Tekaan Zhang Yang itu nampaknya tepat.
"Agaknya mereka ini daripada persatuan apa?" soal Ratusan Tembakan.
"Mari kita lihat, Amarah Membara semuanya terdiri daripada pemain wanita…"
"Ia sama ada Pendominasi atau Tinggi Langit!"
"Ia mungkin Pendominasi!" ujar Zhang Yang. Dia mengandaikan itu memandangkan dia menolak cadangan untuk bersekutu daripada Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu dan dia berundur bukan dengan cara baik. Ini mungkin caranya untuk membalas penolakan Zhang Yang. Sekiranya memang benar dia dalang di sebalik serangan ini, dia boleh dianggap bijak. Selagi mana-mana ahli Asap Gurun Terpinggir dibunuh, Zhang Yang tidak akan dapat meneruskan serangan dungeon!
Satu-satunya perkara yang tidak mereka jangka ialah kemahiran baru Zhang Yang iaitu
Zhang Yang berdeham dan berkata, "Berpecah kepada empat pasukan dan serang Sayap Hadapan dan Sayap Tengah dalam tahap kesukaran Normal. Kau semua kena lakukan ini bagi mendapat kelayakan untuk memasuki Sayap Utama. Lagi satu sebab ialah untuk membiasakan diri dengan keempat-empat kemahiran bos. Marzerway, bos Sayap Utama akan menggunakan keempat-empat kemahiran tersebut. Aku mahu kau semua biasakan diri dengannya supaya kita boleh serang habis Sayap Utama nanti. Baik, pembahagian pasukan adalah aku, Bukit Besi, 2 Khinzir Bersama Pemburunya sebagai tank dan Penyembuhnya adalah…"
"Jahanam! Yang Kecil! Khinzir Bersama Pemburunya? Biar betul kau ini!?" Han Gemuk menjadi marah.
"Oops. Maaf. Aku betulkan ayat itu. Pemburu Bersama 2 Khinzirnya…" Zhang Yang tertawa. Dia membahagikan pasukan tersebut agar setiap pasukan mempunyai tank dan penyembuh serta memastikan setiap pasukan mempunyai
"Kenapa kita tak terus bertarung dalam Mod Sukar atau Mod Paling Sukar?" Salah seorang antara mereka mempersoalkannya kerana Mod Normal dianggap sangat mudah sehingga sesiapa sahaja selain Zhan Yu yang terkenal itu boleh mengetuai pasukan.
"Itu hanya akan membazir masa. Tujuan utama jita hanya untuk mendapatkan kelayakan kemasukan! Lagipun, Pemburu… khinzir hanya boleh menjadi tank dalam Mod Normal. Bos dalam Mod Normal, Sukar, atau Paling Sukar pula menggunakan kemahiran yang sama dan hanya mempunyai output kerosakan berbeza. Jadi, belajar kemahirannya betul-betul. Pilihan selamat ialah dengan menyerang dalam Mod Normal kerana jika ada sesiapa yang tak jalankan peranan mereka atau melakukan kesilapan, pasukan itu tak akan terbunuh!" Zhang Yang menerangkannya.
"Ok! Mulakan serangan!"
'Ding! Anda telah memasuki Sarang Marzerway: Sayap Hadapan (Mod Normal)!'
Pasukan Zhang Yang sendiri terdiri daripada Drizzler, Malam Dingin, Kejatuhan Bidadari, dan Terkaku Wajah. Dia sengaja meletakkan Drizzler dan Malam Dingin dalam pasukannya bukan kerana dia berminat dengan mereka berdua, tetapi kerana kuasa serangan mereka yang kuat. Dia bimbang sekiranya tank lain tidak dapat menahan aggro.
Kejatuhan Bidadari dan Terkaku Wajah sebenarnya berkawan baik dalam dunia sebenar dan mereka masing-masing merupakan seorang Ahli Sihir dan seorang Paderi. Mereka berdua pemain lelaki dan nama mereka agak kelakar apabila digabungkan. Terkaku Wajah (apabila) jatuhnya bidadari. Haha!
"Mari mulakan!" Zhang Yang mengeluarkan pedangnya dan menggunakan
"Malam Dingin, kenapa kau pilih
"Kenapa kau selalu senyap sahaja?"
"Kenapa kau sembunyikan wajah kau dengan kain itu?"
"Macam mana kau kenal dengan tank noob ini? Kau nak tahu, kawan lelaki ini seorang lelaki yang miang. Baik kau berjaga-jaga!"
"Berapa umur kau? Kau sudah berkerja? Atau kau masih bersekolah?"
"…"
Drizzler terus melotarkan banyak soalan sehingga ia merimaskan. Nasib baik dia tidak bertanya maklumat yang sangat sulit seperti maklumat tentang saiznya atau daranya…
Namun, Malam Dingin sangat berdisiplin. Walaupun ditanya pelbagai soalan bertalu-talu, dia langsung tidak menjawab walau satupun soalan. Dia sebaliknya terus bergerak dengan pisau belatinya dan menumpukan sepenuh perhatian dalam membunuh raksasa.
"Budak kecil! Kalau kau terus buat bising, output kerosakan kau akan lebih rendah berbanding semua orang!" Zhang Yang cepat-cepat menyampuk sebelum dia sempat membuka mulutnya lagi.
"A-apa?! Itu mustahil!" dia berteriak sambil membuka Statistik Kerosakan dengan segera.
[Statistik Kerosakan]
Zhan Yu, 38%
Malam Dingin, 29%
Drizzler, 22%
Kejatuhan Bidadari, 11%
"Eh?" Drizzler mengelip matanya berulang kali. "Peralatan kau tidak sehebat peralatan aku. Tapi macam mana kau boleh mengenakan kerosakan setinggi itu?!"
Malam Dingin terus berdiam diri. Zhang Yang membalas bagi pihaknya. "Sebab dia beri perhatian penuh pada serangan! Hei… Orang kata budak yang lemah dalam pelajaran sangat hebat dalam bermain permainan video. Kau pula macam ini! Kes Drizzler, sebuah kes budak pelik yang lemah dalam dua-dua pelajaran dan bermain permainan video. Kau ini seperti sebiji batu di gurun! Tiada gunanya!"
Drizzler naik berang. "Siapa kata aku tak berguna!? Aku cuma tak beri perhatian sepenuhnya, itu sahaja! Satu lagi benda, aku bukan seorang budak!"
"Argh! Mari bertanding lagi!" Drizzler memandang Malam Dingin dengan yakinnya. Dia telah terkesan dengan provokasi yang dilakukan Zhang Yang.
Malam Dingin masih lagi mendiamkan diri. Namun, Drizzler salah faham dan mengingatkan yang apabila dia mendiamkan diri, maksudnya dia bersetuju dan dia akhirnya terdiam juga. Selepas Drizzler menutup Statistik Kerosakan, dia berteriak dengan kuat dan mula menyerang dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.
Apa yang terjadi seterusnya membuktikan dalam dunia permainan video, sesiapa yang mempunyai peralatan yang hebat akan menang. Malam Dingin adalah dan akan satu hari nanti dikenali sebagai Ratu Tarian Bayangan, tetapi buat masa ini, peralatannya tidak sehebat Drizzler. Setelah dia membunuh bos kedua, dia hanya tewas dengan jurang 2% output kerosakan! Dia bukan seseorang yang tidak boleh menerima kekalahan seperti Drizzler kerana matanya tetap bersinar dengan semangat membara untuk bertarung walaupun wajahnya ditutup.
Drizzler pula sangat girang. Dia seorang gadis muda yang naif… Apabila dia menang, dia sangat riang. Namun, apabila dia tewas, dia akan mendengus, merajuk, dan bermasam muka.
Zhang Yang merasa sedih untuknya. Bagaimana seorang gadis sepertinya yang sangat realistik tetapi naif pada masa yang sama masih wujud lagi dalam masyarakat sebegini!? Sekiranya Drizzler menyertai masyarakat hari ini, tidak sampai sehari dia akan diperdaya!
Setelah mereka selesai dengan Sayap Hadapan, pasukan tersebut begerak ke Sayap Tengah. Memandangkan pasukan itu mempunyai tiga ahli yang kuat, mereka ialah pasukan terpantas dari segi perkembangan serangan dalam kalangan empat pasukan yang mula serentak tadi.
Apabila mereka memasuki dungeon, Drizzler dan Malam Dingin mula bertarung. Walaupun Malam Dingin kelihatan dingin dan tidak mempunyai respons serta tetap mendiamkan diri tanpa langsung berkata-kata, niatnya untuk memenangi pertarungan ini sangat membara. Dia tetap memikirkan yang tiada sebab untuk dirinya tewas meskipun peralatannya kurang hebat. Ini membuatkan Drizzler berusaha lebih lagi serta khuatir jika dia cuai walau sesaat kerana bimbang yang Malam Dingin akan menandinginya pada bila-bila masa.
Kejatuhan Bidadari sebaliknya menjadi watak pembantu. Dia tidak berani menyertai pertarungan antara mereka berdua itu. Dia hanya menjalankan tugasnya dan menjampi hujan serangan ke atas raksasa.
Dalam masa hanya 15 minit, pasukannya berjaya menakluki Sayap Tengah. Perkembangan mereka sangat mengagumkan sehinggakan Zhang Yang sendiri memuji usaha mereka.