Apabila berakhirnya pertarungan tersebut, semua orang merentas jarak untuk pulang ke tempat masing-masing.
Kemenangan Malam Dingin benar-benar membangkitkan semangat penonton. Semangat membara mereka bagai tidak dapat dibendung oleh langit! Penonton mula memenuhi saluran umum dengan cemuhan dan ejekan.
"Hmph! Baru kau tahu betapa kuatnya pemain dari Istana Jed Putih ini! Pergi baliklah ke Kota Bulan Merah!"
"Haha! Kau kalah dengan seorang wanita! Apa lagi yang kau hendak katakan huh!"
"Malam Dingin yang cantik! Jadilah teman wanitaku!"
"Pergi balik ke tempat asal kau, tak guna!"
"…"
Dedaun Menggerunkan senyap beberapa ketika dengan fikiran di benaknya yang tidak dapat sesiapa jangka, tetapi tidak lama selepas itu, dia membalas. "Kau semua hantar seorang perempuan untuk pertahankan harga diri kau? Macam mana kau boleh panggil diri kau lelaki!? Bila kau biarkan perempuan untuk tewaskan aku, kau semua ini sebenarnya masih berhingus lagikah?! ZHAN YU! DI MANA KAU, JAHANAM! MARI DAN LAWAN AKU, ZHAN YU! ZHAN YU!"
Mereka semua memaki Dedaun Menggerunkan dengan lebih teruk melihatkan dia masih tidak insaf.
Belum sempat Zhang Yang menghantar mesej peribadi kepada Dedaun Menggerunkan, dia telah menghantar permintaan untuk bertarung kepadanya terlebih dahulu.
'Ding! Pemain Dedaun Menggerunkan telah menghantar permintaan untuk bertarung (Pertarungan Maut). Adakah anda menerimanya?'
Kedua-dua pemain perlu berada di arena pertempuran apabila mana-mana pemain ingin menghantar permintaan untuk bertarung, Pemain boleh memasukkan nama pihak lawan atau nama pasukan yang dicabar untuk memulakan pertarungan antara pemain atau antara pasukan. Dedaun Menggerunkan ini sudah tentu terus memasukkan sahaja nama Zhang Yang tanpa memeriksa terlebih dulu sama ada dia berada di arena pertarungan atau tidak.
Memandangkan Zhang Yang telah memastikan yang Malam Dingin berada di Istana Jed Putih, dia boleh menghubunginya bila-bila masa selepas pertarungan ini. Dia terus menerima permintaan tersebut dengan bersahaja.
'Ding! Anda telah menerima permintaan untuk bertarung (Pertarungan Maut) daripada Dedaun Menggerunkan. Pertarungan akan bermula dalam masa 5 minit. Sila bersedia!'
Papan pengumuman di arena pertempuran tersebut memaparkan sebuah mesej menyatakan: Bilik 89, Zhan Yu lawan Dedaun Menggerunkan (Pertarungan Maut). Bermula dalam masa 5 minit.
Beberapa orang terus menyedari perkara itu dan menggembar-gemburkannya. Saluran umum sekali lagi kecoh dan semua orang dalam kota tersebut mendapat tahu tentangnya tidak lama selepas itu. Pemain terhebat di Istana Jed Putih pada ketika ini akan bertarung dengan pemain berdarah panas yang menjengkelkan dari Kota Bulan Merah.
Berbeza dengan Malam Dingin yang masih tidak diketahui ramai, nama Zhan Yu pula telah lama menjadi sebutan dalam setiap perbualan di seluruh pelayan China. Semua ingin mengetahui bagaimana seorang Pelindung boleh mencapai 3 Pencapaian Penyelesaian Pertama berturut-turut. Apabila ada peluang buat mereka melihat sendiri kebolehannya, tiada sesiapa yang mahu membazirkan peluang keemasan tersebut!
"Hahaha! Muncul juga kau akhirnya, lelaki penakut! Aku akan musnahkan kau macam seekor serangga!" Dedaun Menggerunkan menghantar mesej peribadi tersebut kepadanya.
Zhang Yang terkedu melihat kebiadapan pemain tersebut terhadap dirinya. Mereka tidak mengenali satu sama lain untuk mempunyai dendam dan kebencian sebegitu… Namun, Zhang Yang sendiri akhirnya merungkai persoalannya itu. Dia merupakan pemain terkenal yang telah memperolehi 3 Pencapaian Penyelesaian Pertama berturut-turut dan menarik perhatian setiap pemain dalam pelayan China. Dia pasti telah membangkitkan kemarahan pemain dari mana-mana persatuan yang ingin merangkul pencapaian tersebut.
Kehadiran pemain ini di sini memang untuk mencetuskan huru-hara. Dia pasti memikirkan sekiranya dia berjaya membunuh Zhang Yang sehingga dia turun beberapa tahap, dia akan memperolehi lebih banyak masa untuk menyerang Sayap Utama Sarang Marzerway!
Hah!
Zhang Yang tersenyum sendirian memikirkan yang persatuan Sinaran sanggup menghantar pemain utama mereka yang mungkin semakin terkenal itu untuk menjalankan taktik kotor sebegitu! Namun, mereka pasti berasa yakin yang dia tidak akan tewas sehingga turun ke Tahap 20 dan ke bawah lalu menyebabkan dia tidak layak untuk menyertai serangan di Sarang Marzerway.
'Adakah mereka terlalu mempercayai pemain tak guna ini?'
Zhang Yang tiba-tiba terfikirkan sesuatu dan menghantar sebuah mesej peribadi kepadanya. "Kau nak bertaruh?"
"Hmph! Kau rasa kau boleh tewaskan aku?" Dedaun Menggerunkan membalas dengan satu lagi soalan. Dia nampaknya memang begitu yakin dengan dirinya, atau kekalahannya sebelum ini belum benar-benar difahaminya.
Pertarungan antara dua Perompak sangat bergantung kepada tuah. Sesiapa yang memansuhkan stealth pihak lawan terlebih dahulu akan menjadi pemenang. Tambahan pula, pihak lawannya telah mempunyai kemahiran
Zhang Yang membalas. "Kalau kau tewas, aku mahu [Skrol Rentas Jarak Destinasi] yang kau ada itu!"
"Eh?! Macam mana kau tahu…" Dia jelas begitu terperanjat. Dia membalas selepas beberapa ketika. "Aku cuma ada 2 sahaja lagi. Aku perlukan satu untuk pulang nanti! Aku cuma boleh letak 1 sebagai taruhan!"
"Hahahaha! Jadi kau tahu kau akan tewas!" Zhang Yang ketawa untuk mengejeknya.
Dedaun Menggerunkan sebenarnya khuatir. Dia tidak berani untuk meletakkan kedua-dua skrolnya sebagai taruhan. Dia benar-benar takut yang dia akan tewas!
"Baiklah! 1 skrol sudah cukup!" Zhang Yang tidak mahu mendesaknya lagi. Dia mungkin akan enggan bertaruh akhirnya.
Dedaun Menggerunkan berkata, "Kalau kau tewas, aku mahu…. Aku mahu perisai kau!"
Hmph! Betul apa yang dia sangkakan! Dedaun Menggerunkan datang ke sini untuk melengah-lengahkan Zhang Yang! Namun… dia hanya mahukan perisainya… tindakannya itu benar-benar naif! Dia nampaknya tidak tahu Zhang Yang merupakan orang yang menghasilkan 80% perisai dalam kota ini!
Kedua-dua pihak terus meletakkan barangan mereka itu ke dalam sistem. Setelah mereka mengesahkan pilihan mereka, sistem telah mengunci barangan tersebut lalu menghalang sesiapa untuk melakukan apa-apa ke atas mereka. Barangan yang telah dikunci tidak boleh "Digunakan", "Ditukar", "Dijual" atau "Dimusnahkan".
… 4 minit lagi sebelum pertarungan bermula. 3 minit… 2 minit… 1 minit!
… 5, 4, 3, 2, 1, 0!
Shush! Zhang Yang dikelilingi satu sinaran cahaya dan dihantar ke sebuah sudut di dalam medan pertempuran itu. Terdapat sebuah laluan yang menghala ke kawasan luar arena pertarungan di belakangnya. Memandangkan laluan itu masih belum ditutup, dia masih boleh meninggalkan pertarungan tersebut. Namun, dia akan dianggap menarik diri dalam pertarungan tersebut dam kehilangan taruhannnya. Satu perkara baik daripada pilihan tersebut ialah dia tidak akan mati dan boleh mengekalkan tahapnya sekarang.
Dia terpandang Dedaun Menggerunkan yang berada di sebuah sudut bertentangan dengannya dalam arena tersebut. Mereka dipisahkan dengan sebuah dinding ghaib. Mereka hanya boleh memandang, tetapi tidak boleh mendekati satu sama lain.
'Ding! Anda mempunyai 20 saat lagi untuk bersedia!'
…
3!
2!
1!
'Ding! Pertarungan bermula!'
Kang Kang Kang! Palang besi menutupi laluan di belakang mereka dan dinding ghaib tadi dialih.
Poof!
Dedaun Menggerunkan terus menghilangkan diri.
Zhang Yang tidak panik seperti pemain biasa lain dan hanya berjalan ke hadapan dengan senyuman sinis di wajahnya.
"Lelaki bedebah! Tengoklah nanti, aku akan tikam kau bertubi-tubi!" Deduaun Menggerunkan menyelinap dan mendekati Zhang Yang, tetapi apabila dia melihat senyuman sinis di wajahnya, dia berasa dimalukan. Dia begitu teringin untuk memijak mukanya yang menjengkelkan itu bertubi-tubi!
10 meter, 8 meter, 5 meter…
Apabila dia semakin menghampiri Zhang Yang, pandangan di matanya menjadi semakin ganas dan kejam. Satu-satunya benda yang ditenungya ialah bahagian belakang badan Zhang Yang. Dia mengangkat pisau belatinya dan bersedia untuk menyerang ganas ke atasnya.
4 meter, 3 meter, 2 meter. Dia semakin menghampiri jarak serangannya!
Belum sempat Dedaun Menggerunkan mengaktifkan
Eh?
"-394!"
Wajah Dedaun Menggerunkan berubah pucat apabila dia melihat HP miliknya berkurangan sebanyak 20%.
Dia berteriak dengan panik. "Jahanam!! Apa kau ini!? Kau bukan seorang Pelindung!"
Sedangkan Berserker dengan senjata dua belah tangan pun tidak dapat menyebabkan kerosakan setinggi itu! Yang lebih penting, bagaimana pihak lawannya itu dapat memansuhkan kemahiran ghaibnya? Dia berada di belakangnya dari tadi. Tiada langsung kemungkinan yang dia dapat mengesan keberadaan Dedaun Menggerunkan!
Zhang Yang tertawa sinis. Satu serangan tersebut dapat menghasilkan 27 Rage yang cukup baginya menjampi satu lagi kemahiran!
"-797!"
"Jahanam" Dedaun Menggerun hanya dapat menyumpah-nyumpahnya. Dia faham sekiranya serangan sebelum ini ialah hanya tuah, tetapi bagaimana pula dengan serangan kedua ini?! Itu sudah tentu bukan serangan kritikal! Dia tahu yang serangan kritikal akan dianggar dengan menggandakan jumlah kerosakan selepas nilai baju perisai ditolak daripada bilangan asal! Tidak mungkin serangan kritikal merupakan nombor ganjil!
Sekiranya dia mampu menyebabkan hampir 800 mata kerosakan tanpa menggunakan serangan kritikal, bagaimana pula kalau dia benar-benar mengenakan serangan kritikal?
Dedaun Menggerunkan cepat-cepat berundur dan mengambil posyen pemulihan. Dia mengangkat pisau belatinya dan pantas bertanya. "Senjata jenis apa yang kau guna!? Dan kemahiran apa pula yang kau guna semasa serangan kedua kau tadi?" Dia pasti yang serangan pertama tersebut serangan normal memandangkan seorang Pahlawan tidak boleh menjampi apa-apa kemahiran tanpa menghasilkan Rage.
Zhang Yang mengaktifkan
"-117!"
"-244!"
Zhang Yang menghayun pedangnya dan menyerang Dedaun Menggerunkan dengan serangan normal.
"-389!"
Dedaun Menggerunkan yang sebelum ini mempunyai HP sebanyak 2000 kini hanya tinggal 200 HP. Sekiranya Zhang Yang mengenakan satu lagi serangan, Dedaun Menggerunkan pasti akan terbunuh dan dihantar menghadap Dewi…
"Sampaikan salam aku kepada ketua persatuan kau, Pedang Sinaran!" kata Zhang Yang sambil dia menghayun pedangnya dan mengaktifkan
"-379!"
Dedaun Menggerunkan tewas teruk!
Bukan sahaja Dedaun Menggerunkan yang terkedu disebabkan pertarungan tersebut, semua yang menyaksikannya turut tergamam. Bagaimana seorang Pelindung boleh mengenakan kerosakan yang sangat tinggi sebegitu!? Adakah dia masih dianggap seorang Pelindung? Sudah tentu tidak! Masa untuk melatih seorang Pelindung baru!
Shush! Zhang Yang dihantar ke luar arena petarungan bersama-sama dengan trofi barunya, sekeping [Skrol Rentas Jarak Destinasi]!
"Zhan Yu! Aku belum selesai lagi! Satu lagi! Satu lagi pertarungan!" Dedaun menggerunkan menghantar sebuah mesej peribadi kepadanya.
Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Kau sekarang berada pada Tahap 20, adakah peralatan kau masih boleh digunakan?"
Selepas dia dibunuh oleh Malam Dingin dan Zhang Yang, Dedaun Menggerunkan telah turun dari Tahap 21 ke Tahap 19. Keperluan tahap peralatannya adalah Tahap 20. Walaupun dia memakai peralatan tersebut, kesan peralatan itu akan dikunci. Jika dia terus memakainya, itu hanya sekadar untuk dipamerkan, tetapi dari segi atributnya, dia seperti bertelanjang bulat!
"Kau tunggulah nanti! Aku akan kembali untuk tewaskan kau!" Dedaun Menggerunkan merentas jarak untuk kembali ke Kota Bulan Merah.
"Jangan lupa bawa lebih banyak skrol ya!"
Kata-kata Zhang Yang yang terakhir itu tambah menyakiti hatinya. Selepas apa yang berlaku, Dedaun Menggerunkan merasakan seperti Zhang Yang ingin mengambil semua harta miliknya.
Sementara itu, di Istana Jed Putih pula, saluran umum penuh dengan perbualan tentang kisah lagenda Zhang Yang yang digelar "Pertahanan Zhan Yu".
Zhang Yang telah mempertahankan kota tersebut daripada pihak musuh! Dia terus digelar Wira Istana Jed Putih! Pelindung masyarakat! Kebanggaan Istana Jed Putih! Namanya dan reputasinya melonjak naik di segenap kota tersebut!
Dewa memang menyebelahinya. Dia hanya mahu mendapatkan [Skrol Rentas Jarak Destinasi] itu, namun dia berjaya memperolehi lebih daripada itu. Dia telah menjadi wira kota tersebut!
Zhang Yang menggeleng kepalanya dan menggoyang bahunya. Dia segera menghantar mesej peribadi kepada Malam Dingin.
"Helo! Boleh aku bercakap sekejap dengan kau?"
Setelah beberapa ketika, dia membalas. "Cakap apa yang kau mahu!"
Dia hanya menyatakan beberapa patah perkataan, namun itu seperti memikul berat seluruh dunia. Dia dapat merasakan betapa dinginnya wanita tersebut. Hm… betullah begitu. Dia telah memilih nama yang sesuai buat dirinya.
"Ahh… Ah! Baik. Aku nampak kau mempunyai beberapa kemahiran. Pasukan aku kebetulan kurang pemain yang mempunyai bakat seperti kau! Sudikah kau menyertai kami untuk menyerang Sarang Marzerway dalam Mod Paling Sukar lusa?"
Zhang Yang telah mengambil keputusan untuk mempelawa pemain yang satu hari nanti akan dikenali sebagai Ratu Tarian Bayangan untuk menyertainya!