Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 63 - Penghasilan Antidot

Chapter 63 - Penghasilan Antidot

Cabaran kedua agak mudah untuk dilakukan. Namun, masalah bagi cabaran ini ialah kadar kemunculan semula. Bilangan Zombi yang lemah sangat terhad. Mereka banyak menghabiskan masa memburu mereka satu persatu. Nasib baik permainan ini mempunyai sistem pembunuhan berkongsi sesama pasukan. Asalkan ahli pasukan berada tidak jauh daripada antara satu sama lain, Zombi Lemah yang telah dibunuh oleh Zhang Yang turut dianggap dibunuh oleh ahli pasukan yang lain. Sama seperti orang lain. Namun, mereka perlu menghabiskan masa selama satu jam untuk membunuh 20 ekor Zombi Lemah.

"Ini boleh menimbulkan kemarahan aku!" Drizzler seorang gadis yang panas baran. Dia tidak boleh bertahan dengan perkara yang memerlukan kesabaran. "Argh! Aku tidak peduli macam mana kesian atau sedihnya gadis itu. Kalau dia serahkan cabaran yang memerlukan aku lari ke sana sini lagi, aku belasah dia cukup-cukup!"

10 minit kemudian.

"Waa… haa…" Drizzler mula merasa sedih. "Argh… kenapa aku tidak mampu berkeras dengan keputusan aku… waa waa… aku tak boleh lakukannya! Tengok dia! Dia sangat menyedihkan! Aku rasa sedih sekarang!" Drizzler gagal dalam percubaannya untuk menjadi kental.

"Haha! Tak dapat nak tolong! Mari teruskan!"

[Ujian Kekuatan (3)] (Tahap kesukaran: C)

Keterangan cabaran: Emmy mahu anda untuk terus membuktikan kekuatan anda! Bunuh 50 Ghoul Gemuk untuk membuktikannya. Anda boleh bertemu dengan raksasa ini dalam Tanah Rata Berhantu Terpinggir di bahagian utara kampung.

Perkembangan: Bunuh Ghoul Gemuk 0/50

Nasib baik cabaran ketiga juga ialah cabaran bunuh. Walaupun bilangan pembunuhan meningkat, masa yang diambil untuk melengkapkan cabaran ini lebih cepat berbanding cabaran sebelumnya! Tidak seperti kadar kemunculan semula Zombi Lemah atau kadar pengguguran yang rendah [Jari Tulang], kadar kemunculan semula Ghoul Gemuk lebih tinggi, jadi mereka mampu melengkapkan cabaran itu dalam masa yang singkat.

"Aku bersumpah kali ini! Aku akan abaikan cabaran ini jika Emmy beri cabaran lain seperti ini juga! Hmph! Aku pasti akan buat seperti apa yang aku cakap!" kata Drizzler ketika mereka dalam perjalanan pulang berjumpa NPC.

Zhang Yang ketawa mengejek. "Drizzler, kau ni seperti periuk memanggil cerek hitam!"

"Huh? Hitam? Aku tidak ada sifat perkauman!"

"Tidak Drizzler. Ia bermaksud kau ini cakap lain, tapi buat lain."

"Tank noob! Aku sumpah kau akan mencintai lelaki dan bukan wanita!"

"Woah kau! Budak tak guna! Kau betul-betul bencikan aku nampaknya!"

"Mereka lihat aku bergolek, mereka benci…" Han Gemuk mula menyanyikan lagu yang viral di internet.

Apabila mereka tiba di perkampungan, mereka membunuh diri semula untuk bercakap dengan Emmy.

"Abang besar, kakak yang dihormati. Aku percaya kekuatan kalian! Ternyata kamu memiliki kekuatan untuk membantu kami!" kata gadis bermata merah itu. "7 hari yang lepas, seorang Necromancer telah melawat kampung kami. Dengan hanya melambaikan tangannya sekali sahaja, dia menjampi satu kepulan asap kehijauan dan menyelubungi seluruh kampung, lantas membunuh setiap orang daripada kami!"

"Abang besar, kakak yang dihormati, Necromancer in sangat jahat! Dia bukan sahaja telah mengambil tubuh kami, malah dia turun menarik roh kami! Ibu bapaku, datuk nenek, dan semua penduduk kampung; dia telah mengambil roh setiap orang! Tolong, Emmy merayu kepada kamu! Tolong selamatkan mereka! Tolong selamatkan roh mereka!"

Hanya tangisannya yang kedengaran di kampung yang sunyi itu.

"S-Sudikah kamu *hick* membantu Emmy?"

Dengan menunjukkan pandangan yang penuh harapan, dia merayu kepada pasukan itu.

"Woo…" Drizzler menangis seperti bayi. Pada mulanya, dia menangis dengan perlahan dan tidak begitu kedengaran, tetapi lama-kelamaan tangisannya semakin kuat! "Waaah… sedihnya! Sangat menyedihkan! Waaaah!"

Zhang Yang mengeluh.

"Aku telah memberi amaran kepada kamu! Necromancer tersebut sangat kuat! Kamu perlu melakukan persediaan yang rapi. Kamu dikehendaki mengumpul bahan-bahan untuk membuat antidot untuk merawat racun Necromancer! Tanpa antidot, kamu tidak akan berpeluang untuk mengatasinya!"

'Ding! Emmy ada cabaran untuk anda: Untuk Menghasilkan Antidot. Adakah anda menerima cabaran ini?'

[Untuk Menghasilkan Antidot] (Tahap kesukaran: A)

Keterangan cabaran: Untuk melawan racun Necromancer, kamu perlu menghasilkan antidot untuk menghilangkan kabus beracun yang dilepaskan! Orkid Bulan boleh ditemui di dalam Hutan Lumut. Cendawan Zombi boleh ditemui di Tanah Rata Berhantu Terpinggir. Raja Katak boleh dijumpai di dalam Paya Berkabus.

Perkembangan: Kumpul Orkid Bulan 0/10 Cendawan Zombie 0/10 Darah Raja Katak 0/1

Selepas berfikir sejenak, Zhang Yang membuat keputusan memecahkan kumpulan untuk mencari bahan-bahan tersebut.

"Si Salji dan budak kecil, kau berdua pergi kumpul Orkid Bulan di Hutan Lumut. Gemuk, Ratusan Tebakan dan aku sendiri akan pergi ke Tanah Rata Berhantu Terpinggir untuk mencari Cendawan Zombi. Tolong berkumpul di tempat ini selepas semua orang berjaya mendapatkan bahan masing-masing. Kita akan menyerang Raja Katak bersama-sama!"

"Okey!"

Setiap orang mula menuju ke arah yang telah ditetapkan, tetapi Han Gemuk agak keberatan. Dia berkeras untuk berada dalam pasukan yang sama dengan Si Salju dan Drizzler. Setelah menghadapi sedikit kesulitan, dia telah dihalau oleh gadis-gadis itu untuk kembali ke sisi Zhang Yang. Dengan rasa berat hati, Han Gemuk masuk semula ke dalam kumpulan dan menuju ke Tanah Rata Berhantu Terpinggir.

Tanah Rata Berhantu Terpinggir merupakan tempat latihan bagi pemain yang berada Tahap melebihi 20. Seperti kebanyakan raksasa di sini yang melebihi Tahap 25, kadar aggro mereka lebih luas. Zhang Yang dan 2 lagi Pemburu menyedari yang mereka telah terperangkap di dalam sekumpulan perusuh yang besar selepas beberapa langkah sahaja.

Cendawan Zombi boleh ditemui tumbuh di dalam tanah, tersembunyi dan tertanam bersebelahan mayat. Cendawan itu berwarna gelap dan jika anda tidak memberi perhatian penuh, anda akan berjalan melepasi mereka begitu sahaja! Perkembangan mereka bertiga sangat perlahan kerana mereka lebih banyak terlibat dalam pertarungan. Di kawasan kampung yang lain, Drizzler bersusah-payah mencari Orkid Bulan. Dia tidak henti-henti merungut dalam saluran pasukan.

Setelah membazirkan 2 jam membunuh dan mencabut bahan, mereka berjaya mengumpul 50 bahan setiap satu. Setelah selesai melakukan pencarian, mereka bertemu semula di kampung. Selepas berehat sebentar, mereka menuju ke Paya Berkabus untuk melawan Raja Katak yang mengagumkan!

Paya Berkabus terletak di bahagian lain Hutan Lumut, tempat latihan bagi Tahap 20 hingga 30. Oleh kerana pemain biasa masih berada di Tahap 15, jadi tempat latihan ini masih kosong. Tanpa kehadiran sesiapa, tempat ini sejuk dan menakutkan. Buih-buih yang diselaputi lumpur paya mula terbentuk dan melepaskan bau yang sangat busuk apabila bulatan hitam yang melekit itu meletup.

"Urgh… bau dia…" Suara Drizzler tenggelam timbul kerana dia dan Si Salji menutup mulut dan memicit hidung mereka. Pipinya mengembung dan dia kelihatan seperti akan jatuh sakit pada bila-bila masa sahaja.

"Pergi kepada tingkap aturan dan buka palang Realism. Di situ, kau boleh menyelaraskan Aturan Bau mengikut kemahuan kau. Kau juga boleh menutupnya jika kau mahu. Dengan cara itu, kau boleh buang bau busuk itu!" Zhang Yang berpaling setelah memberi nasihat. Dia ada perkara lebih besar yang perlu dirisaukan. Sekarang ini, Zhang Yang berasa tertekan. Keseluruhan kawasan paya itu sungguh luas, di mana Raja Katak sebenarnya? Walaupun dia daripada masa hadapan yang kembali semula untuk mendapatkan maklumat bernilai, dia masih seorang manusia yang tidak sempurna!

"Nampaknya aku tidak ada pilihan. Aku akan menyerang kawasan ini menggunakan cara yang lama!" Zhang Yang melepaskan keluhan berat dan berjalan masuk ke dalam paya. Selalunya, bos akan muncul di puncak tertinggi sesebuah kawasan, atau di tengah kawasan, atau mungkin tingkat yang paling dalam. Peta mini mempunyai petunjuk yang mewakili raksasa cabaran. Namun begitu, petunjuk itu akan muncul di dalam peta apabila berada di dalam kawasan berdekatan.

Terdapat satu laluan di dalam paya, tetapi laluan itu sangat kecil dan sempit. Anda boleh tergelincir dan jatuh ke dalam lumpur dan menerima jumlah kerosakan tertentu. Kebanyakan raksasa di kawasan ini bersembunyi di sebalik lumpur. Ia akan melompat keluar dan menyerang apabila seorang pemain memasuki lingkungan aggro.

Sebahagian raksasa yang ada di sini adalah Katak Berkulit Keluli, Buaya Kelabu, dan juga Pirana Gelap. Setiap raksasa di sini tidak ada kekurangan dari segi rupa paras yang hodoh, buruk dan menjijikkan. Si Salji dan Drizzler merungut tidak henti-henti tentang kemampuan para pemaju dalam mereka bentuk.

Mereka bersusah payah masuk ke dalam paya dan akhirnya mereka tiba di sebuah dataran lumpur yang besar. Di tengah-tengah kabus tebal, mereka dapat melihat sebuah objek besar yang sedang membongkok dengan bahagian belakang badannya kelihatan seperti sebuah bukit kecil.

Setiap orang berhati-berhati dengan kehadiran makhluk tersebut dan mereka memeriksa peta mini untuk mendapatkan kepastian. Mereka berjaya menemuinya! Titik berkelip bewarna kuning telah muncul!

"Sudah jumpa!"

Mereka mendekati objek itu perlahan-lahan dan semakin dekat mereka dengan objek itu, mereka dapat mengenal pastinya dengan jelas.

Terdapat seekor katak gergasi berwarna merah darah berketinggian 10 meter dan mempunyai sepasang mata berwarna gelap yang bersinar yang sedang duduk di tengah dataran berlumpur. Kehadirannya memberikan aura jahat ajaib penuh mistik! Katak gergasi tersebut membuka mulut dan menguak dengan kuat seperti bunyi guruh!

[Raja Katak Beracun] (Tembaga Hijau)

Tahap: 25

HP: 150k

"Hah! Seekor bos!" Han Gemuk teruja. "Kita boleh mendapat peralatan!"

Zhang Yang tidak berkongsi keterujaan yang sama dengan Han Gemuk. Dia sedang berjaga-jaga.

Walaupun bos ini kelihatan tidak begitu sukar berbanding bos dungeon, dia tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang bos ini untuk melawannya dengan selamat! Bos liar tidak sama seperti bos dungeon. Jika bos dungeon diserang sekerap yang boleh, pemain akan mendapat maklumat menyeluruh tentang kemahiran atau keupayaan bos dan mereka mampu membentuk strategi sempurna untuk melawannya. Kadar berhadapan dengan bos liar sangat rendah yang membuatkan maklumat tentangnya begitu terhad!

Zhang Yang tidak pernah berhadapan dengan bos ini dalam kehidupan lepas dan disebabkan itulah, dia tidak tahu satu apa pun tentang kemahiran bos ini.

"Sekarang ini, kita akan serang secara membuta tuli. Mari kita cuba!"

Zhang Yang mengeluarkan pedangnya.

"Mari pergi! Sedia untuk bertarung!"

Dengan dua langkah ke hadapan sahaja, Zhang Yang telah memasuki lingkungan aggro bos, membuat bos menguak dengan kuat, dan memusingkan badannya yang besar terhadap Zhang Yang. Bos melompat dan menyerang Zhang Yang, manakala pada masa yang sama, Zhang Yang mengaktifkan . Serangan mereka berdua bertembung di udara dan mereka berdua jatuh ke bawah. Langsung tidak terkesan dengan kesan pegun Zhang Yang, makhluk itu membuka mulutnya dengan luas dan menyerang Zhang Yang..

'Mengelak!'

Zhang Yang segera berpaling menghadap Raja Katak dan mengenakan serangan ke atasnya.

'-334!'

Semasa Raja Katak menerima serangan Zhang Yang, ia menguak dengan kuat dan mulutnya terbuka luas. Cecair berbau busuk melayang keluar dan terkena pada Zhang Yang.

'Ding! Anda telah menerima kesan Racun Busuk (1 tindanan). Menerima 200 Kerosakan Alam setiap 3 saat untuk 15 saat!"

"Celaka! Ia sangat kuat!" Zhang Yang tidak menjangka racun tersebut sangat berkuasa. Ia mengakibatkan kerosakan DoT yang kuat dengan satu tindanan sahaja! Zhang Yang tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada dirinya jika dia menerima lebih banyak tindanan daripada kesan itu!

Ahli pasukan yang lain segera memulakan serangan mereka apabila Si Salji segera menjampi dan membaca jampi penyembuh.

Dengan hanya beberapa pukulan sahaja, Raja Katak meludahkan sejumlah racun lagi, menindih satu lagi lapisan DoT kepada Zhang Yang. Dalam setengah minit sahaja, Zhang Yang terkena 5 lapis kesan DoT dan menerima 800 mata kerosakan dalam satu tanda sahaja.

Nasib baik kesan DoT dapat dihadkan kepada 5 tindanan. Jika ia tindanan tanpa had, Zhang Yang boleh mati serta merta dalam beberapa saat sahaja.

"Hmph! Mudah sahaja bos ini! Sebentar sahaja lagi sebelum serangan penghabisan aku!" Han Gemuk ketawa jahat.

'Ding! Raja Katak Beracun telah menggunakan !"

Cecair merah gelap tersembur di merata-rata tempat dan mengenai setiap orang. Akibat terkena cecair itu, badan mereka bercahaya warna merah gelap. Terdapat kabus bulat berwarna merah dengan diameter berukuran 1 meter di bawah kaki mereka. Ikon kelemahan muncul di atas kepala setiap orang.

[Racun Berjangkit]: Anda telah diracun. Menerima 100 Kerosakan Alam setiap 3 saat untuk 15 saat! Racun ini akan merebak dan menjangkiti orang lain. Kerosakan meningkat sebanyak 300% bagi setiap jangkitan.

Zhang Yang faham akan situasi yang berlaku dan segera memanggil ahli pasukannya. "Berpecah! Jangan berkumpul bersama! Budak kecik! Pergi dan lawan di belakang bos! Pastikan jarak kau sejauh 2 meter daripada aku!"

Panggilannya telah terlambat. Oleh kerana Si Salji, Ratusan Tembakan dan Han Gemuk merupakan karakter yang sama, mereka semua berdiri berdekatan antara satu sama lain. Apabila terkena mereka, racun mereka terus berjangkit kepada satu sama lain, lalu menghasilkan jumlah jangkitan sebanyak 3 kali dan 900% peningkatan kerosakan.

Mereka telah menerima 1000 kerosakan setiap 3 saat!

Zhang Yang dan Drizzler menjangkiti satu sama lain dan terkena 2 kali jangkitan.

Si Salji menjampi dengan cemas, diikuti , , dan jampi penyembuh biasa. Walau bagaimanapun, setiap orang telah kehilangan HP pada kelajuan yang dahsyat menyebabkan dia tidak dapat meneruskan penyembuhan dan mati.

'Ding! Pemain Kurus dan Kacak telah mati!'

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

'Ding! Pemain Si Salji telah mati!'

Disebabkan seorang penyembuh telah tewas, Zhang Yang dan Drizzler tidak dapat melarikan diri daripada kecelakaan yang akan berlaku. Mereka bergelut untuk bertahan untuk beberapa saat, tetapi akhirnya mati.

Tiada lagi pemain yang tinggal untuk menyerang makhluk itu, Raja Katak berganjak, melompat kembali ke tempat asal dan menguak. Sama ada ia sorakan kemenangan atau tingkah laku automatik NPC, tiada siapa yang tahu.