'Ding! Anda dan pasukan anda telah membunuh Cakar Hitam. Menerima 24,050 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!'
"Wah, dah selesai!" Sorakan keriangan memenuhi ruang itu dan Pawang Langit tersenyum bangga melihat 9 ahli pasukannya meraikan penewasan bos itu. Pawang Langit kemudian bertukar ke saluran persatuan dan mengumumkan, "Mod Sangat Sukar. Bos pertama, Cakar Hitam. Telah ditewaskan!"
"Hebat!" saluran persatuan penuh dengan sorakan.
"Seperti yang dijangka! Tank nombor 1 rasmi China! Tak sampai sehari pun dan kau dah tewaskan bos pertama Mod Sangat Sukar!"
"Haha. Persatuan Tinggi Langit kita memang yang paling kuat!"
"Mereka dari Pendominasi mesti tengah menangis sekarang!"
"Abang ketua persatuan, tolonglah bawa aku bila kau masuk Mod Sukar! Aku masih guna banyak alat kelengkapan Kayu Putih!"
"…"
Semua dalam persatuan itu sedang berbincang dan berbual dengan bersungguh-sungguh dan Pawang Langit tersenyum dengan bangga. Dia bertanya dengan bersahaja, "Macam mana dengan mereka dari Pendominasi di sana?"
"Menurut ahli mereka, pasukan elit mereka telah tewas tak sampai 5 minit lepas. Mereka masih tak dapat tewaskan bos pertama!" kata seorang Pemburu yang mempunyai busur panjang di belakang badannya. Tag di kepalanya tertulis, 'Pengejar Dunia, Tinggi Langit'.
"Baik, kita satu langkah di depan mereka!" Pawang Langit tersenyum. "Tapi, kita tak boleh sambil lewa! Pendominasi dah lama menjadi saingan utama kita, maksudnya mereka kuat! Kita tak boleh berhenti baiki diri kita! Kita mesti tewaskan bos kedua dan ketiga untuk dapatkan pengumuman global untuk pencapaian Penyelesaian Pertama kita dan umumkan yang Tinggi Langit ini persatuan yang terkuat dalam setiap permainan video!"
"Kita akan dapat pengumuman Penyelesaian Pertama dalam pelayan China! Tapi kita tak akan berhenti di situ saja! Kita mesti dapatkan pengumuman pelayan Kedudukan 8 Tertinggi di Dunia juga!"
"Kita yang paling kuat!"
"Hurrah!"
4 daripada ahli pasukan itu terharu dengan ucapan Pawang Langit dan wajah mereka merah padam dengan kegirangan itu!
"Pengumuman Pelayan: Pasukan 'Syurga yang Hilang' telah berjaya menyelesaikan Makam Bangar (Mod Sangat Sukar) dan menerima pengumuman pelayan Penyelesaian Pertama (pelayan China)! Nama mereka akan selama-lamanya tercatat dalam Papan Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Sangat Sukar!"
"Pengumuman Pelayan: Pemain Api Merah (Ketua Pasukan) telah menerima ganjaran kerana menjadi yang pertama menyelesaikan (pelayan China) Makam Bangar (Mod Sangat Sukar)! Menerima ganjaran sistem 10 kepingan emas, 1 mata Nilai Kemahiran, dan mata reputasi semua kaum meningkat ke 500 mata!
"Pengumuman Pelayan: Pemain Zhan Yu (Ahli Pasukan) telah menerima ganjaran kerana menjadi yang pertama menyelesaikan (pelayan China) Makam Bangar (Mod Sangat Sukar)! Menerima ganjaran sistem 10 kepingan emas, 1 mata Nilai Kemahiran, dan mata reputasi semua kaum meningkat ke 500 mata!
"Pengumuman Pelayan...."
Saluran pengumuman pelayan mula dipenuhi dengan pengumuman.
"Apa!? Mustahil!" wajah Pawang Langit berubah serta-merta. Kakinya menjadi lemah sehingga dia seperti boleh jatuh pada bila-bila masa.
Memalukan! Ini betul-betul memalukan!
Pada saat itu, saluran persatuan itu tiba-tiba senyap sunyi.
Selepas Papan Pencapaian dibuka, nama pasukan Syurga yang Hilang jelas tertulis.
[Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Sangat Sukar] (Pelayan China)
1. Makam Bangar
Pasukan Penyelesaian Pertama: Syurga yang Hilang.
Ketua Pasukan: Api Merah, Perompak, Syurga yang Hilang.
Ahli Pasukan: Zhan Yu, Pelindung, Tiada Persatuan.
Kesedihan Lautan, Kesatria Suci, Tiada Persatuan.
Hari Bayangan, Pemusnah, Syurga yang Hilang.
Sami Ingkar, Penembak Hendap, Asap Gurun Terpinggir.
Ratusan Tembakan, Beastmaster, Tiada Persatuan.
Si Kurus dan Kacak, Beastmaster, Tiada Persatuan.
Kematian Bersalji, Perompak, Tiada Persatuan.
Maharaja Api, Pyromancer, Syurga yang Hilang.
Salji Lembut, Paderi, Syurga yang Hilang.
"Tuan…" Wajah 9 ahli pasukan itu berubah sugul selepas mereka memandang wajah Pawang Langit. Pencapaian Penyelesaian Pertama untuk Mod Sangat Sukar telah diambil dan mereka semua telah kehilangan semangat untuk meneruskan pertarungan.
Sebagai ketua untuk persatuan berkedudukan tinggi, Pawang Langit mempunyai kebolehan semulajadi untuk menentukan dan menganalisa satu-satu keadaan dengan tenang. Dia memulakan analisisnya dan berkata, "Pasukan ini ada 4 ahli dari Syurga yang Hilang. Sedangkan nama mereka sendiri Syurga yang Hilang. Tapi, mereka ada 5 ahli tanpa persatuan dan seorang Pemburu dari persatuan lain. Aku rasa ini pasukan publik!"
"Pasukan publik? Tuan, boleh ke pasukan publik menyerang dalam Mod Sangat Sukar?" tanya ahli pasukan itu. "Kalau pasukan yang terdiri daripada publik boleh menyelesaikan Mod Sangat Sukar ni, apa gunanya pasukan elit persatuan berkedudukan tinggi?"
"Tengok pembentukan pasukan ni. Hanya ada satu tank!" Pawang Langit merenung maklumat itu dan menunjukkan raut wajah terkejut dan tidak percaya.
"Betul ni! Hanya ada satu Pelindung. Pahlawan yang lain mempunyai pengkhususan sebagai Pemusnah dan Kesatria Suci!"
Pawang Langit menarik nafas panjang dan menghembusnya. Dia sendiri seorang Pelindung. Dia lebih mengetahui betapa payahnya menewaskan bos dalam Mod Sangat Sukar berbanding orang lain. Sedangkan Cakar Hitam yang baru mereka tewaskan tadi memerlukan kerjasama antara dia dan tank lain yang telah dicapai melalui ikatan tanpa kata dalam permainan video lain. Itulah yang membuatkan mereka berjaya menyelesaikan isu tindanan
Namun, pasukan itu hanya mempunyai satu Pelindung. Bagaimana dia mampu bertahan dengan
"Kalau tak silap aku, rahsia kejayaan mereka ialah tank pasukan itu! Pengejar, cuba sedaya-upaya dapatkan maklumat tentang setiap ahli pasukam ini, terutamanya Pelindung itu, Zhan Yu!" Raut wajah Pawang Langit mula tenang dan dia berkata, "Bubarkan pasukan ni. Kita dah gagal selesaikan Makam Bangar, tapi dalam dungeon seterusnya, kita akan kembalikan maruah kita! Dalam masa beberapa hari ni, aku mahu kamu semua kekalkan jadual latihan yang ketat! Jangan biarkan nama kau masuk ke dalam Papan Penarafan Tahap walaupun kau boleh mencapainya. Aku beri masa 7 hari. Selepas itu, kau semua mesti mencapai Tahap 20. Kita akan menjadi persatuan pertama yang menyelesaikan Sarang Marzerway!"
Di satu tempat lain – Pasukan Penyerang Pendominasi.
"Bos, rakan kita di Tinggi Langit kata pasukan elit mereka dah tewaskan bos pertama!" kata Anak Babi Bulat dengan laju. Ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana kedua-dua Tinggi Langit dan Pendominasi ialah saingan satu sama lain. Mereka sudah lama bersaing dalam mana-mana permainan video multi pemain atas talian. Mereka tidak henti-henti bersaing untuk menjadi persatuan terhebat di China. Kini, persaingan mereka berterusan ke 'Keajaiban Tuhan'.
Lelaki Beradab yang Rendah Diri kekal tenang. Dia berkata, "Jangan kalut. Berada selangkah di depan tidak menjanjikan kemenangan yang pasti. Masih ada banyak pertarungan untuk menjadi yang terhebat!"
"Hei, hei!" Anak Babi Bulat menggaru kepalanya dengan malu-malu, "Tapi, kami masih tak puas hati sebab kalah dengan mereka!"
"Kalau kau rasa tak puas hati, usahalah lagi, tak guna! Kalau bukan sebab kecuaian kau, kita tak akan tewas dalam pertarungan tadi, bukan?" Lelaki Beradab yang Rendah Diri berleter sambil tertawa.
"Ala, janganlah macam tu bos. Jangan ungkit kesilapan aku. Aku dah minta maaf beratus kali. Aku ingatkan ada gempa bumi tadi, sebab tu aku putuskan talian!" kata Anak Babi Bulat.
"Jadi? Betul ke ada gempa bumi?"
"Tak… itu kucing peliharaanku. Ia melompat atas kepalaku!"
"Anak babi bodoh. Ingat! Kau tu tank kami. Kau dinding pertahanan yang melindungi kami! Sebelum kau mati, kau mesti halang bos daripada menyerang kami dengan apa cara sekalipun! Faham?!"
"Faham!"
"Hm. Kalau betul-betul ada gempa buni, baik kau teruskan juga. Jangan takut dengan gempa bumi kecil. Kalau ada apa-apa, aku sendiri akan korek dan keluarkan kau daripada runtuhan rumah kau!"
Semua tertawa dengan lawak Lelaki Beradab yang Rendah Diri itu. Keadaan menjadi lebih ceria dan tiada sesiapa yang sedih dengan kekalahan itu.
"Pengumuman Pelayan: Pasukan 'Syurga yang Hilang' telah berjaya menyelesaikan Makam Bangar (Mod Sangat Sukar) dan menerima pengumuman pelayan Penyelesaian Pertama (pelayan China)! Nama mereka akan selama-lamanya tercatat dalam Papan Pencapaian Penyelesaian Pertama Mod Sangat Sukar!"
"Pengumuman Pelayan…"
Keadaan menjadi senyap sunyi!
"Jahanam, siapa mereka ni? Mereka berjaya selesaikan Mod Sangat Sukar!?"
"Tinggi Langit ke?"
"Bukan. Mereka bukan dari pasukan elit Tinggi Langit. Tengok Papan Pencapaian ni…Gila! Syurga yang Hilang? Dari lubang mana persatuan berkedudukan rendah ini datang?"
"Sejak bila pula persatuan berkedudukan rendah sekuat ini?"
Saluran persatuan Pendominasi tiba-tiba penuh dengan perbualan dan perbincangan.
"Bos…" wajah Anak Babi Bulat sugul. Semua ahli menunjukkan raut wajah sugul seolah-olah mereka telah kehilangan sesuatu yang tidak mereka ketahui. Mereka sangat mahukan pengumuman pelayan Penyelesaian Pertama itu. Namun, baru sahaja mereka ingin mulakan pertarungan, pengumuman itu dirampas daripada mereka. Apa lagi yang mereka patut rasa? Malah, apa yang lebih menyedihkan, mereka tewas kepada persatuan berkedudukan rendah yang tiada apa-apa!
Memalukan! Ini memang betul-betul memalukan!
Lelaki Beradab yang Rendah Diri menarik nafas panjang dan tertawa sambil berkata, "Tak apa, sekurang-kurangnya, mereka bukanlah dari Tinggi Langit, bukan? Tengok dari sudut pandangan mereka pula. Mereka ingatkan mereka lebih maju ke depan daripada kita. Rupa-rupanya, sia-sia semua usaha mereka! Mereka mesti rasa lebih kecewa!"
Anak Babi Bulat dan lain-lain tertawa dan walaupun sesetengahnya seperti dipaksa, sekurang-kurangnya ini bukanlah keadaan yang paling teruk.
"Periksa latar belakang mereka. Terutama pahlawan yang bernama Zhan Yu tu. Ia sangat sukar untuk bertahan dan menewaskan bos dalam Mod Sangat Sukar. Dia mesti seorang profesional antara profesional lain! Heh. Tak sangka ada orang sehebat itu yang tiada persatuan! Zhang Lan, pergi hubungi dia! Ajak dia masuk persatuan kita! Oh ya, cuba ajak pemain lain yang tiada persatuan untuk sertai persatuan kita juga. Kalau mereka terselamat daripada mod itu, mereka juga tentu pemain yang hebat."
Reaksi dan perbualan yang sama muncul serentak antara persatuan berkedudukan tinggi di seluruh pelayan China.
Sementara itu, Zhang Yang dan ahli pasukan yang lain sedang meraikan kemenangan mereka.
'Ding! Anda telah menerima gelaran, Penyembelih Makam!'
Gelaran itu sendiri tiada gunanya kerana mereka tidak memperolehi penambahan dalam Atribut mereka atau apa-apa kesan istimewa. Namun, mempunyai gelaran unik sebegitu boleh menarik perhatian orang. Gelaran Penyembelih Makam hanya boleh diperolehi oleh pemain yang mendapat pencapaian Penyelesaian Pertama. Ini sudah tentu sesuatu yang unik!
Zhang Yang menutup dan menyahaktif permintaan untuk berkenalan serta mesej peribadi daripada orang yang tidak dikenali untuk mengelakkan dirinya terus diganggu. Selepas semuanya kembali tenang, dia akan menghidupkannya semula.
"Kita telah berjaya!" Kalau Api Merah yang selalunya tenang itu pun nampak girang, inikan pula yang lain-lain.
Zhang Yang berlari menuju takhta Dadarerda. Dia mengeluarkan cangkul burungnya dan mula melonbong satu vena bercahaya keemasan.
'Ding! Anda telah menggunakan
Vena Tembaga Biasa ini hanya muncul dalam Mod Sangat Sukar selepas kematian Dadarerda!
Mata Zhang Yang bercahaya. Bijih Tembaga Biasa sendiri sesuatu yang unik dan Batu Bulan pula salah satu hasil rampasan daripada melombong Vena Tembaga Biasa. Ini sesuatu yang unik antara yang unik. Sangat bernilai!
"Wah abang Zhan Yu. Kau kejam. Boleh saja kau tinggalkan salah satu vena tu untuk aku! Sekurang-kurangnya aku boleh tingkatkan kemahiran aku dalam
Zhang Yang tertawa dan mengalihkan perhatiannya kepada Han Gemuk. "Si Gemuk, masa untuk mengambil hasil rampasan dan dapatkan alat kelengkapan daripada bangkai itu!"