"Selagi kita adalah raja di laut luar, cabaran kita tidak akan pernah berhenti..."
Leylin tersenyum, "Kali ini, hanya beberapa tikus kecil yang memandang tinggi diri mereka... Ronald, awak rasa macam mana kita harus tangani mereka?"
"Sudah tentu kita harus memotong kepala dan cakar mereka tanpa belas kasihan dan menyimpannya dalam botol minyak!"
Ronald menjawab dengan semangat membunuh. Bagi mereka yang mencabar status dan manfaat-manfaat mereka, hanya ada satu jawapan sahaja di mana merupakan undang-undang lanun di laut luar--- Bunuh mereka semua!
...
Bayangan layar berayun ke kiri dan ke kanan. Ramai pelayar dan lanun berteriak sambil mengawal layar dan mendayung, membolehkan kapal lanun itu belayar dengan lebih cepat.
Di dalam kalangan mereka, di atas kapal terbesar, berkerut dahi seorang biskop yang mempunyai perasaan buruk mengenai perkara ini.
"Rogers, laju lagi Kita perlu bergegas ke sana secepat mungkin!"