Halaman kecil yang telah aman dan tenang selama lebih daripada satu tahun itu telah menerima kunjungan lebih kerap daripada para pengawal akhir-akhir ini disebabkan oleh niat bermusuhan secara diam-diam Thomas.
'Mungkin dia akan datang dan berdepan dengan aku sendiri tak lama lagi?' Leylin mengeluh, 'Situasi seperti ini sangat menyusahkan, terutamanya ketika saat-saat genting ini ...'
Tidak lama selepas itu, Leylin menutup matanya. 'Dalam situasi begini, walaupun aku tak melawan balik dan sebaliknya membuat perisytiharan, Thomas tidak akan mempercayai aku lagi. Lagipun aku dah banyak kali buat begitu dan sikap kepura-puraan Sophia juga bukan sesuatu yang aku nak. Ikutkan tahap kecerdikannya, rahsianya pasti akan bocor'.